Di rumah Ha Yeon.
Han Bin mengerling kearah Ha Yeon yang dari tadi kelihatan tersenyum senyum sendiri tapi matanya pula melihat kearah televisyen. Yang peliknya mereka sedang menonton drama horror dan jalan cerita juga agak menyeramkan tapi adiknya itu tidak terjerit jerit seperti yang selalunya. Ha Yeon sedang berlakon kah ? fikir Han Bin. Han Bin terus sengaja mematikan televisyen untuk melihat respon Ha Yeon tapi jawapannya ialah Ha Yeon tetap tersenyum dan matanya masih memandang tepat kearah televisyen.
"Ha Yeon .. Ha Yeon .." panggil Han Bin. Dia mengoyangkan perlahan lengan Ha Yeon.
Ha Yeon terus tersedar . Dia memandang Han Bin . "Waeyo ?"
"Kau lamunkan apa ? sudah tersenyum-senyum sendiri. Hish, seram." ujar Han Bin sambil mengosok gosokkan kedua belah tangannya .
Ha Yeon mengangkat kedua dua keningnya. "Ehh yaka ?"
"Yala . Kau manalah sedar . Oppa yang nampak." ujar Han Bin sambil membetulkan keadaan posisi duduknya semula . Dia juga menghidupkan semula televisyen untuk menyambung menonton filem tadi.
Ha Yeon cuba mengingat apa betul dia mengelamun tadi ? rasanya memang ya kerana dia baru saja mengingati namja yang belum diketahui namanya itu. 'Ohh ! skill dia bermain bola sungguh mengujakan.' sontak hati Ha Yeon.
Tiba-tiba Han Bin pula yang tersenyum senyum.
Ha Yeon perasan dengan senyuman Han Bin itu. "Kenapa sekarang oppa pula yang tersengih sengih ?"
Han Bin mengeleng tapi dia masih tetap tersenyum sengih.
Ha Yeon mencebik. "Tak payah tipulah."
"Hmm sebenarnya memang ada." Akhirnya Han Bin mengangguk.
"Apa ?"
"Ani. Sebenarnya masa oppa tengok tv ni semula , oppa jadi ingat pada anak gajah yang tersenyum-senyum seseorang." Jelas Han Bin. Jelas diwajahnya yang dia sedang menahan tawa.
Ha Yeon menjengilkan matanya. "Apa ? sampainya hati oppa cakap Ha Yeon anak gajah."
"Ehh , janganlah marah Ha Yeon.. Oppa bergurau saja. Tiada niat mahu menyakitkan hati kau. Meskipun kau macam anak gajah , oppa tetap sayangkan kau." Pujuk Han Bin tanpa sedar kata-katanya itu membuatkan Ha Yeon makin berang.
Ha Yeon terus memukul-mukul Han Bin . "Eii , oppa jahat ! jahat ! sampai hati samakan adik sendiri dengan anak gajah ! memang jahat !"
Han Bin malah makin tergelak besar . Pukulan Ha Yeon tidaklah sesakit mana.
Akhirnya Ha Yeon berhenti memukul Han Bin. Dia bangun dari sofa itu.
"Ehh , nak kemana ? filem ni kan belum habis ." Tahan Han Bin.
"Oppa tengoklah seorang diri ! aku malas , oppa jahat ! sama macam Krystal macam semua orang ! suka menghina aku. Tahulah aku ni gemuk , hodoh , bodoh lagi .. tapi aku juga ada perasaan . Oppa sebagai oppa kandung aku harusnya bagi semangat pada aku .. bukan menghina aku macam orang lain !" Marah Ha Yeon namun jauh didalam sudut hatinya , dia amat sedih. Semua oranglah hendak memandang hina padanya.
Han Bin terkedu mendengarnya. Dia juga rasa serba salah kerana telah bergurau sampai menyakitkan hati adiknya itu. "Ha Yeon oppa tak .." belum habis dia bercakap , Ha Yeon sudah pergi. "Ha Yeon..." panggilnya lagi , tapi tetap tidak dipedulikan oleh Ha Yeon. Han Bin mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Otteoke ? aku sudah buat Ha Yeon marah ." keluhnya.
Di bilik , Ha Yeon menangis semahunya . Entah kepada siapa dia hendak mengatakan apa yang ada didalam hatinya itu. Dia benar-benar sedih.
Share this novel