Di Hangang High School
Ha Yeon berjalan menuju kekelasnya di 5A-1 . Di sepanjang perjalanan menuju kekelasnya itu , dia melirik beberapa yeoja yang bertubuh langsing dalam pada yang sama membuatkan dirinya merasa rendah diri. Dia tidak seperti mereka yang bertubuh langsing dan menawan.
Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ada seseorang yang menahannya. Dia melihat orang itu dan ternyata dia adalah Krystal yang bersama dengan dua orang sahabatnya yang lain lagi. Tidak dinafikan Ha Yeon juga mencemburui Krystal kerana bukan saja setakat mempunyai badan yang langsing dan cantik malah dia juga amat digilai oleh pelajar namja di sekolah ini. Bukan hanya dia saja namun hampir keseluruhan pelajar yeoja disekolah ini juga merasa cemburu dengan Krystal.
"Ada apa ?" Soal Ha Yeon pada Krystal.
Krystal mengeleng. "Opso. Cuma aku ada terperasankan sesuatu."
"Apa ?" Soal Ha Yeon lagi.
Secara automatik Krystal memandang badan Ha Yeon dari atas hingga ke bawah. "Kau makin cantik dengan memakai uniform sendat ni." ejek Krystal sambil memegang kolar baju Ha Yeon.
Kata kata Krystal itu , mengundang tawa dua orang chingunya itu lagi. Krystal tersenyum sinis. Dia memandang Ha Yeon. "Hey gemuk. Sedarlah diri yang kau tu bukan idol seperti SNSD yang sudah tentunya nampak cantik kalau pakai pakaian yang ketat ataupun fit. Sedarlah diri yang kau ni hanyalah si gemuk yang hodoh !" ejek Krystal lagi.
Ha Yeon benar benar terasa dengan ejekan Krystal itu, tapi dia cuba kelihatan tenang. "Mianei , Krystal ahh.. aku kena pergi dulu." ujar Ha Yeoi dan cepat-cepat dia melangkah meninggalkan Krystal dan chingunya itu. Makin lama dia disitu , makin sakit hatinya.
Riak wajah Krystal berubah sinis. "Ha Yeon berhenti." arah Krystal , keras.
Mahu tidak mahu Ha Yeon terpaksa berhenti juga. Dia menoleh kebelakang. "Waeyo ?"
Tanpa menjawab soalan Ha Yeon , Krystal berjalan pergi menghampirinya dan tanpa diduga oleh Ha Yeon , Krystal bertindak menolak badannya.
pakkk !
Ha Yeon terduduk dilantai koridor akibat tolakan Krystal itu. Dia memegang siku nya terasa sakit akibat sentakan kuat pada lantai simen itu.
Krystal tersenyum puas. Manakala chingunya yang dua orang lagi itu makin galak mengetawai Ha Yeon.
Ha Yeon memandang Krystal. "Wae krystal ? wae ? kenapa kau sanggup buat macam ni pada aku ? apa salah aku ?"
Krystal tergelak sinis dengan soalan Ha Yeon itu. "Kau tanya aku kenapa ? Hyaa.. sudah pastinya sebab aku hendak sakiti kau."
"Hajiman wae ?" soal Ha Yeon separuh menjerit.
Krystal terus pergi menarik rambut Ha Yeon. "Hya ! berani kau jerit aku ? huh ?"
Ha Yeon kesakitan dan cuba melepaskan rambutnya dari tangan Krystal. "Lepaskan. Sakit !"
Krystal bukan melepaskan malah dia makin kuat menarik rambutnya Ha Yeon. Biar hatinya puas. "Biar. Biar padan muka kau ! sudahlah gemuk! hodoh! bodoh lagi! semak mata aku tengok kau ni."
Ha Yeon merintih kesakitan. "Krystal , aku mohon lepaskan. Sakit.."
Krystal tetap tidak melepaskannya. Biar sampai hatinya benar-benar puas.
Saat ini , pelajar lain sudah mula berkerumun untuk melihat apa yang berlaku. Hinggalah...
"Ada apa ni ?"
Serta merta dua orang sahabat Krystal itu menoleh dan terus saja tersentak. Mereka menarik-narik baju Krystal. "Krystal.. krystal.. lepaskan cepat." Bisik mereka berdua.
Krystal merasa terganggu dengan dua orang sahabatnya itu.
"Krystal !" tekan mereka.
Mahu tidak mahu Krystal menoleh , tapi tangannya masih menarik rambut Ha Yeon. "Ish , ada apa ? kacau betullah."
Lantas dua chingunya itu mengisharatkan sesuatu pada Krystal. Krystal yang akhirnya faham dengan maksud mereka terus menoleh kebelakang. Serta merta melepaskan rambut Ha Yeon.
Orang yang bertanya itu , melirik kearah Ha Yeon sebelum dia memandang Krystal semula. "Apa yang kamu lakukan pada dia ?"
Krystal terkedu. "Err..."
"Kamu membulinya ?"
Cepat-cepat Krystal mengeleng. "Aniya. Kami.. kami.. hanya bergurau."
Orang itu mengerutkan dahinya. Tidak yakin dengan jawapan Krystal. "Bergurau dengan menarik rambutnya ?"
Sekali lagi Krystal terkedu. Dia juga jadi malu.
Baru saja orang itu hendak menghampiri Ha Yeon , tiba-tiba namanya disebut seseorang.
"Im Jae Bum ssi.."
Orang yang disebut Jae Bum itu terus menoleh. Dia tersenyum setelah mendapati orang yang menyebut namanya itu adalah Pengetua Hangang High School ini tapi lebih di kenalinya sebagai kawan baik appanya.
Ha Yeon bangun dan membetulkan rambut dan bajunya. Dia menoleh kearah namja yang menyelamatkannya itu. Tapi tidak lama , kerana tiba-tiba Krystal memandangnya dengan pandangan tajam.
"Kka !" sebut Krystal dengan nada separuh berbisik.
Ha Yeon menunduk dan terpaksa akur . Dia pun meneruskan langkah kekelasnya . Dia juga diketawai oleh pelajar-pelajar lain di sepanjang perjalanan . Namun apakah dayanya hendak melawan sedangkan dengan Krystal yang sebenarnya merupakan chingunya sejak sekolah rendah lagi sampai hati melakukannya seperti patung tidak ada perasaan. Jika dulu Krystal adalah kawan baiknya namun sekarang tidak lagi. Baginya kata kata yang berbunyi 'Semua orang boleh berubah mengikut masa.' itu memang benar.
Share this novel