Chapter 14 -- Cemburu

Action Series 18573

"Erm, macam tu. Buat bazir air mata aku je menangis selama ni" kata Shamir.

"Eh, kau nangis erh. Hahahaha" usik Shamir.

"Ibu, ayah, papa, mama, Shikir and adik. Irin ada nak bagi tahu sesuatu ni. Irin harap korang boleh terima"

"Apa dia?"

"Irin dah nak kawin bulan depan. Irin minta maaf sebab tak bagi tahu awal awal tapi irin dah buat keputusan untuk berkahwin secepat mungkin. Irin nak jaga perempuan tu sebab dia dalam bahaya sekarang" jelas Shirin dengan satu nafas.

"Ya Allah sayang semput kamu dibuatnya. Lain kali cakap berhenti sekejap ini tidak sambung ajar. Ibu izinkan kamu kalau kamu nak berkahwin" kata Shira mengusap kepala anak sulungnya.

"Ala, adik baru nak bermanja dengan abang. Tut tup abang dah nak kawin. Nak merajuk lah macam ni. Adik tak sayang abang adik sayang abang Shikir je" rungut Shamira. Yang lain sudah melepaskan tawa.

"Alah, adik jangan merajuk. Kan ada sebulan lagi. Adik tu cepat cepat lah kahwin nanti dah tua tak ada orang nak kan adik" usik Shirin.

"Ey, abang ni. Abang tu dah lah tak hensem siapa lah yang suka dekat abang. Mesti nenek tua kan" kata Shamira tidak puas hati.

"Hey, you punya sister in - law cantik okey"

"What ever" kata Shamira acuh tak acuh sahaja. Dia mahu merajuk. Ingatkan bila jumpa abang sulungnya boleh bermanja kerana abang sulung biasanya manja dengan adik perempuan.

"Ha, miracle dah kenapa muka macam tak puas hati tu sampai tenung abang kamu" tegur Shira. Tahu sangatlah anaknya ini.

"Kenapa abang nak kawin?" tanya Shamira datar. Tiada riak di wajahnya.

"Sebab jodoh abang dah sampai, abang sayang dan cintakan dia abang nak jaga dia" balas Shirin.

Terasa mahu menitiskan air mata tika ini apabila mendengar kata kata abangnya. Huk huk. Abang tak sayang adik lah tu.

"Maksudnya abang kawin dengan perempuan yang abang sayang lah?" tanya Shamira lagi.

"Yelah adik oi" apa punya soalan lah.

"Maksudnya abang tak sayang adik lah" sayu.

"Eh, kenapa kata macam tu? mesti lah abang sayang adik abang ni" Shirin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Habistu Kenapa abang tak kawin dengan adik? abang kata abang sayang adik" berair mata Shamira. Dia tidak tahu apa kena dengannya.

Terlepas tawa semua yang berada di situ.

"Adik, abang sayang adik sebagai adik perempuan abang. Adik beradik mana boleh kawin"

Shamira mula menangis dia berjalan meninggalkan ruang tamu. Yang lain sudah pelik dengan karenah Shamira. Razin, Shira dan Shirin tidak menunjukkan apa apa riaksi. Mereka hanya diam. Tiba sudah masa yang sebenarnya?

~~~~~~Enjoy reading semua...tata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience