Di Seoul Olympic Stadium .
Ha Yeon berjalan menuju ketempat rehat pemain bola. Memandangkan mereka semua sedang bekerja keras di padang untuk mendapatkan jaringan bola yang banyak maka dapatlah Ha Yeon pergi menjenguk ke ruang rehat itu. Dia pergi menghampiri kearah satu beg sandang warna biru tua yang diletakkan diatas bangku. Dia mengambil tag nama yang diletak di atas beg itu. Serta merta bibirnya mengukir senyuman.
'Stricker Ball : IM JAE BUM'
Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi sorakan dari padang. Ha Yeon menoleh dan sekali lagi dia tersenyum kerana bunyi sorakan itu rupanya pasukan yang mewakili Seoul berjaya masuk kedalam jaring dan yang menjaringkan itu adalah Jae Bum.
"Hidup Im Jae Bum ! Hidup Im Jae Bum !" sorak mereka sambil melambung lambungkan Jae Bum ke atas. Jelas kegembiraan di wajah Jae Bum.
Setelah itu , perlawanan dihentikan seketika untuk masa rehat kedua-kedua pasukan. Ha Yeon memandang pasukan Seoul yang datang ke tempat rehat mereka itu. Cepat-cepat Ha Yeon mengambil sekotak air mineral dan di bawanya kepada pasukan Seoul itu. Dia memberikan ahli pasukan Seoul itu sebotol air mineral setiap seorang. Dia juga sempat mengerling kearah Jae Bum yang semakin hampir.
Pelatih Yoo Hyuk menahan Jae Bum. Dia menepuk belakang Jae Bum. "Kerja yang bagus Jae Bum. Teruskan hingga ke final."
Jae Bum menangguk dan tersenyum. "Nde , sonsangnem."
Ha Yeon terus pergi menghampiri Jae Bum apabila Jae Bum kembali meneruskan perjalanannya ke tempat rehat . Dia memberikan Jae Bum sebotol air mineral.
Jae Bum mengambilnya. Dia memandang Ha Yeon. "Pekerja baru kah ?" soalnya , ramah.
Ha Yeon mengangguk. "Ne.." Namun dalam hatinya ada sedikit perasaan kecewa kerana Jae Bum seperti tidak mengenalinya. Rasanya dia tidak berubah banyak.
Jae Bum terpandang pula pada Heels yang dipakai oleh Ha Yeon. Dia tersenyum. "Masuk padang dengan memakai Heels ? daebak.."
Ha Yeon terus memandang Heels yang dipakainya . Dia tersipu malu.
Jae Bum pun mula beredar dari situ.
Ha Yeon merengus geram. "Jinjja ? dia tidak kenal aku ?"
Entah mengapa tiba-tiba Jae Bum datang semula kearah Ha Yeon. Dia memandang sesuatu yang ada di tangan Ha Yeon.
Ha Yeon memandang Jae Bum. Dia tersenyum. Adakah Jae Bum sudah mengingatinya ?
"Itu.. yang ditangan awak tu.. tag nama saya ?" tiba-tiba Jae Bum menyuakan soalan itu.
Hilang terus senyuman Ha Yeon. Dia meletakkan kotak yang dipegangnya kebawah dan melihat tag nama Jae Bum yang masih dipegangnya itu. Dia memandang Jae Bum yang berada di hadapannya itu. Dia akhirnya tersenyum sinis dan tanpa berkata apa-apa dia pun memasukkan tag nama itu kedalam poket seluarnya .
Jae Bum agak terkejut. "Ehh ??"
"Saya tidak akan pulangkan tag nama ini."
Jae Bum mengerutkan dahinya. "Tapi itukan tag nama saya."
Ha Yeon mengeleng. "Tidak kesah. Saya tetap juga tidak akan pulangkannya pada awak. Selagi..."
"Selagi apa ?"
"Awak menyebut nama saya."
Jae Bum jadi binggung. "Mwo ? Hya , saya kenal awak pun tidak .. macammanalah saya tahu nama awak."
Ha Yeon tetap kelihatan tenang. "Jadi tu cubalah ingat .."
"Ingat apa pula ni ? Hya .. sudahlah bermain. Saya nak rehat ni."
Ha Yeon memandang Kihyun. "Ingat semua kenangan kita.." ujarnya dan kali ini dia kelihatan sangat serius.
Jae Bum terkedu lagi. "Mwo .. kenangan ?"
Ha Yeon mengangguk.
Jae bum diam. Dia cuba mengingatinya meskipun dia tidak tahu apa yang harus diingatinya.
"Aigoo.. gemuknya yeoja tu." tiba-tiba Ha Yeon berkata begitu. Sebenarnya dia sengaja hendak memberi hint pada Jae Bum.
Jae Bum terus memandang Ha Yeon dengan reaksi yang terkejut. Baru dia teringatkan sesuatu. "Ha.. Ha Yeon ??"
Ha Yeon tersenyum. Dia mengangguk. "Ne . Saya sudah kembali."
Jae Bum terus tidak terkata kata. "Jinjja ??"
Ha Yeon mengangguk lagi .
Jae Bum menghampiri Ha Yeon . Dia memegang kedua bahu Ha Yeon dan matanya masih menatap Ha Yeon. Akhirnya dia tersenyum dan menarik Ha Yeon kedalam pelukannya. "Ha Yeon.. akhirnya awak kembali ."
Ha Yeon mengangguk dalam pelukan. "Mianei.. Sebab sudah tinggalkan awak."
"Shuttt . Jangan cakap lagi . Sekarang awak sudah kembali . Saya sudah cukup gembira."
Ha Yeon melepaskan pelukannya. "Betul awak tidak marah ?"
Jae Bum mengangguk. "Jangan tinggalkan saya lagi. Ha Yeon ?"
Akhirnya Ha Yeon tersenyum dan mengangguk. "Saya tidak akan tinggalkan awak lagi.. saya janji."
Jae Bun tersenyum mendengarnya. Dia memeluk Ha Yeon semula. "Ha Yeon .. saranghae.."
Ha Yeon tersenyum. "Nado.. saranghae ?"
Share this novel