Part 3

Fanfiction Completed 5221

Waktu Rehat . Di atas bangunan sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan Ha Yeon jika waktu rehat , dia pasti akan berada disini . Ke kantin ? memang tidaklah. Nanti dia pasti akan diketawai lagi. Jika pelajar lain melihatnya membeli makanan. Lagipula berada diatas bangunan ini tidaklah membosankan kerana dia dapat menghirup udara segar dan juga dia dapat melihat pemain bola sekolah yang sedang berlatih keras di padang sekolah.

Sedang dia melihat pemain bola itu sedang melakukan satu perlawanan untuk tujuan berlatih, tiba-tiba perlawanan terhenti. Ternyata pengetua mendatangi mereka bersama seorang namja yang memakai baju sukan yang sama dengan pemain bola yang lain.

"Dugunya ?" soal Ha Yeon sendiri. Dia cuba memerhatikan namja itu sehinggalah tiba-tiba namja itu menoleh keatas dan terlihat dirinya. Hal yang lebih mengejutkan ialah apabila namja itu tiba-tiba melambainya sambil tersenyum. Ha Yeon terundur kebelakang apabila tingkah namja itu membuatkan semua orang yang berada dipadang itu turut mendongak keatas dan memandanginya.

Ha Yeon rasa dia mengenali namja itu. "Itukan namja tadi . Yang selamatkan aku ."

Perlahan-lahan Ha Yeon berjalan kedepan semula. Pada ketika itu , perlawanan sudah disambung semula. Dia mencari kelibat namja tadi dan akhirnya dia menjumpainya. Ternyata namja itu akan menjadi salah satu pemain bola sepak disekolahnya itu. Ha Yeon tersenyum mengingati tika namja itu tiba-tiba saja melambai tangan padanya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience