Chapter 6 = Luahan

Action Series 18573

Adelia masih terfikir adakah benar orang yang selama ini sudah tiada di dunia telah menalefonnya. Adelia cuba menceritakan hal ini pada Shamir. Tapi dia sudah tahu mungkin Shamir tidak akan percaya dan berkata yang dia hanya terfikirkan orang itu.

Dia juga terfikir yang talefon bimbit itu di jumpai oleh orang lain dan cuba mendail nombornya, tapi tidak mungkin kerana talefon itu berada dengannya sekarang dan suara pemanggil sangat sama dengan suara orang yang di sangka tiada di bumi ini.

Boleh naik gila dia apabila sentiasa fikirkan hal ini. Dia cuba lupakan tapi semakin lama di lupakan semakin dalam dia ingin mengetahui.

"Mama, mama"Shamira menggoncang tubuh Adelia untuk menyedarkan Adelia dari lamunan.

Adelia pun tersedar, dia tersenyum tawar ke arah Shamira. Bagaimana reaksi anak gadis ini apabila dia tahu apa yang difikirkan olehnya sekarang.

"Ya, ada apa sayang?"tanya Adelia lembut. Dia membelai perlahan rambut Shamira.

"Tak ada apa cuma Mira selalu nampak mama termenung hari ini. Mama tak nak kongsi dengan Mira ke? Kalau mama nak kongsi, Mira akan dengar"balas Shamira bersungguh sungguh.

Adelia ketawa kecil. "Tak ada apa lah sayang, mama okey sahaja. Mira jangan risau lah. Mama cuma terfikir macam mana lah hidup Mira kalau mama dan papa tak ada nanti" kata Adelia sayu. Dia pun tidak tahu bagaimana hidup anak gadisnya ini jika dia sudah tiada di depan mata.

"Mama, jangan lah cakap macam tu. Tak apa selagi mama ada depan mata Mira, Mira akan jaga mama sepenuh kasih sayang. Okey, dah Mira tak mahu dengar mama cakap pasal ni lagi" Shamira tersenyum manis. Kalau boleh dia mahu membalas jasa Adelia kerana telah menjaganya dari kecil.

Adelia mengangguk. Biarlah dia berbahagia bersama keluarga kecilnya dahulu.

"Jom mama, kita pergi taman bunga. Dah lama Mira tak pergi belakang tengok bunga bunga" Shamira menarik perlahan pergelangan tangan mamanya dan membawa pergi ke belakang rumah. Di situ ada taman yang di penuhi dengan pelbagai jenis bunga yang di tanam.

Mereka berdua duduk di kerusi yang tersedia. Adelia menghirup udara segar. Rasa tenang apabila melihat keindahan alam ini.

"Mama, Mira pernah terfikir tau yang ibu dengan ayah akan balik sini jumpa kita semula. Tapi Mira tahu bende ni tak akan berlaku"kata Shamira secara tiba tiba. Dia rasa pilu dan sedih. Dia mahu rasa pelukan ibu kandungnya.

Adelia tersentak. Dia juga begitu. Dia pernah juga terfikir semasa hari pengebumian Shira dan Razin mereka sekeluarga tidak di benarkan untuk berjumpa dengan arwah buat kali terakhir selepas di bedah siasat.

Adakah sesuatu yang telah berlaku. Pelbagai soalan bermain di fikirkan Adelia. Pertama kenapa dia tidak di benarkan berjumpa untuk kali terakhir, kedua siapa yang membakar rumah itu dan ketiga adakah betul tekaan Adelia bahawa orang itu yang talefon dia semalam.

Maaf untuk Chapter kali ni Dihah buat pendek je, hihihi sorry. Jangan lupa coment semua ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience