BAB 5

Romance Completed 10967

Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat kelibat Isha di dalam bathtub . Tergamam seketika menyaksikan keindahan di depan matanya . Isha terjerit akibat terkejut melihat tubuh Fairuz yang hanya bertuala itu .

Fairuz segera menutup kembali pintu tersebut . Dada kirinya di pegang untuk menenangkan jantungnya yang mengepam laju .

Isha pula bingkas bangun dan segera memakai tuala . Rambut pun tak sempat di keringkan . Salahnya , dia leka berada di situ . Sudah hampir sejam dia berendam di dalam tub. Nasib baik , banyak buih . Kalau tak free showlah tadi .

“ Ya Allah …dugaan apakah ini ?” Hati Fairuz berkata . Sudahlah tadi dia di usik rakan – rakannya . Siap cakap dia dan Isha sesuai bersama . Bila dia menafikan , rakannya menyuruhnya melihat Isha dari persepsi lain . Adakah ini persepsinya ?

“ No . This is not right . Isha bukan wanita idaman aku .” Omel hati Fairuz , sedikit berbolak – balik setelah melihat keadaan Isha tadi . Dia harus menguatkan hatinya .

“ Nak keluar ke tak ?” Desis hati Isha . Dia malu mahu keluar begini . Sudahlah tualanya singkat .

“ Woi !! Cepatlah . Aku nak mandi , nak solat .” Laung Fairuz dari luar setelah dia dapat mengawal ritma jantungnya . Isha memejamkan mata . Dia terpaksa keluar dari situ . Dengan selamba dia keluar dari bilik air . Wajah Fairuz langsung tidak di lihatnya . Dia mahu segera ke biliknya . Namun langkahnya di sekat .

“ Kenapa kau ada kat sini ? Setahu aku bilik kau kat depan sana …” Tutur Fairuz . Sengaja dia mahu memancing marah Isha supaya berkurangan sedikit getar hatinya . Mahu tak getar . Sudahlah cantik , wangi , seksi pulak tu …

“ Aku minta maaf . Aku tumpang mandi je …” Kata Isha . Pandangannya masih di tundukkan, malu mahu menatap tubuh Fairuz yang terdedah itu .

“ Cakap jelah , kau datang sini nak menyerah diri …” Fairuz berkata sebelum tangannya memegang bahu Isha . Terkejut Isha di buatnya .

“ Ehh … apa kau ni ? Lepaslah …” Isha menepis tangan Fairuz . Fairuz menurunkan tangannya dari bahu Isha .

“ Habis kau buat apa kat bilik aku ?” Matanya meliar memerhatikan tubuh di depannya .

“ Seksi juga budak ni … Walaupun kulit dia ala – ala JLO .. Ya Allah , kuatkan iman aku …” Desis hatinya . Pandangannya di alihkan .

“ Kan tadi aku dah cakap . Aku tumpang mandi , bilik aku takde tub . Mana aku tahu tiba – tiba je kau muncul …” Isha mempertahan dirinya . Hatinya membara . Orang cakap baik – baik , di balasnya kasar . Bikin panas je ….

“ Ok , aku assume kau tak sengaja . Tapi … lain kali aku jumpa kau macam ni , jangan harap aku kasi kau keluar . Faham …” Fairuz sengaja menggertak Isha . Isha memandang tajam Fairuz , sebelum melangkah ke biliknya .

Usai solat Isyak , Isha mengurungkan dirinya di dalam bilik . Dia malu mahu berdepan dengan Fairuz . Isha duduk di atas katil sambil membelek ipadnya . Tiba – tiba perutnya berbunyi . Lapar … Terpaksalah dia turun ke dapur . Semasa turun , dia terlihat kelibat Fairuz di ruang tamu yang sedang menonton tv . Kakinya melangkah ke dapur , sebungkus maggi di keluarkan dari kabinet . Dia membuka bungkusan tersebut .

“ Kau buatkan aku satu . Aku pun lapar ni …” Fairuz berkata . Terkejut Isha dibuatnya . Tiba– tiba je berdiri di sebelahnya .

“ Kau cacat ke ?” Isha bertanya . Fairuz menggeleng .

“ Dah , tu …buatlah sendiri .” Malas Isha mahu melayan kerenah Si Fairuz .

“ Kalau aku tahu masak , dah lama aku buat . Masalahnya , aku tak tahu … Baik kau masak . Kalau tak , aku kasi tahu papa yang kau masuk bilik aku . Kau sengaja nak goda aku …” Ugut Fairuz . Isha mencebik . Geram …

“ Hishh …” Isha merengus .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience