Esoknya..
Hari ini Ha Yeon tidak melepak diatas bangunan seperti selalunya , dia malah dengan beraninya pergi memasuki padang bola dan berehat disana . Pemain - pemain bola sekolah itu tidak berlatih hari ini . Jadi tidak juga dia rasa malu untuk berada disana. Ketika dia sedang mengelamun sendirian di situ , tiba-tiba...
"Err , chogiyo ?" sapa seseorang.
Ha Yeon menoleh dan jadi terkejut besar apabila mendapati orang itu adalah namja kelmarin . Yang melambainya .
"Ohh . Awak ni yeoja kelmarin yang berada di atas bangunan itu kan ?"
Meskipun malu , Ha Yeon mengangguk mengiyakannya.
Namja itu tersenyum . "Saya Jae Bum . Im Jae Bum . Pelajar baru disini ." Beritahunya seraya menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan .
"Ohh .. err , saya Ha Yeon .. Kim Ha Yeon." balas Ha Yeon seraya menyambut tangan Jae Bum . Sungguh , dia merasa sangat gementar . Ini pertama kalinya dia melihat namja yang kacak begitu ramah dengannya.
Jae Bum tersenyum . "Selamat berkenalan." ujarnya lagi . Dia melihat sebelah bangku yang diduduki Ha Yeon . "Boleh saya duduk disini ?"
Ha Yeon mengangguk . "Ne . Duduklah."
Jaebum pun duduk di bangku itu . "Awak buat apa disini ?"
"Err . Opso . Saya cuma ingin datang melihat lihat saja . lagipula ini kali pertamanya saya masuk ke kawasan padang ini ." Jawab Ha Yeon . Masih malu malu.
"Awak tidak pergi berehat ?"
Mendengarkan soalan itu , Ha Yeon terus menunduk . Dia mengeleng perlahan .
"Ehh , kenapa ? awak tidak lapar kah ?" soal Jae Bum , hairan.
"Memanglah lapar . Tapi saya tiada pilihan . Di sekolah ni tidak ramai yang menyukai saya ." Luah Ha Yeon . Wajahnya jelas kelihatan sedih .
Jae Bum jadi simpati mendengarnya . "Kwaenchana . Saya tidak akan jadi seperti mereka ."
Ha Yeon memandang Jae Bum . "Tapi saya gemuk . Hodoh . Awak tidak malukah dekat dekat dengan saya ?"
Jae Bum tergelak kecil mendengar soalan Ha Yeon yang baginya agak polos itu. Dia mengeleng . "Saya tidak kesah dengan siapa saya berkawan. Janji dia betul-betul mahu berkawan dengan saya."
Ha Yeon tersenyum mendengarnya. Hatinya berasa lega. "Kalau saya boleh tahu .. kenapa awak berpindah kesini ? dulu awak sekolah dimana ?"
"Sebelum berpindah kesini , saya sebenarnya menetap di California bersama keluarga saya yang lain . Tapi baru-baru ini saya berfikir adalah lebih baik untuk saya berpindah ke korea. Kerana sejak kecil saya jarang berjumpa dengan keluarga yang berada disini." jelas Jae Bum .
Ha Yeon mengangguk faham . "Ohh.. begitu.."
Jae Bum tersenyum . "Appa saya berkawan baik dengan pengetua di sekolah ini . Sebab itulah saya memilih untuk berpindah kesekolah ini." sambungnya lagi.
Ha Yeon tersenyum. "Saya harap awak akan gembira bersekolah disini ."
Jae Bum mengangguk mengiyakannya.
Sejak dari hari itulah , Ha Yeon dan Jae Bum jadi semakin rapat . Ha Yeon juga sudah tidak malu untuk pergi ke padang melihat Jae Bum berlatih . Hampir kesemua pemain-pemain bola sekolah mengenalinya. Ternyata mereka semua tidak seperti pelajar yang lain. Mereka semua sangat menghargai persahabatan.
Share this novel