BAB 4

Romance Completed 10967

“ Assalamualaikum …” Dani memberi salam .

“ Waalaikumusalam . Orang jauh dah sampai . Mari masuk …” Pelawa Nek Piah .

“ Nek … rindunya ….” Isha memeluk neneknya setelah mencium pipi neneknya itu . Fairuz pula sibuk mengangkat bagasi mereka .

“ Pukul berapa bertolak tadi ?” Soal Dato Dzulhairi .

“ Lepas sembahyang raya . Dalam pukul 9 jugaklah …” Jawab Fairuz .

“ Mama , laparlah …” Dani bersuara .

“ Jom kita makan .” Kata Datin Maisarah .

“ Zaf , jom makan dulu . Beg tu , kemudian pun boleh angkat …” Dato Dzulhairi memanggil Fairuz .

“ Sekejap , papa .” Jawab Fairuz . Dia meletakkan bagasi tersebut berdekatan tangga sebelum menapak ke meja makan .

Usai makan mereka menuju ke bilik masing – masing . Dani berkongsi bilik dengan Fairuz manakala Isha pula memilih bilik yang bertentangan dengan bilik adiknya itu . Dia sedikit tidak berpuas hati apabila Dani mahukan bilik yang mempunyai bathtub . Kebiasaannya Isha yang menghuni bilik tersebut , nampaknya tahun ini dia terpaksa mengalah . Mereka solat Maghrib berjemaah di surau pada malam itu .

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Isha … mama , nenek , adik dengan papa nak ke rumah Tok Sani . Cucunya nak akad nikah petang ni . Isha nak ikut ke tak ?” Tanya Datin Maisarah yang ayu berbaju kurung .

“ Malaslah , mama …” Jawab Isha yang sedang menuruni anak tangga .

“ Tak takut ke tinggal sorang – sorang ? Rumah jiran jauh…” Datin Maisarah sekadar mengusik anaknya .

“ Mama , sengajakan ? Nak suruh Isha ikut . Isha tak sukalah .. Orang ramai , nanti kasut Isha hilang lagi ….” Isha memberi alasan . Padahal dia tidak suka bersesak .

“ Biar jelah dia kat sini … Lagipun , Zaf dekat rumah kawan – kawan dia . Orang muda , kalau dah jumpa kawan , tak ingat rumah . Silap – silap tidur rumah kawan . Takdelah orang nak pandang serong…” Nek Piah menyokong . Isha tersenyum . Cantik …

“ Mak , Mai , dah siap ke ? Eloklah kita bertolak sekarang …” Laung Dato Dzulhairi di halaman rumah .

“ Jaga diri baik – baik . Mama pergi dulu . Lepas Isyak kami pulang .” Datin Maisarah mencium pipi anaknya itu sebelum melangkah keluar .

“ Bye semua . Take care …” Ucap Isha di muka pintu . Isha melambai mereka hingga kereta papanya hilang dari pandangan matanya . Dia menutup pintu dan menguncinya .

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Boringnya …” Isha mengeluh setelah sejam menonton tv . Punat off di tekannya .

“ Nak buat apa ni …” Desis hati Isha .

“ Mandilah . Berendam pun bagus juga ….” Omel Isha sebelum menapak ke biliknya .

Setelah pintu biliknya di kuak , dia mencari perkakas mandiannya . Dia mahu berendam di dalam bathtub . Tumpang adiknya tiada di bilik , bolehlah dia mandi di bilik tersebut .

Gel aroma terapi berbau cherry di keluarkannya dari beg . Dia menapak ke bilik bertentangan dengan hanya berkemban , tombol pintu di pulas . Nasib baik tak kunci , dapatlah dia berendam . Isha tersenyum , sudah lama dia tidak memanjakan dirinya . Bolehlah dia menenangkan mindanya ….

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Sunyi je rumah … Mana semua orang ?” Desis hati Fairuz . Hairan dia melihat kereta papanya tiada di halaman . Telefonnya di periksa . Ada mesej dari Dani .

++ Abang Fairuz , kitaorang pergi majlis akad nikah cucu Tok Sani .++

“ Jadi , rumah ni aku yang punya ….” Fairuz tertawa di halaman rumah . Dia menapak ke muka pintu . Kunci di keluarkan sebelum membuka pintu rumah . Dia melangkah masuk , pintu di kuncinya kembali . Punggung di labuhkan di atas sofa .

“ Aduh … letihnya …” Keluh Fairuz . Betisnya di urut perlahan . Jam dinding di kerlingnya .

“ Kalau landing , jawabnya terlepas Maghrib ni … Baik aku mandi dulu …” Kata Fairuz . Dia menapak ke tingkat atas . Kaki melangkah laju menuju ke biliknya . Tombol pintu di pulas .

“ Rindunya dekat kau , katil … Tidur sedap ni …” Fairuz berkata . Tubuhnya di baringkan di atas tilam empuk tersebut . Matanya di tutup .

“ No , Zaf . Bangun . Jangan ikut syaitan . Nak Maghrib dah ni …” Desis hatinya . Fairuz segera bangun.

Dia melucutkan pakaiannya . Dengan hanya bertuala , bilik air di terjahnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience