Part 9

Fanfiction Completed 5221

3 Tahun kemudian..

Han Bin mengerling jam tangannya. "Ahh .. sudah tiba masanya." Dia segera bangun dan pergi mencapai jaket kulit berwarna hitamnya.

Lee Hi yang merupakan rakan sekerjanya memandang Han Bin yang kelihatan seperti hendak pergi. "Ehh , kau nak kemana pula ni ?"

Han Bin tersenyum . "Aku kena pergi dulu. Kekasih hati aku pasti sedang menanti." jawabnya dengan sengihan.

Lee Hi membesarkan matanya. "Apa dia ??"

Han Bin tersenyum lebar . Dia pergi mengosok kepala Lee Hi. "Dahlah.. aku pergi dulu. Jumpa nanti."

"Hya, Han Bin !!" Jerit Lee Hi apabila Han Bin pergi begitu saja. "Kekasih hati ? siapa pula kekasih hati dia ?" fikirnya lagi. Dia memandang sosok Han Bin yang sudah semakin jauh. Dia mencibir geram. "Tak apa. Siap lah kau nanti. Haishh !!"

Di Incheon International Airport.

Seorang yeoja tinggi lampai dan berambut panjang mengambil beg bagasinya dari bilik Imigresen . Setelah itu , dia menarik beg bagasinya itu hingga ke luar Airport. Dia memandang sekeliling , sesekali dia mengerling jam tangannya. "Haish, mana ni ?" . Dia memandang ke kiri dan ke kanan hinggalah orang yang dinantinya itu sudah kelihatan. Dia membuka kaca matanya dan tersenyum pada orang itu. "Oppa !!!!" jeritnya. Beg bagasi ditinggalkan begitu saja dan dia terus saja berlari untuk memeluk orang itu.

Han Bin tersenyum dan mendepakan tangannya. "Ha Yeon !"

Ha Yeon terus memeluk Han Bin . "Oppa. Pogoshipo !"

Han Bin tergelak kecil. " Nado.. yeodongsaeng."

Ha Yeon melepaskan pelukannya. Han Bin memandang Ha Yeon dari atas hingga bawah. "Jinjja ? inikah Ha Yeon yang oppa kenal ? mana sudah anak gajah tu ?" usiknya lagi.

Ha Yeon terus memukul lengan Han Bin. "Hya ! tidak nampakkah orang yang oppa label anak gajah tu sekarang sudah jadi yeoja yang cantik lagi menawan." ternyata Ha Yeon juga ingin bergurau.

Han Bin tergelak. "Yala tu. Beruntunglah dapat adik yang cantik lagi menawan kan."

Ha Yeon tersenyum sengih.

"Jadi macammana ? mahu pulang kerumah terus. Lagipula appa dan omma tidak sabar menantikan kepulangan kau. Mereka bahkan tidak tahu yang kau akan pulang ke korea hari ini."

"Ish.. aku lagi tidak sabar bertemu dengan appa dan omma.. tapi.."

Han Bin memandang Ha Yeon. "Tapi??"

"Aku mahu ke satu tempat dulu sebelum pulang kerumah. Boleh oppa bawakan aku ke tempat itu ?" soal Ha Yeon.

Han Bin berpura pura kelihatan seperti sedang memikirkan permintaan Ha Yeon itu. Tapi setelah melihat wajah Ha Yeon yang kelihata seperti sedang merayunya itu akhirnya dia tertawa. "Araso. Disebabkan kau comel jadi oppa sudi terima arahan."

Ha Yeon tersenyum lebar. "yeahh .. kajaaa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience