BAB 2

Romance Completed 10967

. Terpaksa berhimpit – himpit , nak jalan pun susah . Selalunya dia beli di butik je… Tahun ni sibuk sangat sampaikan terlupa membuat tempahan . Menyesal pun ada , sebab tak endahkan cakap mamanya tempoh hari .

“ Pengajaran buat along terchenta . Sediakan payung sebelum hujan .” Danish tertawa kecil melihat kakaknya itu . Isha menjeling .

“ Mai , Kak Long … Mai !! 2 pasang seratus … Murah – murah !!” Teriak satu suara . Danish menoleh . Dia kenal suara itu . Tersenyum lebar Danish apabila melihat raut wajah pemuda tersebut .

“ Abang Fairuz !!” Laung Danish . Isha turut melihat adiknya yang telah menuju ke gerai tersebut .

“ Ehh… kenapa Dani pergi tegur mamat tu pulak ? Spoil betul …” Isha terpaksa mengikut jejak adiknya . Takut terpisah pula nanti …

“ Dani !! Buat apa kat sini ?” Soal Fairuz sambil mengerling ke arah Isha .

“ Biar benar , budak berlagak nak mampos ni mai pasar malam … Aku mimpi ka ?” Desis hati Fairuz . Tubuhnya di peluk Dani .

“ Dani teman along . Along nak beli baju raya .” Jawab Dani .

“ Cik Zaira Danisha ? Pasar malam ? Miracle ….” Sindir Fairuz .

“ Dani , jom . Along nak tengok baju dekat sana . Baju kat sini fesyen lama .” Isha mahu melangkah pergi , lagi lama lagi mengelegak darahnya . Menyampah dengan mamat perasan bagus ini …

“ Along , beli kat sini saja . Dani tak nak jalan dah . Penat .” Danish berpeluk tubuh di hadapan gerai itu . Isha mencebik . Terpaksa …

“ Silakan masuk Cik Isha ….” Pelawa Fairuz .

“ Hish … tepilah sikit . Dahla sempit , ingat badan kau kecil ke ?” Isha menolak tubuh Fairuz.

“ Dia buat pulak dah … Along cukuplah bermusuhnya dengan Abang Fairuz tu … Orang tua – tua cakap , jangan benci nanti benci bertukar jadi sayang .” Danish berkata sebelum meneguk air mineral sejuk di tangannya . Dahaga …

“ Betul , Dani . Abang sokong ….” Fairuz bersuara . Di ekorinya langkah Isha . Isha buat tak tahu je … Dia sibuk memilih baju kurung di hadapannya .

“ Nah , baju ni . Ambil saiz kecil .” Isha menolak baju tersebut ke dada Fairuz . Geram ..

“ Ni pun dah saiz S . Budak ni pakai saiz apa ?” Desis hati Fairuz .

“ Ehh .. kau ingat aku husband kau ke ? Mana aku tahu kau pakai saiz apa ?” Tutur Fairuz . Matanya memandang Isha , tajam .

“ Cakap je lah yang kau tak pandai jual baju . Tak kan tak boleh guna common sense . Kalau dekat tangan kau saiz S , kecil dari saiz S mestilah saiz XS . Itu pun tak boleh fikir ? Belajar je tinggi …” Sindir Isha .

“ Kau ?” Fairuz menahan rasa hatinya yang panas dengan sikap sombong Isha itu .

“ Apa ? Kau ingat aku takut dengan kau ?” Isha bercekak pinggang .

“ Woi … sudahlah . Kalau nak bergaduh laki – bini , balik rumahlah … Aku nak meniaga ni…” Kata rakan kongsi Fairuz , mamat sekeping A.K.A Shahrul .

“ Minta maaf , kak . Isteri saya ni datang bulan sebab tu garang macam singa . Pilihlah , kak .. Jangan malu – malu …” Fairuz meminta maaf apabila pelanggannya memandang drama tak berbayar mereka tadi . Shahrul menghulurkan saiz XS kepada Fairuz .

“ Nah . Saiz yang kau minta . Ni paling kecil . Kalau nak kecil lagi , kau pakai je baju adik…” Fairuz berkata sebelum tertawa kecil . Isha menjeling . Huluran itu di sambut lalu diletakkan di bahunya .

“ Itu tak lain tak bukan tengah fikir benda yang bukan – bukanlah tu …” Omel Isha di dalam hati sebelum bersuara .

“ Aku nak saiz yang sama untuk 2 design ni .” Isha menuding jari ke arah baju kurung berwarna maroon dan hijau muda .

“ Rul ! Kau cari saiz XS untuk design 402 dengan 305 . Maam besar nak …” Laung Fairuz .

“ Gila kedekut . Bilik salin pun takde . Mangkuk , aku nak try dekat mana ?” Tanya Isha dengan perasaan marah . Sudahlah panas …

“ Kau nak try aku ? Kau ingat aku ni apa ? Bagi free pun aku tak hinginlah …” Jawab Fairuz .

“ Kau ni apahal ? Otak tu dah karat sangat gamaknya ? Aku nak try bajulah , biol …” Isha bersuara sebelum menendang betis Fairuz . Fairuz menggosok betisnya yang sengal . Ganas …

“ Pakai jelah kat sini . Double ..” Shahrul berkata . Dia menghulurkan 2 pasang baju tadi kepada Fairuz sebelum berlalu .

“ Nah . Kau tunggu sini .” Arah Isha . Beg tangannya di sangkutkan ke leher Fairuz . Baju kurung cotton dengan jahitan manik di sarungnya membelakangi Fairuz .

“ How do I looks ?” Tanya Isha setelah berhadapan dengan Fairuz . Matanya mencari – cari cermin . Fairuz tergamam .

“ Ayunya dia …” Kata hati Fairuz .

“ Ehh … kedai kau takde cermin ke ?” Isha bersuara . Tersedar Fairuz dari lamunannya .

“ Tengok kat sini je …” Fairuz mengeluarkan ipadnya . Isha mencebik . Dia mengayakan baju tersebut . Setelah berpuas hati dengan saiz itu dia bersuara .

“ Aku nak tiga – tiga sekali .” Fairuz ingin berlalu tetapi Isha bersuara semula .

“ Kau nak ke mana ?”

“ Bungkuslah ….” Jawab Fairuz . Bercakap dengan makhluk ni buat aku lapar je …

“ Kejap lagi . Sini .” Arah Isha . Fairuz masih tak berganjak .

“ Ehh… sinilah .” Isha menarik beg tangannya . Tubuh Fairuz terdorong ke arahnya .

“ Kau nak apa ?” Fairuz berdiri di depan Isha . Isha menyelak sedikit baju kurung tersebut .

“ Kau tarik baju kejap . Aku nak buka baju kurung ni . Nanti terselak pulak …” Isha bersuara sambil memegang tangan Fairuz lalu di halakan ke pinggangnya . Fairuz menarik hujung t-shirt Isha ke bawah . Sungguh dekat kedudukan mereka . Ritma jantung Fairuz kian lari temponya . Fairuz memalingkan wajahnya. Dugaan ….

“ Thanks …” Ucap Isha setelah selesai mencuba baju tersebut . Fairuz di tinggalkannya . Kelibat Dani di cari Isha . Fairuz pula pergi membungkus pakaian tersebut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience