BAB 8 - TIADA PILIHAN

Drama Series 37878

TERLELAP bayi perempuan yang telah ditepuk-tepuk beberapa minit. Perut kenyang diberi susu badan pastinya tertidur dengan mudah. Alhamdulillah... anaknya kali ini sangat baik dan tak banyak ragam. Banyak memudahkan dirinya yang berpantang sendiri.

Pintu rumah terbuka, insan yang ditunggu-tunggu pulang juga ke pangkuan keluarga.

“Abang..." sambut ceria Darleen perlahan-lahan berdiri kerana lukanya masih belum baik. Tangan dihulur tidak disambut Iskandar.

“Ke tepi sikit boleh ke tak?" Berlalu dia masuk ke bilik. Pintu bilik utama juga tertutup rapat.

“Abang... abang..." serunya lembut. Tombol dipulas, berkunci dari dalam. “Abang... bukanlah pintu ni. Abang tak nak tengok anak kita ke? Leen lahirkan anak perempuan kita. Comel snagat abang. Bukalah..." turut diketuk beberapa kali cukup perlahan. Mood suaminya perlu dijaga terutama baru balik dari perjalanan jauh.

Telinga rapat ke pintu, sunyi saja tak berbunyi. Tidur agaknya. Atau jet leg? Atau juga mood suaminya sedia buruk? Urusan perniagaan tak berjalankan ke? Risau Darleen, “abang... tengah hari ni Leen masak lauk kesukaan abang. Abang makan kat rumah ya." Pesannya tetap tak menyahut.

Dalam badan masih kurang sihat, gagahkan juga kakinya ke dapur semula. Sebelum menyusukan anaknya sebentar tadi, sempat dia masak sedikit untuk dirinya berlauk ikan bilis dan telur masak kicap untuk anak-anak yang bakal balik dari sekolah.

Udang telah dibeli sebelum bersalin lagi stanby saja di dalam freezer untuk dimasak khas pada suaminya pada waktu-waktu begini. Sambal udang pasti menambatkan hatinya yang baru pulang dari luar negara.

Cili kering dipotong-potong kecil untuk direbus seketika sebelum dikisar dan ditumis. Telinga menangkap pintu bilik seperti terbuka, dikerling ke arah pintu.

Kelihatan susuk tubuh Iskandar telah keluar bilik dan... tercegang Darleen melihat barang yang telah ditarik suaminya.

“Abang..." Kalut Darleen ke hadapan ruang tamu hanya beberapa langkah. "Abang nak pergi mana ni? Kenapa abang bawa luggage ni sekali? Abang..." ditariknya tangan kekar agar berhenti melangkah.

“Eh... lepaslah." direntap tangannya hingga Darleen membuang daya ke belakang.

“Abang nak ke mana ni? Abang baru balik, takkan nak pergi lagi?"

“Aku nak keluar dari rumah ni!" Potongnya tanpa selindung lagi.

“Abang... janganlah macam ni. Abang tak tengok lagi anak kita." Langsung diangkat bayi yang sedang nyenyak tidur. Ditunjuknya di hadapan Iskandar. “Anak kita abang, Adelin Lavend nama anak kita. Comelkan anak kita abang?"

Langsung menoleh wajah Iskandar. Bukan di wajah bayi tetapi tepat ke muka Darleen. “Kau sebut apa tadi?" Berkerut seribu dahinya.

“Adelin Lavend... sedapkan nama. Leen letak nama yang abang sebut dulu." Bayi dalam dakapannya diangkat ke tepi Iskandar. Dia tahu mata Iskandar masih tak tancap pada bayi yang telah disua.

“Budak ni tak layak letak nama Adelin! Kau jangan sesekali guna nama tu pada anak kau! Kau dengar tak? Aku tak izinkan!!!"

Tersentak bayi terkejut dengan jerkahan Iskandar, menangis selak.

Turut terkedu Darleen kena panahan jerkahan tadi, “Ta... tapi... abang yang beri nama tukan?" Gagap dia kerana tak faham dengan tingkah laku suaminya.

“Aku tak kira, kau jangan berani pakai nama tu. Nama tu hanya untuk insan teristimewa saja. Bukan macam kau dan bukan macam anak kau yang kuat melalak tu! Bingit telinga aku! Dahlah aku nak blah!"

“Abang... jangan macam ni abang. Anak kita perlukan abang. Tengoklah anak kita ni abang. Kesian anak kecil ni tak merasa lagi didukung papa." Tangan suami telah dipimpin hampir menyentuh tubuh bayi kecil ditarik rakus.

“Ehhh... lepaslah. Aku tak suka! Kau ajar dulu anak kau ni senyap, baru aku fikirkan nak dukung dia ke tak. Bising tau tak! Dah ada anak, masih tak reti jaga anak tu senyap. Kau ni memang tak layak jadi mak! Nak ajar anak pun tak reti! Kau ajar anak buat aku lagi-lagi tertekan ada la! Bab sakitkan hati ni, serah pada kau, memang juara. Dahlah... dari layan kau dengan anak tak semenggah ni, baik aku blah cepat. Semaklah!!!"

“Abang... jangan pergi abang. Leen dan anak-anak perlukan abang. Abang nak pergi mana ni?"

“Aku nak keluar dari rumah ni. Aku nak tengok muka kau pun aku rasa loya tau tak. Rasa benci! Dengan badan bau busuk, baju tak bersiap langsung, muka kusam mengalahkan mayat. Aku balik mood baik pun boleh naik hantu tau!" Dipandang hina atas bawah, Darleen Azra hanya memakai t-shirt kusam dengan kain batik. Tangannya sedia menutup hidung, menahan berbau ubat-ubatan traditional di badan sibuk merayu-rayu di sebelahnya. “Aku geli tahu tak ada bini macam kau ni. Dah la jaga anak tak pandai. Melalak aje kerja tu. Macam mana aku nak duduk rumah ni? Stress! Stress!!!" Pantas dia menarik bagasi ke pintu.

“Abang... jangan macam ni. Jangan pergi. Leen janji Leen pakai baju cantik-cantik untuk abang. Leen mandi sekarang juga hilangkan bau-bau ubat ni. Abang..." Merayu Darleen dalam mata telah merembeskan air mata jernih.

Pintu rumah tiba-tiba buka, “papa..." melaung teruja Qaseh Violet juga menerpa tubuh yang amat dirinduinya.

Tidak menyahut juga membalas pelukan, dibiarkan saja beberapa saat.

“Papa baru sampai ke? Violat rindukan papa tau. Violat ada nak tunjuk sesuatu pada papa. Papa mesti terkejut." Kalut dia membuka beg sekolah.

Iskandar tak megendahkan keterujaan anaknya, menarik beg melepasi pintu.

“Papa nak pergi mana?" tahan Harraz Hazel yang dari tadi perhatikan reaksi ayah kandungnya. Sebelum adiknya membuka pintu tadi, dia menangkap tangisan bayi menangis kalut dia berlari ke rumah. Rupanya, bukan saja adik bongsunya menangis, ibu kandungnya juga sedang menangis merayu-rayu di hadapan papa tanpa sedikit belas kasihan.

“Ke mana lagi. Nak cari duitlah. Nak bagi kau dengan adik-adik kau ni makan!"

Ketika papa sibuk menyarung kasut, tanpa rasa takut Qaseh Violet memegang lengan papa lagi. “Tapi Violet nak tunjukkan papa sesuatu."

Kertas telah dikeluarkan Qaseh Violat disua dengan kedua belah tangan ke hadapan papa. Nampak gaya papa langsung tak ada niat nak mengambil, pantas Harraz Hazel mengambil kertas itu lalu diselitkan ke tangan papa.

“Surat apa pula ni? Nak minta derma ke? tu la kau orang ni! Asyik minta duit... duit... duit... dari lahir menghabiskan duit aku saja!" dicampaknya kertas langsung tak dipandangnya ke lantai.

“Abang..." Laung Darleen dalam mengoncang halus anak dalam dakapan agar berhenti menangis.

“Papa..." Begitu juga Qaseh Violet melaung dan kakinya hendak mengejar dihalang Harraz Hazel. “Abang... adik nak kejar papa."

“Papakan cakap nak pergi kerja. Nanti papa balik. Jom kita masuk." Arah Harraz Hazel. Dia turut mengutip kertas peperiksaan milik Qaseh Violet tercatat 100 peratus. Sepanjang perjalanan pulang tadi adiknya teruja nak tunjukkan pada papa mereka. Rupanya dibaling begitu saja tanpa sebarang penghargaan sebaliknya dapat penghinaan lagi. Sakit hati melihat mama dan adik-beradiknya menangis sedangkan wajah papanya pergi tanpa rasa bersalah.

“Mama... beri baby. Hazel tidurkan baby ya. Mama masuklah bilik berehat dulu." Penuh berhati-hati dia mengendong tubuh bayi perempuan tanpa kekok walaupun umurnya sembilan tahun. Tubuh kecil dienjut-enjut halus seperti selalu makin lama tak berbunyi lagi mulut telah merah, kepenatan sambung tidur dalam pangkuan abangnya.
. .
. .
. “HAH! Balik pun kau! Aku ingatkan kau dah berumah bertangga kat Krabi tu. Tahu kau jalan balik ya." Perli Adib sebaik pintu gril rumahnya telah dibuka. Ikutkan hati malas nak beri masuk. Tapi kena masuk ke rumah juga. Barang yang perlu dikembalikan ada di dalam rumah.

Perasan bagasi dibawa masuk ke rumahnya, dipandang beg besar itu. “Hai... kau pergi hari tu bawa beg galas. Balik ni kau bawa beg besar? Banyak souvenir kau bawa balik untuk anak bini kau tu. Ke semua dalam beg tu baju baby? Anak kau Darleen lahirkan kali ni comel betul tau."

“Kau boleh tak jangan cakap benda tu." Potong Iskandar. Dia tak ada mood nak melayan, punggung telah berlabuh ke sofa, mengelongsor tubuh agar kepala rebah ke pangkal sofa.

“Benda? Oh... aku tahu, kau tak mahu aku ceritakan lebih-lebihkan. Kau nak surprise... nak tengok sendiri." Key fob telah dicapainya, menghulur ke tubuh lesu. “Hoiii... nah. Pi balik cepat. Tengok anak bini kau dah tinggalkan tu. Mesti dia orang tunggu kepulangan kau." Arah Adib tegas.

“Aku nak duduk sinilah." Lemah menyuarakan hasrat tanpa kisahkan pemilik rumah benarkan atau tidak. Dia akan bertapa di sini.

“Hah! Apa kau cakap?"

“Rumah kau ada dua bilik kosong lagikan? Kau pun duduk sorang-sorang. So tak salah aku jadi housemate kau mulai hari ni. Aku boleh jaga kau, kau boleh jaga aku."

“Habis tu, anak bini kau siapa pula nak jaga?"

“Hah! pandailah dia orang jaga diri sendiri. Aku nak berehat." Langsung dia berdiri menarik bagasi ke tingkat atas. Penat badannya lebih penat kepala otaknya nak memikirkan jalan terbaik untuk menjayakan misi mengikat Adelin di sisinya buat selamanya. Dia akan buat perancangan teliti agar Adelin tak dapat lari daripada cintanya lagi.

Melihat Iskandar selamba menarik bagasi, ditahannya di kaki tangga. “Wooo... wooo... maksud housemate kau tu?"

“Lah... aku baru pergi tak sampai seminggu, otak kau tak boleh berfungsi ke? Hah... tu la. Baru beberapa hari kau pikul tanggungjawab aku, kau dah jadi biul. Kau bayangkan situasi aku selama ni. Macam mana aku tak cari kebahagiaan lain?"

“Apa yang kau cakap ni biul? Bukan aku tau, kau yang biul. Baru beberapa hari pergi Krabi, kau dah feeling-feeling bujang! Atau kau dah hilang Ingatan yang kau tu ada tanggungjawab? Anak bini kau tu perlukan kau. Yang kau nak duduk sini apa ke biulnya? Kau pergilah balik rumah kau!"

“Bagasi ni aku angkat dari sanalah! Aku tak bolehlah nak duduk dengan dia orang tu. Bising tahu tak. Aku benci bising budak menangis."

“Hoiii!" Disergah depan muka Iskandar. Biarlah mulut busuknya ini menyedarkan lelaki yang nak masuk golongan lelaki tak guna. “Mulut kau ni biadap sangat. Budak yang kau benci tu, anak kau tau. Zuriat kau! Bersabung nyawa Leen lahirkan anak untuk kau, semudah tu kau meludahkan kata benci tu."

“Ala... dahlah. Kepala aku ni dah cukup serabutlah. Aku perlukan ketenangan sekarang ni. Aku kena cari jalan supaya Adelin tu kekal di samping aku."

Buku lima Adib telah digenggam padu. Ada jumpa yang lebam biji mata ni. Tapi, sedarlah. Tak ada gunanya sedarkan manusia seperti Iskandar yang tak puas selagi tak dapat. Sepertinya Iskandar challenge diri sendiri selagi tak dapat, selagi tu dia tak puas. Kalaulah Adelin seperti perempuan-perempuan lain senang diayat dan mudah dapat, cepatlah hati Iskandar berubah ke dahi licin yang lain. Kali ini Iskandar seperti bertemu buku dan ruas.

“Ikut suka hati kaulah. Tapi aku sebagai sahabat kau nak cakap, apa yang kau buat ni salah dan akan memakan diri kau semula. Kau akan menyesal nanti dan ketika itu aku harap kau tak terlambat untuk berubah. Sedetik kau dah terlambat, kau tak boleh ulangi masa lagi. Pandai-pandailah kau renungkan."
Berlalu Adib meninggalkan Iskandar, membawa diri ke biliknya. Dia rasa amat-amat rasa kecewa. Dia mula terbayangkan saat-saat Darleen menangis sepuluh tahun yang lalu. Pastinya kini Darleen menangis sama seperti malam itu.

“Leen... kenapa ni?" cemas dia melihat keadaan Darleen menangis teresak-esak tak mampu mengeluarkan kata-kata. Poket seluarnya diraba-raba, mana tahu ada tisu. Bolehlah diberikan kepada Darleen lap air mata berambu. Tisu pun tak ada, apakan lagi sapu tangan. “Jomlah kita ke kedai mamak depan tu."

Meja paling hujung dipilihnya agar tak ada yang perasan Darleen sedang menangis. Tisu dibelikan khas untuk Darleen telah menggunung tinggi digunakan Darleen dibiarkan saja. Ada beberapa paket tisu tak digunakan lagi. Habis nanti dia belikan lagi. Sebaik minuman sampai, diberikan straw ke mulut Darleen pasti kekeringan.

Melihat Darleen menyeduk air, “Leen kalau nak share cerita dengan abang, abang sedia menjadi pendengar setia." Pujuknya Masih tak tahu punca.

“Leen nak sambung belajar di Ireland. Tapi daddy Leen nak hantar Leen belajar kat Australia. Leen tak nak!"

“Lah... apa bezanya? Dua-dua di luar negara dan kedua-dua negara tu negara empat musim."

“Lain... Leen nak ke Ireland. Leen... ada tujuan sendiri nak ke sana. Leen kalau boleh nak duduk dengan abang Leen. Kalau di Australia, Leen kena duduk dengan daddy dan mummy. Parents Leen akan berpindah ke Australia bulan depan. Leen tak nak."

“Why? sebab mummy Leen tu mak tiri Leen ke? Bukan Leen close dengan mak tiri Leen macam mak kandung."

“Ni bukan pasal mummy. Actually... Leen rindukan abang Leen. Lagi pun Leen dah pasang niat nak study di university abang Leen belajar. Ke mana saja dia pergi, Leen nak ikut jejak langkah dia."

“Sebab hal ni ke Leen datang jumpa abang menangis sungguh-sungguh tadi?" Lemah anggukkan tertayang, lega rasanya. Ingatkan kena dera dengan mak tiri atau kena halau buat perkara tak senonoh. Rupanya tak dapat ke Ireland aje. Alahai... comel sangat alasan Darleen baginya.

“Abang... Leen tumpang rumah abang beberapa hari boleh?"

“Hah? kenapa pula Leen nak tidur rumah abang?" Kerja gila kalau Darleen tumpang di rumahnya. Apa yang dia nak beritahu ibu dan ayah? Sudahlah ayahnya seorang yang tegas. Silap hari bulan dia pula kena pukul memandai-mandai bawa balik anak dara orang.

“Leen nak tunjuk kat daddy Leen, Leen mampu hidup sendiri tanpa parents. So kalau Leen berjaya buktikan seminggu ni, mungkin daddy benarkan Leen belajar di Ireland. Sebabkan Leen perempuan, daddy risau terlebih. Itu tak boleh, Ini tak boleh. Leen ni kena ada depan mata dia saja. Boleh ek abang?"

“Bukan tak boleh. Ibu dan ayah abang pun tak ada kat sini. Minggu ni dia orang ke Indonesia. Kalau Leen duduk berdua dengan abang, lagi bahaya. Silap-silap Australia pun Leen tak dapat pergi. Terperangkap dengan abang kat sini sebagai isteri abang. Macam mana?" Berseloroh dia membuat lawak.

“Ala... kalau macam tu Leen duduk hotellah."

“Kawan-kawan baik Leen tak ada ke?"

Menggeleng laju kepalanya. “Kawan-kawan Leen semua sibuk bercuti di luar negara." Muncung mulutnya.

“Leen baliklah rumah. Pujuk baik-baik. Kalau Leen buat perangai macam ni, lagi daddy Leen marah. Lagi tipis peluang Leen nak ke Ireland bila buat hal macam ni. Ni dah kira lari dari rumah tau."

“Tak nak! Ni aje peluang Leen ada. Kalau daddy Leen berkeras, Leen pun nak tunjuk keras Leen."

Tiba-tiba deringan phone Adib berbunyi, membantutkan pujukan. “Aku ada kat belakang ni. Kau datanglah." Nampak bayang yang menghubunginya, dilampai tangan.

“Hoi... tengah dating ke?" Tegur Iskandar. Sebelum punggungnya mencecah permukaan kerusi, matanya terkesima dengan wajah cantik dan lembut perempuan duduk di hadapan kawan baiknya. Tak pernah pula diberitahu Adib ada girlfriend secantik Miss Malaysia.

“Hey!" Adib menepuk meja. “Kau jangan tenung lama-lama. Girlfriend aku ni."

“Apa abang ni!" Darleen pula menepuk lembut lengan Adib agar membetulkan ayat. Masa bila mereka berdua declare pasangan bercinta pula.

“Saya Iskandar..."

“Darleen Azra..."

“Darling?"

“No... just Leen..."

“Kalau Leen panggil Adib ni abang, Leen pun kena panggil saya abang juga. Kami sebaya."

“Hah... Leen tumpang rumah Is. Mak Is ni selalu ada kat rumah. Mak Is ni jual nasi lemak. Boleh la Leen tumpang beberapa hari kat rumah dia. Lagi pun Mak. cik Su baik orangnya. Ramah pula tu suka melayan. Leen mesti selesa duduk dengan mak cik Su. Boleh ke Is?" Dipandang serius wajah kawannya semoga terima cadangannya.

“Kenapa? Leen lari dari rumah sebab nak kahwin dengan Adib ni ke?"

“Eh... bukanlah. Aku masih waras. Kot aku nak kahwin dengan anak dara orang, mestilah ikut adat. Takkan aku nak bawa lari." Terang Adib. Dia menceritakan semula situasi Darleen dan sekelip mata Iskandar terima cadangannya.

Sebulan kemudian, Darleen Azra dipaksa kahwin dengan Iskandar apabila mengetahui Iskandar bapa kepada anak dalam kandungan Darleen. Dan keluarga Darleen Azra berpindah ke Australia, meninggalkannya Darleen di Malaysia hidup penuh kedaifan bersama keluarga Iskandar dan tak mengambil tahu lagi sejak hati itu.

“Kesian Leen... maafkan abang.Sepatutnya abang tak biarkan Leen pulang ke rumah Iskandar. Sepatutnya abang nasihat atau paksa saja Leen balik ke rumah. Tidaklah Leen hidup dalam kesakitan ditindas suami sendiri. Mungkin Leen akan lebih bahagia sekiranya Leen ikutkan saja parents ke Australia dulu."

Mengeluh berat Adib entah buat kali ke berapa. Dia mencapai smartphone.

'Leen... Is ada di rumah abang. Leen jangan risau. Nanti abang minta Is balik ke rumah. Leen jaga diri dan anak-anak baik-baik ya. Kalau ada apa-apa kecemasan atau perlukan pertolongan, call saja abang. Nanti abang smapaikan pada Is. Sabar ya Leen..' disentuhnya ikon send.
. .
. .
. KOLEKSI terbaru hasil ilham daripada Adelin, telah bersarung di badan-badan model terpilih dari akedemi modeling Adelin sendiri. Dalam sibuk membetulkan setiap baju di tubuh model-model itu, mulutnya tiba-tiba terjeluak apabila terhidu perfume salah seorang daripada mereka.

“Opsss... sorry."

“Madam tak sihat ke?" jurugaya salah seorang pengikut di antara beberapa orang penting yang lain, mencelah.

“No... perut I rasa tak sedap."

“Oh... I ingatkan madam pregnant. Maybe salah makan tak?"

Jeda tangan Adelin dalam sibuk kelim baju di badan model. Tak... tak mungkin. Kotak jarum dipegang oleh salah seorang pembantu, menghulur ke tangannya telah diambil beberapa jarum tajam. Jarum mencucuk baju dalam fikiran melayang, tercucuk ke daging badan modelnya.

“Auchhh!!!"

“Opsss...so sorry... sorry..." Daya tumpuannya telah hilang. Kepalanya asyik memikirkan tarikh datang bulannya. Sekali lagi tangan jeda di kotak jarum, ditepisnya. Jatuh ratusan jarum ke lantai. Kepalanya telah timbulkan traikh sepatutnya dia datang bulan dan tarikh itu telah lewat seminggu yang lalu!

“You take over I!" Arahnya pada salah seorang pembantu jahitan.

Pantas dia masuk ke pejabatnya lalu ditutup pintu rapat. Itu maksudnya dia perlukan ruang privacy. Di atas meja penuh dengan fail, menggagau mencari smartphone. Dia ada tanda setiap tarikh kejadian datang bulan. Sah!!!

Langsung dibukanya drawer paling bawah. Benda itu memang sengaja disimpan sekiranya dia lewat datang bulan begini. Tetapi selama ini tak pernah lagi selewat hari ini!

Kalut langkahnya masuk ke tandas dalam bilik itu juga. Beberapa minit telah berlalu dan alat penguji menunjukkan result.

Matanya terkebil-kebil tak percaya. Terdapat dua kotak pregnancy test lagi, dicubanya serentak. Menggigil tangan itu melihat ketiga-tiga result yang sama.

"Tak.. tak... macam mana aku boleh pregnant!!!"

Dibalingnya kesemua test kit ke dinding. Terduduknya ke mangkuk tandas kenangkan bagaimana boleh berlaku kesilapan. Mana mungkin dia pregnant! Selamat ini suaminya memakai alat pelindung paling safety begitu juga pada ketika dia bersama Iskandar! Jadi... dalam kandungan ni anak siapa?

Terima kasih sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan komen anda tanda sokongan... xoxo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience