Chapter 8 = Rindu

Action Series 18573

"Mama betul ke yang Mira ada dua orang abang?"tanya Mira dingin. Dia tidak suka orang berahsia dengannya.

"Ermm, kenapa sayang tanya ni? Abang Mira kan Shikir maksudnya seorang je lah"balas Adelia. Dia belum ada kekuatan untuk menceritakan hal itu. Kalau boleh biarlah rahsia selamanya.

"Mama, mama tahu kan Mira tak suka orang menipu dan berahsia dengan Mira. Mama jangan sampai Mira tahu sendiri, kalau Mira tahu sendiri mama jangan harap yang mama boleh jumpa Mira lagi" tutur Shamira. Dia hanya mahu tahu tentang abangnya sahaja kenapa tidak boleh?.

"Mira sayang, calm down okey. Mira, mama akan ceritakan tapi not now dear. Mama takut mama tak kuat untuk cerita. Sayang bagi mama masa ya"pujuk Adelia.

"Mira nak tunggu sampai bila? Sampai Mira mati? Lepastu Mira tak tahu apa apa pasal keluarga Mira"

"Shamira Adeliana. Ya, kamu ada dua orang abang. Sorang Shirin Rizal dan seorang lagi Shikir Rizal. Puas hati kamu" sampuk Shamir.

"Oh, papa rupanya. Ha, kan senang. Bagi tahu tu jelah, kenapa kene sampai bersedia dulu baru nak bagi tahu" kata Shamira. Tanpa membuang masa dia terus keluar dari rumah banglo itu.

Shamir memicit kepalanya yang terasa pening itu. Dia tidak tahu lah macam mana Shamira boleh jadi sedingin itu. Dia bersabar sahaja kerana dia sudah berjanji dengan arwah Razin untuk jaga Shikir dan Shamira.

"Dah lah bie, bie pergi berehat dulu. Nanti kalau sakit payah pulak. Bie tu dah lah tak suka duduk hospital" tegur Adelia. Dia memimpin tangan Shamir menaiki tangga hingga ke dalam bilik.

"Kalau bie nak apa apa call jangan turun bawah tau"pesan Adelia.

Shamir menggangukkan kepalanya.

Adelia terus turun ke bawah semula untuk masak makan malam.

*********

Terketar ketar tangan Adelia memengang talefon. Berita yang di sampaikan sangat mengejutkan Adelia. Dalam masa yang sama sekurang kurangnya keluarga mereka tidak di ancam lagi.

'Tak kan lah ni kerja si Mira, tapi mira tak kenal siapa Zack. Siapa yang buat ni?' tanya hati Adelia.

"Sayang, kenapa ni? Ada apa apa yang tak kene ke?"tanya Shamir yang baru sahaja selesai mandi.

"Ermmm, sayang baca berita ni. Dia kata Zack Hanaf mati di bunuh di lorong terpencil. Kes kematian ini di kira misteri kerana pembunuh tidak meninggalkan sebarang kesan" Adelia menjawab pertanyaan suaminya itu.

"Hah?!. Siapa yang bunuh dia?"

"Mana lah sayang tahu. Kalau nak kata Mira dengan Shikir tak logic langsung sebab diorang mana kenal si Zack tu" kata Adelia.

"Bende yang kita tak sangka mungkin juga betul sayang. Awak tanya dekat Mira dulu"

Adelia mendail nombor Shamira.

"Assalamualaikum Mira"

"Waalaikumussalam, ya ma. Ada apa mama call Mira ni?"

"Mira ada bunuh orang tak semalam"

"Tak ada. Kan papa marah Mira jalankan misi semalam so Mira tak buatlah. Mira ada dekat rumah je semalam. Kenapa ma?"

"Tak, semalam ada kes membunuh"

"Oh, Mira tak tahu. But memang betul Mira tak ada bunuh sesiapa"

"Tak apa lah kalau macam tu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Macam mana?"tanya Shamir selepas Adelia mematikan panggilan talefon.

Adelia mengeleng kepala.

"Tak apa lah. Lain kali kita siasat. Mungkin tu musuh dia yang lain"kata Shamir untuk menenangkan hatinya.

Adelia mengangguk.

**************

Dia mengusap perlahan wajah dua orang anak kembarnya. Dia sangat rindukan kedua dua anaknya itu. Dia mahu sahaja berterus terang tapi dia belum bersedia.

"Awak teringat dekat anak anak ke?"tanya seorang lelaki.

Dia menganggukkan kepala.

"Tak apa suatu hari nanti kita pasti akan jumpa diorang. Kita tunggu sahaja"

"Mama, adik adik mesti comel kan?"tanya seorang. Umurnya dalam 23 tahun.

"Comel sangat sayang. Ibu rindu dekat adik adik"

"Irin pun nak jumpa adik jugak. Irin tak pernah lagi jumpa adik adik"

"Ha, lagi satu. Irin nak bagi tahu yang Zack dah mati semalam"

"Bagus. Ayah nak keluar sekejap"

Irin mengangguk kepala. Dia memandang ke arah ibunya.

"Ibu, jangan lah sedih"

"Ibu nak cepat habiskan misi supaya ibu dapat jumpa diorang"

Irin mengangguk tanda setuju. Dia juga teringin untuk berjumpa dengan adik adiknya.

Maaf jika ada kesalahan typo, Dihah dah double cek tapi takut Dihah tak perasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience