Chapter 15 = Jatuh Cinta

Action Series 18573

Shamira masuk ke dalam salah satu boutique. Dia membelek baju baju yang berada di situ. Dia terlihat satu graun yang sangat cantik. Baru sahaja dia ingin mengambil baju itu ada sebelah lagi tangan yang ingin mengambilnya. Shamira menurunkan tangan dan memandang ke sebelah. Terkaku Shamira melihat permandangan yang sangat menarik.

"Miss, you nak ke baju tu?" soal lelaki di sebelahnya. Shamira masih terpukau dengan wajah tampan itu.

"Ehem, miss saya tanya miss nak ke baju tu" lelaki itu menepuk tangan dihadapan muka Shamira. Berona muka Shamira.

"Sorry, erm tak apa lah kalau awak nak ambil awak ambil lah saya tak nak pun, saya cuma tengok tengok je tadi" balas Shamira dan terus berlari keluar dari boutique itu. Dia menepuk pipinya. Malu..

Sedang Shamira berjalan dia terlanggar seseorang. No bukan terlanggar tapi di langgar. Shamira menoleh ke belakang.

"Hoi, kau tak nampak ke. Ni mesti kes main talefon sambil berjalan" tengking wanita yang melanggarnya. Shamira melihat talefon yang berada di tangan wanita itu lalu tersenyum.

"Tak perlu pun nak menjerit sebab tu boleh malukan diri kau. Aku rasa betul kot kes main talefon masa tengah berjalan. Kau tengok dekat tangan kau, ada talefon tapi dekat tangan aku tak ada Okey" kata Shamira sinis.

Perempuan itu menampar pipi Shamira dan terus berlalu. Heh, malu la tu. Shamira menyentuh pipinya yang sedikit sakit. Tiba tiba ada seorang yang menghulurkan pad untuk hilangkan kesan lebam. Dia melihat muka pemilik itu. Lelaki tadi, ermm..

"Ambil lah" lelaki itu memberikan pad itu.

"Thanks"

"Nama saya Hafiz, how about you?"

"Shamira" Shamira tersenyum.

"Oh, nice to meet you. I got to go. kalau ada jodoh in sha Allah kita jumpa lagi. Bye" pamit Hafiz. Shamira mengganguk dia juga berlalu dari situ.

Masuk sahaja ke dalam kereta Shamira memenggang dadanya yang sedang berdegup dengan laju. Dia tersenyum apabila teringat wajah Hafiz.

~Adakah ini yang dinamakan cinta~

Shamira memandu keretanya pulang ke rumah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Sampai sahaja di rumah, Shamira terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan badannya ke katil miliknya yang sangat empuk itu.

"Hish, lupa pulak nak mintak nombor dia" rungut Shamira.

"Oi dik, kau kenapa? balik rumah lepastu terus masuk bilik. Dah lah semua orang tunggu kau" marah Shikir.

"Hish, jangan membebel dekat sini boleh tak?" marah Shamira semula.

"Dah jom makan"

Mereka berdua turun ke bawah untuk makan tengah hari.

Dihah akan tukar tajuk cerita ni dan plot cerita ni ~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience