BAB 1

Romance Completed 10967

“ Along , tolong iron baju Melayu adik boleh , tak ?” Pinta Zaire Danish .

“ Suruhlah , Mak Kiah . Along busy ni ….” Zaira Danisha memberi alasan .

“ Alah , along ni … Mak Kiah kan dah balik kampung . Esokkan raya …”

“ Along ada kerjalah sayang ….” Jawab Isha . Dia tekun menyemak laporan pemasaran yang akan di hantarnya melalui emel .

“ Ingat dia sorang busy ? Aku pun busy jugak , nak ambil SPM lagi …” Omel Danish di dalam hati .

“ Along … kalau adik tahu … adik rela ikut papa dan mama balik kampung . Kita kesiankan dia sorang – sorang dekat sini , dia pula nak tolong iron baju pun tak boleh ….” Danish mula mengungkit .

“ Adik nak pergi mana dengan baju Melayu segala ?” Isha memandang wajah adiknya , kerjanya sudah berjaya di emelkan .

“ Along , adik nak pergi sembahyanglah ….”

“ Sembahyang ? Pakai t-shirt sudahlah …” Isha kembali memerhatikan laptopnya . Harap –harap ketua jabatan telah menerima emelnya , tadi .

“ Along !! Geramnya … Esok raya , mestilah nak pakai baju raya . Along dah lupa ? Lepas sembahyang kita terus balik kampung .” Danish menghempaskan tubuhnya di atas katil Isha . Terpinga – pinga Isha di buatnya .

“ Ehh.. kejap , Dani cakap apa ?” Isha yang menirap tadi , segera duduk bersila di atas katil . Dia memandang wajah Danish yang masih kelihatan seperti keanak – anakkan , walaupun sudah berusia 17 tahun .

“ Balik kampung …” Jawab Danish . Ipad kakaknya di capai .

“ Bukan . Sebelum tu ….”

“ Esok raya ….” Danish malas hendak menjawab lagi . Ni mesti kes alongnya terlupa esok hari raya . Workaholic ….

“ Ya Allah … Along terlupa …” Isha menampar perlahan dahinya .

“ Itulah along … kerja memanjang sampaikan tak ingat apa – apa . Agaknya kalau takde public holiday . Along kerja 24/7 …. Kenapa along tak kerja dengan papa je ? Kalau adik , dah lama adik kerja dengan papa . Boleh cuti selalu . Pergi lewat , balik awal . Best …. ”

“ Budak ni nak melingkup syarikat ke apa ?” Isha berkata di dalam hati .

“ Ok , mama junior … Sudahlah membebelnya … Nanti along ironkan . Tapi … adik kena temankan along pergi somewhere ? Please …”

“ Mana ?” Danish bertanya .

“ Night market . Along tak beli lagi baju raya …..” Tutur Isha sambil tersengih . Nasib baik teringat kata rakan sekerjanya yang membeli – belah di sana tempoh hari . Dari baju hingga ke kuih raya semua ada di jual di sana .

“ Manusia macam ni pun wujud . Haish … Jomlah .” Danish mengeluh .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience