PINTU dibuka salah seorang perempuan berbadan langsing. Rambut panjang berwarna blonde turut dilibas seksi dan senyuman menggoda menyambut kedatangan si kacak. “Hai Mr. Ian..."
Sekadar menarik senyum agar berbahasa, langkah lebih gagah terus masuk ke dalam bilik tanpa ketukan.
“Honey... are you okey?" Dirangkul tubuh melepek di sofa. “Honey demam ni..." turut disukat suhu kepanasan tubuh isteri dengan telapak tangan. Wajah sugul itu amat pucat. “Jom... hubby bawa ke hospital."
“Tak nak habby..." langsung ditariknya tubuh suami duduk di sofa lalu direbahkan kepala ke atas paha empuk. “Honey nak baring macam ni saja."
“Tapi honey tak sihat ni. Muka naik pucat tu. Dah makan ubat ke belum?" Risau dia. Jarang isterinya sakit hingga rebah begini. Dapat saja panggilan daripada PA Adelin sebentar tadi, langsung ditangguhkan meeting pada ketika itu juga bergegas ke sini.
“Honey penat ni. Dah berapa hari honey tidur lambat. Mana nak fikirkan runway. Dua minggu tak lama dah. Dengan banyak lagi benda nak diperbaiki." Merungut Adelin salahkan kerja. Sedangkan dia tahu kenapa dia lemah begini. Sebab ini juga kenapa dia tak nak mengandung! Pergerakan dia akan terbatas dan pretasi kerja pasti merosot bila badannya asyik lemah.
“Kita pergi klinik ya..." Pujuk Ian Shah. Tak ada gunanya nak tokok tambah masalah kerja tu. Kesihatan isterinya lebih utama.
Menggeleng kepala lalu memeluk pinggang suaminya serta mengucup sayang perut suaminya. “Sebab nilah kenapa honey tak nak ada anak. Kalau ada anak mesti hubby tak beri perhatian pada honey lagi. Lebih banyak manjakan anak. Honey tak suka. Honey nak hubby pandang honey sorang, fikirkan honey setiap masa."
Ketawa halus Ian shah sambil mengusap rambut isteri agar sentiasa kemas. “Honey... belum ada anak dah cemburu ke? Kasih sayang hubby pada isteri hubby ni mana ada kesudahan. Honey tetap dapat keseluruhan ruang hati hubby. Tak percaya, kena cuba dulu. Baru hubby boleh buktikan."
“Kalau honey pregnant, hubby happy ke?"
“Happy hubby hingga tujuh lapisan langit tau. Anak datang dari honey dan hubby, bukan pemisah kita. Anak tu akan mengikat kita berdua lebih kuat. Okey... bab anak tu kita cakap kemudian. Jom kita balik. Honey perlukan rehat lebih. Freekan kepala jangan fikir apa-apa lagi."
“Honey tak larat nak jalan."
“It's okey. Time macam nilah hubby boleh tayang kekuatan hubby." Dicempung tubuh ringan Adelin dan lebih manja tubuh sakit memeluk lehernya serta memejamkan mata ketika dibawa keluar bagaikan dibuai-buai.
.
.
.
.
.
“TADAAA... cantik tak?" Soal Qaseh Violat.
Darleen Azra baru pulang, meletakkan segala bekas penuh di kiri kanan tangan. Telah beberapa minggu dia menjual nasi lemak ditepi jalan. Sebaik saja dia habis berpantang, ini saja perkara terlintas mencari punca pendapatan demi kelangsungan hidup apabila dia telah diberhentikan kerja di butik tudung. Mengah nafasnya menjinjing barang-barang menaiki tangga rumah flat di tingkat empat kerana lif rosak tetap dilayankan pertanyaan Qaseh Violat.
“Cantiknya lukisan violet ni." Puji Darleen Azra menilik lukisan anaknya.
“Ni papa tengah dukung baby dan pegang tangan Violet. Violet nak papa sayang baby macam papa sayang Violet." Ditujuknya pada lakaran lelaki tinggi sedang mendukung anak kecil dan sebelah tangan lagi memimpin Qaseh Violet.
“Baiknya Violet. Yang cantik ni mesti mama?" sengaja menyoal agar anaknya menyambung bercerita lagi.
“Mestilah... Violet lukis mama tengah senyum tu. Bibir mama, Violet letak lipstik. Mama cantik sangat bila bibir mama merah." Lakaran perempuan bertudung, terlakar senyuman seperti dikatakan pelukis.
“Ni mama tengah pegang tangan Violet dan abang. Kita satu keluarga happy berjalan-jalan di taman. Violet nak berada ditengah-tengah sebab Violet sayang semua orang." Jari comel menari-nari di atas lukisan menunjukkan watak yang terlakar.
Iya... Dia dapat rasakan kegembiraan bila menatap lukisan itu seperti mana cerianya Qaseh Violet bercerita. Riak wajah semua yang ada di dalam lukisan itu tersenyum gembira sebagai sebuah keluarga bahagia bersiar-siar di taman. Terdapat juga pokok mengibarkan kain rentang tertera, happy birthday papa...
Berkaca mata Darleen ditahan sebak. Sedihnya lebih hebat kenangkan pasti anak-anaknya rindukan kehadiran seorang papa. Apakan lagi anak yang baru lahir itu langsung tak merasai kehadiran seorang ayah.
“Lukisan ni Violet nak hadiahkan pada papa. Hari ni birthday papakan. Mama masalah sedap-sedap, minta papa balik. Boleh kita celebrate papa sama-sama. Papa mesti suka. Boleh mama?" soal Qaseh Violet penuh harapan.
Mengangguk Darleen tak sampai hati nak tolak. Dia tak ada masalah nak masak untuk hidangan sambutan itu. Yang jadi masalah, sudikah Iskandar balik ke rumah ni? Kenangkan anak-anak menunggu kepulangan Iskandar tak kunjung tiba, lebih parah hatinya nak melihat Qaseh Violet kecewa. Dia tak sanggup.
“Nanti mama call papa dulu. Kalau papa tak kerja jauh, papa boleh balik. Violet pun tahukan, papa sibuk kerja, cari duit untuk kita." Terang Darleen agar anaknya tak terlalu mengharap agar tak teruk dikecewakan di kemudian hari.
“Tapi Violet dah jimat cermat tak nak bazirkan duit papa. Violet janji violet tak minta apa-apa dengan papa. Janji papa selalu balik ke rumah. Violet rindukan papa." Walaupun jarang sekali papa nak melayan karenahnya, bila nampak kehadiran papa dia rasakan keluarganya lengkap.
Tubuh Qaseh Violet ditarik dalam pelukan erat. Dia juga tak mampu menahan air mata lagi, tumpah ke pipi disela laju. “Mama pun rindukan papa... Violet sabar ya. Nanti papa mesti balik juga." Diusap-usap belakang tubuh anaknya. 'Mama juga minta maaf Violet. Mama yang gagal sebagai suri dalam hati papa, bukan saja tak mampu membahagiakan papa, mama juga gagal berikan bahagia pada anak-anak mama. Maafkan mama...' terluah dalam hati saja. Air mata tumpah lebih laju disela sebaik perasan bayang Harraz Hazel menjaga adik bongsu hanya memerhati dari dalam bilik.
Tiba-tiba telefon berbunyi mengejut Darleen dari bayangan siang tadi. Pantas dia mengerling skrin phone. Bukan mesej daripada Iskandar yang masuk. Hanya notification app yang ada di dalam smartphone. Dipandangnya makanan terhidang masih tak terusik. Ternyata sangkaannya benar. Detik jam telah mencecah 11.00 malam. Iskandar masih tak munculkan diri.
Ruangan mesej diperhatikan. Nampaknya Iskandar tak membaca pun mesej itu. Hanya satu tick saja. Dia cuba hubungi masih tak dapat. Keluhan berat terlepas.
“Kenapa abang sampai hati buat kami macam ni? Apa salah Leen. Kesian anak-anak kita abang. Anak-anak rindukan kehadiran abang." Bisik Darleen telah bergenang air mata.
Patut ke dia call Adib?
Anak matanya mengerling pada susuk tubuh Qaseh Violet tertidur di pangkuan Harraz Hazel. Dari selepas Maghrib tadi telah bersiap menyarungkan dress paling cantik menunggu Iskandar di ruang tamu. Kononnya nak surprise di hadapan pintu. Kesudahannya tak ada surprise yang berlaku.
Mujurlah anak sulungnya berjaya memujuk Qaseh Violet isi perut dalam pada ketika menunggu tadi dan kini Harraz Hazel juga membawa adiknya masuk tidur di dalam bilik.
Semua hidangan termasuk kek cawan yang dibuatnya petang tadi, diletakkan di dalam peti sejuk.
“Mama... badan Hani panas." Ujar Harraz Hazel cemas masuk ke dapur. Dia menjengah adik bongsu tidur, menyentuh badan sedikit panas.
Meluru Darleen dapatkan anaknya. Dia membuka baju untuk tuam badan panas itu, tiba-tiba Hani Lavend memuntahkan isi perut dan merengek menangis.
“Hazel tolong ambilkan ubat baby dalam peti sejuk." Arahan telah diterima Harraz Hazel tanpa banyak soal. Sementara itu dia menukar persalinan anaknya yang telah terkena muntah.
“Mama... ubat dah habis." Ditayang botol kekosongan.
“Allahuakhbar... dah malam ni, farmasi pun dah tutup. Mama bawa adik ke hospital. Hazel jaga Violet di rumah. Hazel dan Violet jangan keluar rumah tau. Tunggu sampai mama balik tau." Kalut dia menyarungkan tudung dan mendukung anak tak henti merengek.
“Ingat... jangan keluar rumah. Kunci rumah ni. Mama tak apa, ada bawa kunci." Pesannya sebelum menutup grill rumah.
.
.
.
.
.
BARU lelapkan mata, sayup-sayup kedengaran bunyi panggilan. Tangan teraba-raba, mencapai smartphone tak sudah berbunyi. “Hello..."
“Assalamualaikum abang Adib. Sorry menganggu pagi-pagi ni."
Melotot mata terbuka. “Leen ke tu?" soalnya dalam tubuh langsung terduduk. Sempat lagi mata menilik jam di telefon, 2.00 pagi! Confirm urgent ni! Tak mungkin Darleen saja-saja nak call dia.
“Kenapa Leen? Ada apa-apa berlaku ke?" Kali ini dalam hati menyumpah-nyumpah kawan baiknya meninggal anak isteri terabai.
“Abang Is ada ke tu? Leen call abang Is tak dapat. Rasanya dia block Leen. Boleh ke abang Adib tolong beritahu abang Is, Leen ada di wad kecemasan ni. Hani demam panas, muntah-muntah."
“Allahuakhbar... tak apa. Abang Adib kejutkan Is sekarang juga. Suruh dia pergi jumpa Leen. Leen stay sana tau. Ada apa-apa terus call abang Adib."
“Terima kasih Abang Adib. Sorry again ganggu abang tidur."
“No problem Leen..." Kakinya lebih cepat bergerak, menguak pintu bilik Iskandar yang telah sebulan lebih menjadi housemate. Berbuih dah suruh balik ke rumah sendiri, haram dia buat kita macam dinding. Iskandar ni kalau bab buat orang naik angin, boleh dapat johan.
“Is... bangun Is. Isteri kau cari kau. Tu anak kau demam. Sekarang anak isteri kau ada di hospital." Tubuh badan itu tak bergerak langsung. “Hoiii! bangunlah!" Bantal telah diambilnya dipukul-pukul tubuh gagah. “Harap tubuh saja gagah tapi tak nak jaga anak bini!“
“Apa benda kau ni. Aku penatlah. Aku nak tidur!" Direntapnya bantal di tangan Adib.
“Tidur apa bendanya haram. Isteri kau tu bersengkang mata jaga anak sakit di hospital. Pergilah tengok! Kang aku simbah kau dengan air, biar basah katil kau ni sampai tak boleh nak tidur lagi."
“Kau ni kecohlah. Tadi kau cakap dia orang kat mana?"
“Hospital!!!" Bentaknya sakit hati. Pekak sangat ke hingga perlu menyoal balik.
“Hah... itu maksudnya dah selamatlah tu. Alah... demam biasa saja tu. Bukan nak mati pun."
“Hoiii! mulut kau ni patut aku tumbuk. Mulut kau tu boleh jadi doa tau tak! Kau nak sangat anak kau mati! Dah... baik kau bangun sebelum kaki aku singgah kat muka kau! Bangun!!!" Diangkatnya sebelah kaki tinggi-tinggi elok atas kepala Iskandar.
“Okey... okey... kau ni kalau pasal Leen, kecohlah."
“Memanglah kecoh. Kau tu rampas Leen daripada aku! Kalau kau tak boleh jaga Leen, buat apa kau perangkap dia dengan mulut manis kau tu! Sampai dia mengandung pula tu!"
“Ala... kau masih ambil hati ke? Nak buat macam manakan. Dah aku lebih hebat mengayat dari kau. Apa aku boleh buat? Gifted tu."
“Dah... sebelum aku beri gifted kaki aku ni, baik kau pergi tengok anak isteri kau tu. Jadilah lelaki bertanggungjawab sikit!"
“Okey..." Berdiri Iskandar menyarungkan sweater hoodie dan berlalu keluar hanya memakai seluar pendek. Patah balik langkahnya semula mengambil kunci dan barang peribadi. Ditayangnya depan Adib masih tegak berdiri. “Aku pergi. Kau pergilah tidur dalam bilik kau dengan nyenyak."
.
.
.
.
.
PINTU rumah dikuak Iskandar. Sunyi sepi rumah pasti semua anak-anak mengikut Darleen ke Hospital.
Kereta yang dipandu tadi tak terus ke hospital tetapi menukar haluan ke rumah. Kalau benar Darleen ada di hospital itu maksudnya peluang untuknya mengambil semua barang-barang peribadi yang masih berbaki di rumah.
Iya! keputusannya telah dibuat. Dia akan angkat kaki terus selamanya dari rumah ini dan pilihan hidupnya telah ditetapkan untuk terus bersama Adelin.
Selesai packing semua barang tanpa tertinggal sehelai pun baju, menarik bagasi yang telah disediakan khas untuk angkut barang di rumah ini.
“Papa... papa balik nak sambut birthday kan?"
Alamak! Ada pula dia ni! “Dah... pergi sambung tidur. papa nak pergi kerja ni."
“Papa... tunggu sekejap. Qaseh nak berikan sesuatu pada papa." Pantas kakinya masuk ke bilik semula. Gulungan lukisan telah ikat riben cantik-cantik dibawanya keluar. Hilang susuk tubuh ayahnya tadi. “Papa... papa..." pintu rumah dibukanya. Dia mencari bayang jejak ayahnya dicelah-celah jejari besi beranda.
Nampak saja kelibat ayahnya telah menarik beg besar di parking kereta bawah, berlari dia mengejar. Harap sempat nak berikan hadiah ini pada papa.
“Papa..." Panggil Qaseh Violet terhenti apabila nampak papanya sedang menjawab panggilan. Kereta juga tak bertutup pintu belakang dan bonet kereta. Niatnya nak meletakkan gulungan lukisan itu di seat belakang. Barulah ada kejutan.
Senyap-senyap dia menyelinap ke seat belakang. Kaki tersadung ke dalam kereta, jatuh gulungan lukisan ke bawah seat. Dalam gelap, dia meraba-raba di bawah seat penumpang hadapan, tiba-tiba pintu tertutup rapat begitu bonet kereta.
Iskandar memandu dalam sebelah tangan masih memegang smartphone melekat di telinga. “Sayang... I cakap tunggu! I dah nak sampai ni."
Berhenti kereta di dalam parking, “hai sayang... akhirnya kembali juga you cari I." Pipi Adelin hampir diciumnya, ditepis kasar hingga jatuh smartphone ke seat belakang.
“You jangan nak bersayang-sayang. Sekarang you cakap dengan I apa yang you dah buat pada I?" Berang Adelin bukan saja-saja nak jumpa Iskandar awal-awal subuh begini.
“Apa? sayang... you jangan marah-marah macam ni. Kesian anak kita terkejut dengar suara mama marahkan papa." Diusapnya-usapnya lembut perut Adelin yang kempis dengan senyuman sesuatu.
“Jadi..." Terdiam Adelin tergamam dengan kata-kata Iskandar tadi. Sedangkan dia tak beritahu lagi dirinya pregnant! Maksudnya... “How dare you Iskandar!"
“I buat untuk buktikan cinta I pada you."
“Tapi you pakai pelindung!"
Dengan sengaja juga Iskandar membuat isyarat jari menggunting serta kenyitan mata.
“You!!!" Ditumbuk-tumbuknya tubuh Iskandar telah menipunya kepercayaannya hidup-hidup.
“Be careful sayang..." dicengkapnya kedua belah tangan Adelin. “Kandungan anak kita tu baru lagi. You kena jaga segala pergerakan. I tak nak kehilangan anak kita. Dalam perut you tu lambang cinta abadi kita. You kena jaga baik-baik. Jangan buat kerja berat. Dan I akan jaga you. Lepas ni you teringin nak makan apa-apa atau perlukan bantuan beritahu I segera. Atau you nak pergi balik kerja pun I boleh drive untuk you asalkan kesihatan you terjaga sayang."
“You suami I ke nak buat semua tu? I ni perempuan masih bersuami. You jangan lupa tu!"
“Sebab tu you kena minta cerai sayang. Sebelum anak kita membesar. I nak berada di sisi you sepanjang kandungan kita membesar. I nak jaga you sayang. I cintakan you. Inilah hadiah birthday I paling berharga. Walaupun you tak wish lagi, I anggap kandungan ni sebagai hadiah birthday I, sayang." Diusap-usap pipi Adelin hampir menarik ke mulutnya masih ditepis kasar Adelin.
“Okey... I tahu you tak selesa. Malam ni kita check In okey. Suite mana you nak tidur? I bawakan."
Termangu Adelin tak berkata apa lagi. Dia tak tahu bagaimana untuk keluar dari semua ini. Lemas dia dengan masalah besar yang dicipta Iskandar. Kehadiran sesuatu dalam rahimnya amat merunsingkan hingga menjejaskan rutin hariannya. Dia tak boleh tidur membawa diri keluar dari rumah tanpa pengetahuan suami.
Memberontak dia nak jumpa Iskandar malam ini juga untuk mengetahui perkara sebenar. Rupanya, tak sempat dia menyoal, Iskandar telah mengaku anak dalam kandungannya ini. Sedangkan suaminya langsung tidak tahu apa-apa. Jadi betullah semua ini kerja khianat Iskandar!
“I akan gugurkan kandungan ni!" Tiba-tiba muncul idea yang akan menyelesaikan segala masalah.
“You gila ke? Dalam perut tu, anak I juga tau. You jangan buat gila nak bunuh anak kita." Bantah Iskandar tak tenang lagi.
“I peduli apa! You tak hormatkan I. Kenapa I perlukan fikir benda dalam perut ni atau pasal you? Esok juga I akan gugurkan kandungan ni. Dah berhenti depan tu. I nak balik!" Arahnya keras.
“No! I takkan berhenti. I takkan biarkan you balik. You kena hidup dengan I. Kita besarkan anak kita sama-sama." Tekad Iskandar. Ini saja peluangnya untuk terus mengikat Adelin berada di sisinya.
“You memang dah gila!!!"
“Iya... memang I dah gila. I gilakan you. I cintakan you Adelin. Tapi you tak hargai cinta I. You butakan hati you, sanggup you hidup dengan orang yang you tak cinta tukan."
“Jaga mulut you! Dalam hati I, cinta I sepenuhnya untuk Ian Shah seorang! You hanya lelaki yang tergila-gilakan tubuh I. You pun bukan cintakan I. Dah... berhenti I cakap. berhenti!!!"
“Tak... I takkan berhenti! Selagi you tak mengaku you hanya cintakan I, you nak berada di sisi I selamanya, I takkan lepaskan you. Kalau terpaksa kurung you pun I sanggup asalkan you berjanji dengan I takkan gugurkan kandungan anak kita."
“Fine... you ingat I tak berani. I sanggup terjun kereta ni dari I lahirkan anak haram you ni!!!" Tangannya telah menarik kekunci dan sepantas kilat menolak pintu, disambar tangan Iskandar menutup semula pintu.
“Jangan buat macam ni sayang! sabar..." tenangkan Iskandar.
“Lepaslah... I nak terjun kalau you tak nak berhenti!"
Memang Iskandar takkan berhenti. Dia cuba mengawal stereng kemas dan mencengkam kuat pergelangan tangan Adelin.
Tak mudah Adelin nak biarkan saja dia masih bergelut sekuat hati hingga stereng dikawal Iskandar terhujung-hayang.
“Papa... Violet takut." Menangis Qaseh Violet terduduk di bawah seat belakang bersuara juga. Dia ketakutan sejak kehadiran perempuan tak dikenali di dalam kereta ayahnya.
Dengar saja suara halus itu, kedua-dua mereka duduk di hadapan berpaling ke belakang.
“Violet..."
Sekelip mata kereta hampir menghala ke arah lori dielak Iskandar. Tak berjaya, sisi kereta dirembuh lori terbabas melanggar pokok. Qaseh Violet tercampak ke luar kereta jatuh ke dalam longkang.
terima kasih sudi meluangkan masa dan jangan lupa tinggalkan komen sebagai support luv anda... xoxo...
Share this novel