BAB 9

Romance Completed 10967

“ Doktor , isteri saya mengandung ke ?” Tanya Fairuz .

“ Maafkan saya , Encik Fairuz . Isteri encik hanya mengalami keracunan makanan . Mungkin belum rezeki encik dan isteri . Encik boleh cuba lagi next time . Nanti saya bagi vitamin .” Ujar Doktor Khatijah dengan senyuman . Isha hanya memerhatikan wajah suaminya yang mengharap benar dia mengandung .

“ Terima kasih , doktor .” Ucap Fairuz .

“ Jangan lupa ambil ubat di kaunter .” Pesan doktor tersebut . Fairuz mengangguk sebelum memapah Isha keluar dari bilik rawatan tersebut . Kini , mereka menunggu giliran untuk mengambil ubat . 3 minit kemudian nama Isha di panggil . Mereka menuju ke kaunter .

“ Abang Fairuz , ekh ? Saya Kamariah , adik angkat Kak Balkis . Awek abang dulu ….”

“ Owh ..” Malas Fairuz ingin beramah mesra .

“ Jadi inilah perempuan yang rampas abang dari Kak Balkis … Berjaya juga kau , ye ?” Kamariah senyum sinis .

“ Bagi jelah ubat tu .” Fairuz berkata .

“ Ini ubat tahan muntah dengan demam , makan 3 kali sehari selepas makan . Antibiotik habiskan . Ini pula vitamin subur . Makan 1 biji sehari . Ini abang punya , ni kau punya .” Kamariah memberikan bungkusan ubat itu kepada Fairuz .

“ Abang Fairuz , belum tentu perempuan ni boleh mengandung . Jadi , saya sarankan abang ambil jelah Kak Balkis balik .

Entah berapa banyak yang dia dah buang , sampaikan tak boleh mengandung …” Tajam kata – kata Kamariah itu . Sakit rasa hati Isha . Dia meninggalkan Fairuz , langkahnya menuju ke kereta .

“ Kama !! Kau jangan kurang ajar . Aku lebih kenal siapa isteri aku . Baik kau tanya baik – baik Kak Balkis kau tu , sebab apa aku tinggalkan dia .” Kata Fairuz sebelum berlalu .

+++++++++++

“ Sayang … makan dulu . Taknak makan banyak , makan sikit . Nanti perut kosong . Meh , abang suapkan .” Fairuz memujuk Isha untuk menjamah sedikit makanan . Isha menggeleng .

“ Sayang … janganlah macam ni …” Pujuk Fairuz lagi .

“ Abang . Abang percaya ke cakap Kama tu ?” Soal Isha .

“ Jadi , inilah yang buat sayang abang jauh hati ….” Fairuz tersenyum lebar .

“ Let me tell you a secret .” Fairuz membuka cerita lama mereka berdua . Isha hanya mendengar . Sekali – sekala dia bertanya . Fairuz masih tersenyum . Dia bercerita bagaimana dia boleh jatuh cinta kepada Isha serta perasaannya kini . Isha turut tersenyum apabila Fairuz mengucup dahinya .

“ Jadi , abang dah lama cintakan Isha ?” Fairuz tersenyum sambil mengangguk . Sebuah ciuman mendarat di pipi kanan isterinya . Isha membalas senyuman itu .

“ Abang … pasal baby …”

“ Dah jangan cakap lagi . Pasal tu , abang yang bersalah . Mana nak dapatnya , kalau buat pun sekali je …” Suara Fairuz di rendahkan . Isha menjeling . Sejak peristiwa itu , Isha jual mahal. Tiada langsung peluang Fairuz ingin mendekatinya .

“ Abang suka ke , kalau dapat baby awal ?” Isha bertanya . Tangan Fairuz di genggamnya . Ada kemajuan nampaknya . Fairuz menguak rambut isterinya yang terjuntai , ke belakang .

“ Mestilah suka .” Jawab Fairuz . Senyumannya semakin melebar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience