Di Taman perumahan Galleria Foret.
Ha Yeon mengeluarkan penimbang berat dari almarinya. Dia amat berharap jika berat badannya sudah menurun kerana sudah berkali kali dia mengurungkan niatnya untuk menimbang berat hanya kerana takut jika berat badannya tidak berkurang . Dengan perasaan yang berdebar , dia pun mula menaiki alat penimbang itu tetapi dia masih tidan berani melihat angka yang tertera pada alat penimbang badan itu.
Tanpa sedarnya , Han Bin yang merupakan oppanya sudah masuk kedalam biliknya dan curi curi melihat angka yang tertera pada alat penimbang badan itu. "82 kg ? Jinjja ! kau semakin beratlah Ha Yeon." ejek Han Bin dan membuatkan Ha yeon terus turun dari alat penimbang itu.
Hayeon memandang Han Bin tidak percaya. "82 kg ? biar betul oppa ?"
Han Bin mengangguk. "Ini pasti sebab kau masih belum boleh mengawal pemakanan kau kan."
Ha Yeon mengeleng menidakkannya. "Aniya. Aku rasa aku sudah kurangkan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi."
Han Bin mencibir. "Padahal semalam oppa nampak kau makan pizza dengan omma di dapur."
"Ohh.. itu sebab aku tidak boleh menolak pelawaan omma."
Han Bin tersenyum. "Yala tu. Mengaku sajalah kau memang makan bukan sebab pelawaan omma."
Ha Yeon mengetap bibir. Geram. Han Bin selalu saja memandang rendah padanya.
"Kenapa diam ? jadi betullah tu kan ?" Han Bin tersenyum menang.
"Ahh sudahlah ! malas aku layan oppa ni." Ha Yeon pergi mengambil beg sekolahnya. Sebelum dia keluar , dia sengaja berhenti di hadapan Han Bin. "Oppa , tengoklah nanti. Bila aku sudah kurus . Aku akan lebih cantik daripada Lee Hi , kawan oppa tu ! huh !"
Han Bin langsung tidak kelihatan terkesan dengan kata-kata Ha Yeon itu malah dia mentertawakannya sambil mengelengkan kepala. "Ha Yeon .. Ha Yeon .. macam macamlah." ujarnya perlahan.
Share this novel