BAB 11

Romance Completed 10967

“ Ini anak saya Nur Zaira Danisha . Harap kamu semua beri kerjasama .” Dato Dzulhairi meperkenalkan Isha kepada semua kakitangannya .

“ Selamat datang , Cik Danisha .” Ucap salah seorang kakitangan .

“ Terima kasih . But do address me , Puan Zaira . Saya dah kahwin dengan manager kamu …” Tegur Isha . Fairuz yang tadi kelihatan tak bermaya terus segar bugar . Dia tersenyum .

“ Sayang juga isteri aku dekat aku . Tak payahlah aku risau dia kerja kat sini . Nasib baik dia mengaku dah kahwin . Kalau tak makan hati jugaklah tengok orang mengorat bini aku.” Desis hati Fairuz . Dari tadi lagi dia perhatikan beberapa orang staff lelaki memandang Isha dengan pandangan berminat .

“ Lah …Encik Fairuz dah kahwin ke ? Saya ingatkan , solo lagi …” Tutur seorang kakitangan ala – ala sotong , dengan liuk- lentoknya . Isha hampir ketawa tapi di tahannya .

“ Handsome sangat ke laki aku ni ? Sampaikan spesis sotong pun suka …” Omel Isha di dalam hati . Dia memandang Fairuz dengan pandangan mengusik . Fairuz menjeling .

“ Lupa saya . Next month , saya jemput semua makan kenduri majlis kahwin anak menantu saya . Tunggu saya edarkan kad . Now , semua boleh sambung kerja .” Dato Dzulhairi memberi arahan . Semua staff kembali ke ruangan mereka menyambung kerja . Fairuz dan Isha mengekori papa mereka .

“ Ni , pejabat Isha . Buat kerja betul – betul . Time kerja buat kerja , jangan nak flirt pula dengan suami kamu ni ….” Usik Dato Dzulhairi .

“ Mana ada ….” Jawab Isha , dia malu . Ini semua gara – gara Fairuz yang mintak di cium selepas mensyuarat tadi . Papanya telah melihat kemesraan mereka . Manalah dia tahu bilik papanya yang bercermin itu boleh melihat aktiviti di bilik mensyuarat .

“ Manalah tahu … bilik kamu dengan Zaf kan dekat je … Berdepan pula tu ….” Usik papanya lagi . Isha terasa pipinya mula membahang , malu dek usikan papanya itu .

“ Uk … Uk …” Fairuz menutup mulutnya . Nafas di lepaskan setelah di mengusap dadanya .

“ Kamu ni kenapa pula ?” Tanya Dato Dzulhairi .

“ Busuklah bilik ni … bau cat … Uk .. Uk ..” Fairuz berlari ke biliknya sambil menekup mulut . Terpinga – pinga Isha dan papa dibuatnya . Isha melangkah ke pejabat Fairuz , papanya mengekori dari belakang .

“ Uwek … Uwek …” Fairuz muntah di bilik air di dalam pejabatnya .

“ Abang ….” Panggil Isha . Dato Dzulhairi tersenyum , mungkin benar firasat hatinya kali ini.

“ Isha , kamu bawa Zaf ke klinik . Nanti jumpa dekat rumah . Hari ini kamu cuti , jaga Zaf .” Arah Dato Dzulhairi kepada puterinya .

“ Tapi papa … hari ni Zaf ada meeting dengan klien dari Jepun .” Fairuz memberitahu .

“ Papa handle . Jangan lupa pergi check –up , manalah tahu kamu kena buatan sendiri …” Kata Dato Dzulhairi dengan senyuman sebelum menapak keluar dari bilik menantunya itu . Isha tersenyum setelah dapat memproses maksud papanya .

“ Buatan sendiri ?” Fairuz bertanya . Wajah Isha di pandangnya . Dia kurang mengerti dengan maksud papanya itu .

“ Jom , Isha drive .” Kata Isha , pandangannya di alihkan . Malu mahu menatap anak mata suaminya . Mereka menapak ke parking lot .

+++++++++++++

“ Apa maksud papa , tadi ? Sayang faham ?” Soal Fairuz . Dia meloloskan diri ke dalam kereta . Isha memandu kereta tersebut .

“ Tak .” Jawab Isha . Dia berbohong . Kereta mereka meluncur laju menuju ke destinasi .

Beberapa minit kemudian mereka tiba di perkarangan hospital swasta itu . Sengaja Isha memilih hospital , malas mahu ke klinik . Lagipun hospital tersebut terletak berdekatan dengan rumah mereka . Masuk saja ke lobi hospital , Isha menyuruh Fairuz duduk di kerusi . Isha pula menguruskan pendaftaran mereka . Fairuz hanya memerhatikan Isha yang sedang berbual dengan staff tersebut .

“ Puan nak saya rujuk O&G ?” Tanya kakitangan tersebut .

“ Boleh ke ?”

“ Boleh . Nanti saya cakap pasal suami puan dengan doktor .”

“ Kak , saya nak doktor perempuan . Bukan apa . Suami saya tu , kuat cemburu …” Isha tersenyum . Staff itu turut tersenyum . Dia menelefon ke bilik Doktor Zanariah .

“ Baik , doktor .” Staff tersebut mematikan talian .

“ Jom , puan . Doktor tengah tunggu …”

“ Sekejap , saya panggil suami saya .” Isha melambai Fairuz , Fairuz bangun mengekori isterinya . Pintu bilik Doktor Zanariah di kuak .

“ Doctor , your patient is here .” Kata staff tersebut sebelum meletakkan kad di meja doktor tersebut .

“ Thanks , Tini . Sila duduk , puan , encik .” Pelawa Doktor Zanariah .

“ Siapa yang sakit ?”

“ Suami saya . Asyik muntah dari pagi tadi .” Jawab Isha .

“ Encik ke sini , saya periksa . Puan , buang urine dalam bekas ni .” Arah Doktor Zanariah dengan seyuman . Isha mengambil bekas tersebut dan berlalu .

“ Kenapa isteri saya , doktor ?” Fairuz kehairanan .

“ Saya nak periksa isteri encik juga . Takut penyakit encik berjangkit … Ok , sekarang tarik nafas .” Kata Doktor Zanariah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience