3 hari kemudian..
"Jae Bum ! bola !!!" jerit Jung Shin selepas dia menendang bola kepada Jae Bum. Tapi hasilnya malah berbeza dengan apa yang diharapkan. Jae Bum seperti sedar tidak sedar saja yang bola itu sedang menuju kearahnya. Jung Shin jadi risau jika pihak lawan akan merampas bola itu. "IM JAE BUM !! Sedar ! Bolaa !!!" jeritnya.
Tapi ianya tetap tidak berkesan. Jae Bum seperti kehilangan fokusnya dan akhirnya bola itu dirampas oleh pihak lawan dengan mudahnya. Jung Shin meraup rambutnya kebelakang. Dia tidak pernah menyangka ini akan berlaku pada perlawanan yang amat penting ini.
Tanpa disangka juga pihak lawan sudah berjaya menjaringkan bola pertama mereka . Jung Shin berlari mendapatkan Jae Bum. "Hya , Jae Bum . Kau okey tak ni." soalnya sambil memegang bahu Jae Bum.
Kini baru Jae Bum tersedar . Dia memandang kearah pihak lawan yang saat ini sedang bersorak gembira. "Mwo ? mereka sudah berjaya menjaringkan bola ?"
"Dan itu disebabkan kau." ujar Jung Shin sedikit kecewa.
Jae Bum menunjuk dirinya. "aku ?" Dia jadi amat terkejut.
Jung Shin mengangguk. Ikutkan hati dia memang mahu memarahi Jae Bum namun apalah gunanya dia hendak marah kerana pihak lawan sudah pun menjaringkan bola mereka. Lagipula dia juga tahu yang sejak akhir-akhir ini Jae Bum kelihatan kurang fokus setelah mendapat tahu apa yang berlaku pada Ha Yeon pada 3 hari yang lalu. Dia memang amat setuju jika Krystal yang baginya hanyalah yeoja yang tahu menggunakan kecantikannya itu telah diberi hukuman gantung sekolah kerana telah membuli Ha Yeon selama ini. Dia menepuk bahu Jae Bum . "Sudahlah dulu. Kau pergilah berehat . Aku tahu kau tidak boleh fokus ."
Jae Bum memandang Jung Shin . Dia jadi serba salah kerana telah mengecewakan ketua mereka itu. "Tapi .."
Jung Shin tersenyum . "Kwaenchana. Pergilah berehat. Bila kau dah okey. Kau masuk lah semula. Apapun team perlukan kau."
Jae Bum akhirnya mengangguk. "Gomawo hyung.."
Jung Shin mengangguk.
Jae Bum kembali ketempat rehat semula. Dia mengambil botol airnya dan duduk di bangku yang disediakan. Semasa dia meneguk air botol itu , tiba-tiba dia terhenti. Dia memandang kesebelahnya.
Ha Yeon tersenyum memandangnya. "Jae Bum.."
Jae Bum terkedu. "Ha Yeon ?"
Ha Yeon mengangguk. Dia memandang wajah Jae Bum. "Kenapa wajah awak nampak terlalu lesu ?"
"Ini semua disebabkan saya memikirkan awak. Sudah tiga hari awak tidak datang kesekolah dan melihay saya berlatih juga temankan saya makan." luah Jae Bum dengan nada yang sedih. Dia memandang Ha Yeon. "Saya rindukan awak Ha Yeon."
Ha Yeon turut menjadi sebak mendengarnya. "Saya pun sama Jae Bum. Saya rindukan awak."
"Jadi.. tolong jangan jauhi saya lagi."
Ha Yeon mengeleng. "Saya tidak boleh. Saya malu. Saya ni gemuk. Hodoh. Saya tidak sesuai jadi kawan awak."
Jae Bum memegang tangan Ha Yeon. "Aniya.. jangan cakap macamtu Ha Yeon. Saya terima awak seadaanya. Saya tetap menyukai awak."
Ha Yeon tersentak. "Mwo ?"
Jae Bum mengangguk. "Ya. Saya sukakan awak Ha Yeon. Selama ini saya tidak pernah rasa ingin memahami perasaan yeoja. Tidak pernah ada yeoja yang setia menanti saya hingga saya habis latihan dan tidak pernah ada yeoja yang sudi temankan saya makan. Saya mulainya dengan awak. Awak lah yeoja pertama yang buat saya rasa ingin hargai perasaan yeoja. Dan..." Jae Bum terhenti. Dia mengesat air matanya.
Ha Yeon juga menjadi sangat sebak tika ini. "Jae Bum..."
"Dan awak lah yeoja pertama yang saya betul-betul ingin lindungi . Saya mencintai diri awak bukan siapa awak." sambung Jae Bum lagi.
Ha Yeon jadi terharu mendengarnya.
Jae Bum menunduk . Sehinggalah dia mendengar Ha Yeon menyebut namanya . Jae Bum mengangkat mukanya. Serta merta dia tersentak.
"Jae Bum ssi ? kau tidak apa apa ?" soal pelatih Sung Joo.
Jae Bum memandang kesebelahnya. Ha Yeon sudah tiada disana. "Kemana dia pergi ?"
Pelatih Sung Joo itu mengerutkan dahinya. "Dia ? siapa dia ?"
"Ha Yeon. Tadi dia ada disini ." jawab Jae Bum.
Pelatih Sung Joo terus mengerutkan dahinya dan mengeleng. "Tapi dari tadi hanya kau saja yang berada disini. Manada orang lain. Lagipula , orang luar tidak dibenarkan masuk ke padang."
Jae Bum terkedu. "Jinjja ? tapi..." Jae Bum terhenti. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. 'apakah .. tadi tu hanyalah khayalan aku ? tapi aku betul-betul dapat merasai kehadiran Ha Yeon.
Pelatih Sung Joo yang turut memahami keadaan Jae Bum menepuk belakang Jae Bum. "Rehatlah. Jangan terlalu tertekan. Dalam hidup kita memang harus korbankan apa yang kita sayangi jika itu yang terbaik buat diri kita juga orang itu." pesannya sebelum dia pergi semula ketempatnya tadi.
Jae Bum masih tidak percaya yang berlaku tadi itu hanyalah mainan ilustrasinya saja. Namun mungkin benar kata Pelatih Sung Joo . Dia terlalu tertekan hingga membuatkan dia berjaya dikaburi ilusinya sendiri. Dia meraup rambutnya. 'Ha Yeon.. kau kemana ..'
Share this novel