BAB 7

Romance Completed 10967

“ Mana orang dalam rumah ni ?” Dani bersuara . Tubuhnya di hempaskan di atas sofa .

“ Tidur lagi lah tu … Dani , pergi kejutkan Abang Fairuz kamu . Entah sembahyang ke tak budak tu …” Omel Nek Piah .

“ Kejutkan along kamu sekali .” Arah Datin Maisarah sebelum menapak ke dapur untuk membancuh minuman . Nasib baik mereka singgah dahulu di pekan , membeli sarapan .

“ Baik , mama …” Dani melangkah ke atas .

“ Teruk juga ribut semalam . Pokok tumbang seberang jalan sana .” Ujar Dato Dzulhairi . Kerusi di tariknya , dia duduk di meja makan menanti sarapan di hidangkan .

“ Besar ke pokoknya , abang ?” Tanya Datin Maisarah .

“ Besarlah juga … Mana Dani ?”

“ Kejutkan budak berdua tu …” Nek Piah berkata .

“ Ehh … tak bangun lagi ? Dah pukul 9 ni …” Tutur Dato Dzulhairi .

“ Mana Abang Fairuz ni ? Dalam bilik air pun takde … Dia tidur rumah kawannya kot ? ” Dani membuat tanggapan . Dia menuju ke bilik alongnya pula . Tombol pintu di pulas . Terlopong dia melihat 2 tubuh yang amat di kenalinya sedang nyenyak tidur , berpelukkan lagi . Pintu bilik di tutupnya kembali . Dia turun ke dapur .

“ Papa , mama … I think you should see this …” Kata Dani .

“ Apa ?” Soal papanya .

“ Lebih baik , papa tengok sendiri …” Tutur Dani . Dia menapak semula ke atas . Dato Dzulhairi mengekorinya . Datin Maisarah serta Nek Piah turut serta . Setibanya mereka di tingkat atas , Dani memulas tombol pintu bilik alongnya . Dia memberi laluan kepada yang lebih tua . Tak sanggup dia mahu menatap keadaan mereka lagi .

“ Astagfirullah …” Dato Dzulhairi menghampiri pasangan tersebut . Datin Maisarah dan Nek Piah turut berbuat demikian . Malu dia mahu menatap kedua – dua makhluk di depannya . Kedua – duanya masih tidak berkutik , masih nyenyak tidur . Isha tidur berbantalkan dada Fairuz , manakala Fairuz pula memeluk erat Isha . Nek Piah menggelengkan kepala , Datin Maisarah pula menitiskan air mata .

“ Bangun !! Bangun !! Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat ?!!” Marah Dato Dzulhairi . Dek suara yang lantang itu , Fairuz tersedar dari tidurnya . Isha juga begitu . Mereka memisatkan mata sebelum melihat wajah – wajah di hadapan mereka satu – persatu .

“ Apa kamu berdua dah buat ? Papa percayakan kamu berdua , tapi ini balasan kamu dengan papa …” Suara Dato Dzulhairi semakin kendur . Marah bagai nak rak pun tak guna , nasi dah jadi bubur …

“ Buat ?” Masing – masing bertanya di dalam hati . Mereka berpandangan seketika , sebelum mengerti akan situasi yang sedang mereka hadapi sekarang .

“ Papa … Isha …” Belum sempat Isha menghabiskan ayatnya , papanya telah bersuara .

“ Papa nak kamu berdua nikah .” Putus Dato Dzulhairi .

“ Tapi , papa …” Giliran Fairuz pula bersuara .

“ Zaf , papa nak Zaf bertanggungjawab ke atas Isha . Anggaplah sebagai balasan atas budi yang papa taburkan buat Zaf . Ambillah Isha sebagai isteri kamu …” Sayu tutur Dato Dzulhairi .

“ Papa … Isha …” Isha masih tidak percaya dengan apa yang berlaku .

“ Zaf akan bertanggungjawab , papa .” Kata Fairuz . Ayat yang ingin keluar dari mulut Isha , mati . Bicara Fairuz tadi , seperti mengesahkan perkara tersebut benar – benar terjadi . Isha keliru . Betulkah mereka sudah melaluinya ?

“ Bersihkan diri dulu . Nanti kita sarapan …” Tutur Dato Dzulhairi sebelum menapak keluar dari bilik tersebut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience