BAB 6

Romance Completed 10967

KRING !! KRING !! KRING !! ( telefon rumah berbunyi )

“ Hello , papa .”

“ Hello , Zaf . Nasib baik kamu dah balik . Risau papa , tinggalkan Isha sorang – sorang dekat sana . Ni , papa nak cakap . Malam ni papa tak balik . Kami bermalam kat sini . Kereta rosak pula . Kamu jaga Isha elok – elok . Nampak hari macam nak hujan je …” Dato Dzulhairi berkata – kata . Risau dengan keadaan Isha yang fobia dengan dentuman guruh .

“ Papa jangan risau . Zaf ada .”

“ Baiklah . Papa letak dulu . Assalamualaikum .”

“ Waalaikumusalam .” Fairuz mematikan talian .

“ Siapa ?” Tanya Isha . 2 mangkuk maggi kari di letakkan di atas meja .

“ Papa .” Jawab Fairuz . Volume tv di naikkan supaya mengatasi bunyi hujan .

“ Papa dah sampai mana ?” Isha meniup maggi tersebut sebelum mengunyahnya .

“ Depa tak balik malam ni . Kereta rosak .” Tutur Fairuz dalam loghat utara .

“ Hah…” Isha hampir tersedak mendengar bicara Fairuz itu .

“ Tak balik . Kau ni kenapa ? Sound trouble ?” Fairuz menjeling sekilas .

“ Jadi , tinggal kita berdua je ?”

“ Ha .. kita berdua . Tutup mulut kau , aku nak layan movie pun susah .” Fairuz menjawab , matanya leka menonton filem Rambo di kaca tv . Isha terdiam .

Usai makan , Isha membasuh mangkuk tersebut . Dia ingin segera mengurung diri di dalam bilik . Bahaya berdua dengan mamat perasan bagus tu . Sudahlah tadi Fairuz melihat dirinya sampaikan tak berkelip biji mata . Isha menapak ke anak tangga . Tiba – tiba bekalan elektrik terputus . Suasana menjadi gelap – gelita . Terkejut dengan keadaan tersebut , Isha terjerit kuat .

“ Kau dekat mana ?” Fairuz bertanya . Iphonenya di tekan untuk mengeluarkan cahaya .

“ Dekat tangga .”

“ Tunggu situ . Aku datang .” Fairuz mendekati Isha . Tangan Isha di genggamnya . Isha mengekori langkah Fairuz .

“ Kita cari torchlight dulu .” Arah Fairuz . Mereka ke dapur . Laci di tarik sebelum mencari lampu suluh . Akhirnya mereka terjumpa lampu suluh setelah menyelongkar 3 laci .

“ Ikut aku . Kita cari kotak fius .”

“ Kau jalanlah perlahan sikit . Aku tak nampak .” Isha bersuara . Fairuz memperlahankan langkahnya . Mereka menuju ke basement .

Kotak fius di periksa Fairuz . Namun masih tidak berfungsi , mungkin seluruh kawasan itu terputus bekalan elektrik . Guruh berdentum , kilat sabung menyabung . Isha semakin menggigil . Dia memang fobia dengan bunyi tersebut , ekoran kejadian di asramanya dahulu .

“ Kau kenapa ?” Fairuz sengaja menyoal begitu . Padahal dia tahu akan fobia Isha itu .

“ Aku takut .” Jawab Isha . Lengan Fairuz di peluknya erat .

“ Janganlah peluk kuat sangat … Aku ni lelaki sejati , tahu .. Menggugat iman betul , dahlah wangi … Tak boleh jadi ni … Ada juga yang kena makan nanti …” Desis hati Fairuz . Hidungnya terhidu bau harum rambut Isha . Dia mesti berbuat sesuatu sebelum sabarnya hilang .

“ Jom , aku hantar kau ke bilik .” Fairuz menapak ke atas . Isha mengekorinya , rapat . Pintu bilik di kuak . Mereka melangkah ke dalam bilik Isha . Fairuz melepaskan genggamannya .

“ Kau teman aku kejap . At least sampai aku tertidur . Aku takut …” Pinta Isha . Dia duduk di birai katil . Serba – salah Fairuz di buatnya . Akhirnya Fairuz bersetuju . Dia mengangguk .

“ Kau pejamlah mata dulu , baru boleh tidur . Aku ada kat sini , main games .” Fairuz bersuara . Dia bersandar di kepala katil sambil bermain games di Ipadnya . Isha berbaring membelakangi Fairuz sebelum memejamkan matanya .

Hampir saja Isha terlelap , dentuman guruh yang kuat menggegarkan bumi . Kilat pula membelah alam . Dengan spontan Isha memeluk lengan Fairuz erat . Dia terkejut . Akibat cahaya kilat tadi , mereka ternampak sebatang pokok tumbang di seberang jalan . Tidak jauh dari perkarangan banglo lama itu . Fairuz ingin bangun , dia mahu menarik tirai tingkap tersebut . Langkahnya di halang Isha .

“ Aku nak tutup tirai , kejap .” Tutur Fairuz . Dia melangkah apabila pautan di lengannya di lepaskan Isha . Sekali lagi dentuman kedengaran , Isha menutup telinganya . Dia menangis teresak – esak . Fairuz mendekati Isha , tangan Isha yang menekup telinga di tariknya . Fairuz mengenggam jari – jemari itu .

“ Stop crying , aku ada …” Lembut tutur Fairuz . Isha memandangnya sebelum memeluk tubuh Fairuz . Wajahnya di benamkan ke dada Fairuz , sendunya masih kedengaran . Fairuz mengusap lembut rambut Isha supaya lebih tenang .

Fairuz tidak sampai hati hendak membiarkan Isha bersendirian dengan keadaan begitu . Dia tahu Isha amat fobia dengan dentuman guruh serta kilat . Lagipun Isha pernah merawatnya ketika di Birmingham dulu . Ketika itu dia terlibat dalam kemalangan , kakinya patah . Isha bertungkus lumus menjaganya selama 2 bulan . Walaupun mereka masih bermusuhan tetapi sifat kemanusian tetap ada.

Kalaulah dia mempunyai kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya, sudah tentu perkara ini tidak menjadi rumit sebegini . Raut wajah Isha di perhatikannya dengan penuh kasih sayang . Dahi Isha di kucupnya , lama .

Sungguh dia terlalu sayangkan gadis ini . Gadis yang mengajarnya erti cinta . Kali ini pipi Isha menjadi sasarannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience