BAB 3

Romance Completed 10967

“ Nah .” Fairuz menghulurkan beg kertas kepada Isha .

“ Berapa ?” Tanya Isha .

“ Tiga ratus enam puluh .” Kata Fairuz . Isha mengeluarkan 4 helai not RM 100 .

“ Keep the change . Jom , Dani . Kita pergi makan dulu . Along laparlah …”

“ Cantik … Abang Fairuz , join jom …” Pelawa Danish .

“ Boleh juga . Abang pun lapar ni …” Jawab Fairuz .

“ Woi !! Belikan aku char kuey teow satu .” Pesan Shahrul .

“ Ok .” Danish tolong jawabkan untuk Fairuz .

+++++++++

“ Along … cepatlah …” Danish mengesa Isha . Dia telah pun duduk di seat belakang .

“ Kejap . Along nak kunci pintu . Beg along , dah masukkan ke ?” Tutur Isha .

“ Dah , Cik Isha …” Jawab Fairuz di tempat duduk pemandu . Isha menapak ke kereta apabila selesai mengunci pintu rumah .

“ Kau ni boleh drive ke ? Semalam kau balik pukul berapa ?”

“ Almost 3 am . Jangan risau aku boleh drive lah . Kalau setakat nak balik Brinchang , no hal punya .” Fairuz berkata . Isha mencebik . Berlagak …

“ Kau keluar sekarang . Aku drive . Kau pergi tidur , nanti aku letih aku kejutkan kau .” Arah Isha . Fairuz akur , sememangnya dia mengantuk . Fairuz mengubah tempat duduk .

Sepanjang perjalanan , Isha memasang radio . Hilang juga rasa bosannya . Nak di ajak berbual , kedua – duanya sudah berlabuh . Sesekali pandangannya menyapa seraut wajah di sebelahnya , Fairuz Zafran . Seorang jejaka yang telah menjadi sahabatnya dari kecil .

Mereka rapat seperti abang dan adik sejak Fairuz berusia 10 tahun lagi . Papanya , Dato Dzulhairi telah menjaga Fairuz sejak kematian abah Fairuz yang juga merupakan pemandu papanya .

Pelajaran Fairuz juga di tanggung papanya hingga ke menara gading . Fairuz merupakan graduan lulusan sarjana dari Universiti Birmingham sama sepertinya cuma kursus mereka yang berbeza . Fairuz mengambil kursus pengurusan manakala Isha mengambil kursus pemasaran .

Pada mulanya Isha mahu ke universiti yang lain tetapi di tegah papanya atas soal keselamatan . Jadi semasa dia baru menjejakkan kaki ke sana , Fairuz telah di semester akhir . Maka , papanya menyuruh Fairuz menyambung pengajian ke peringkat master .

Zaman kanak – kanak tidak sama dengan zaman remaja . Hubungannya dan Fairuz mulai renggang bermula dengan satu tragedi semasa mereka di sekolah menengah . Isha di serang oleh teman wanita Fairuz kerana cemburu . Keakraban mereka di salah – ertikan .

Isha mempertahankan dirinya , dia menampar pipi teman wanita abang angkatnya itu . Balik aje ke rumah , mereka bertengkar hebat . Fairuz menuduh Isha sengaja mahu merosakkan hubungan mereka berdua . Luluh hati Isha mendengarnya .

Rentetan kejadian tersebut membawa kepada permusuhan mereka . Fairuz langsung tidak mempertahankan dirinya apabila ada gosip liar memburukkan dirinya . Ketika itu dia baru di tingkatan 3 , manakala Fairuz telah berada di tingkatan 5 .

Dirinya di tuduh sebagai perempuan terdesak sehinggakan abang angkat sendiri pun nak try . Sungguh malu , terasa mahu berpindah sahaja . Jadi , dia berusaha hingga berjaya menempatkan dirinya di MRSM . Semenjak itu , tiap kali bertembung mereka akan bertengkar .

“ Dani , bangun …. Solat Zohor . Nah , kunci . Nanti tunggu along di sini .” Isha menapak ke surau hentian rehat . Dani memisatkan matanya , kelibat Fairuz yang sedang terlentok di pandangnya .

“ Abang Fairuz , bangun kita solat dulu …”Dani mengejutkan Fairuz . Bahu Fairuz di goncangnya . Fairuz memandang sekeliling .

“ Dah sampai ke ?”

“ Kita dekat RNR lah Abang Fairuz … Jom , solat dulu .” Tutur Dani .

“ Jom .” Jawab Fairuz . Mereka keluar dari kereta . Setelah mengunci kereta , Dani memberikan kunci tersebut kepada Fairuz .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience