~TIGA BELAS TAHUN KEMUDIAN~
Shikir dan juga Shamira di besarkan oleh Shamir dan Adelia. Kasih sayang mereka tidak pernah berkurang walau sedikit terhadap Shikir dan Shamira.
Mereka berdua sudah lima belas tahun bersamaan dengan tingkatan tiga. Mereka akan menduduki peperiksaan minggu hadapan. Study?. Semestinya tidak,mereka akan berlatih berlawan.
Cita cita dan matlamat hidup mereka adalah untuk menjadi seperti ayah dan ibu mereka. Walaupun hanya dua tahun sahaja dapat tinggal bersama kedua ibu ayahnya. Dia kenal ibu dan ayahnya dari uncle Shamir mereka.
Shamir sangat suka bercerita tentang Razin dan Shira. Kenangan antara mereka tidak akan di lupakan dalam ingatan.
Shamir dan juga Adelia tidak mempunyai anak. Jadi mereka akan menjaga Shikir dan Shamira sepenuhnya. Shikir dan Shamira tidak banyak karenah. Tapi mereka berdu tegas apabila bersama dengan orang lain yang tidak di kenali.
"Papa, macam mana ayah dan ibu boleh mati?"tanya Shamira. Sudah banyak kali di tanya tapi Shamir tetap tidak mahu menjawab.
"Kan papa dah kata,ibu dan aya mati sebab kebakaran" Shamir memandang Shamira yang mencebik.
"Tahu lah. Tapi siapa yang bakar rumah tu?"tanya Shamira lagi. Dia masih tidak berpuas hati. Dia tahu Shamir akan lari
Satu. Dua. Tiga.
"Ok,papa kene pergi kerja. Bye dear,love you. Belajar rajin rajin tau"Shamir mengusap kepala Shamira.
Kan dah kata. Shamira mengeluh perlahan.
"Kenapa ni Mira?"Adelia duduk di sebelah anak daranya itu. Cepat betul masa berlalu. Dah besar anak Razin dan Shira ni. Kalau diorang ada mesti diorang pun happy kan.
Adelia menitis kan air matanya. Dia tidak dapat membendung perasaannya yang satu ini. Dia terlalu sedih,baru tiga tahun dapat bersama Shira sudah tinggalkannya.
Akrina sudah digantung mati disebabkan banyak kesalahan yang di buat. Azam dan Adini bahagia dengan anak anak mereka.
"Mama, kenapa mama nangis. Mama ingat ibu ke?"Shamira memeluk Adelia dengan ketat. Dia sayangkan Adelia seperti dia sayangkan ibunya. Dia bersyukur Adelia dan Shamir sanggup menjaga dia dan abangnya yang sebatang kara.
Adelia mengganguk kepala. Dia membalas pelukan Shamira. Umurnya sudah 40 tahun lebih. Umur semakin tua tetapi dia masih kelihatan muda.
"Mama janganlah nangis ibu tak suka tau. Mira pun rindu ibu. Mira nak sangat ibu peluk Mira, ibu suap Mira makan, ayah hantar mira pergi sekolah, ibu masak untuk Mira. Mira teringin nak semua tu. Tapi Mira tak kesah kalau ibu tak dapat suap Mira sebab mama ada nak suap Mira, masak untuk Mira, peluk Mira masa tidur, semua tu dah cukup untuk Mira"luah Shamira. Dia selalu melihat gambar ibunya. Muka dia seiras dengan muka ibunya. Ramai orang kata dia ni seperti menggantikan ibunya yang sudah pergi.perangai dia juga sama,suka berahsia.
"Mama bersyukur sangat sebab dapat jaga Mira. Ibu Mira dulu baik sangat,ibu Mira kuat macam Mira sekarang. Ibu mesti bangga sebab dapat lahirkan Mira dekat dunia ni"Adelia memberikan senyuman untuk Shamira. Melihat muka Shamira mengingatkannya pada Shira.
"Thanks mama sebab jaga Mira"
"Your Welcome dear"
Mereka berdua tersenyum bahagia. Yang pergi biar lah pergi, tetapi kenangan tetap di hati.
---------------------------------
Shamir duduk di sebelah kubur Razin. Dia memberi salam dan mula membaca yaasin. Selesai membaca dia mengusap batu nisan itu.
"Raz, anak teruna dengan anak dara kau dah besar dah. Diorang happy dekat sekolah tapi tu lah Mira tu sampai tak ada ramai kawan sebab Shikir selalu ada dengan dia 24 jam tak berpisah. Minggu depan diorang periksa tapi diorang tak belajar langsung. Anak kau tu bijak orangnya Raz. Shira lahirkan permata yang sangat cantik. Dia copy paste muka Shira. Aku akan jaga diorang Raz. Kau bahagiakanlah bidadari kau di sana. Aku pergi dulu. Assalamualaikum"Shamir meninggalkan tanah perkuburan itu dengan linangan air mata.
Dimanakah dia dapat mencari sahabat seperti Razin yang suka mengarah yang suka pukul orang yang selalu serius tapi baik orangnya. Sahabat seperti Shira yang sentiasa membuat harinya tersenyum yang suka mengusik yang suka buat lawak tak jadi. Dimanakah dia dapat bertemu dengan sahabat sebegitu selepas Razin dan Shira tinggalkannya.
Shamir berzikir di dalam kereta menenangkan hatinya yang remuk. Dia tidak akan duduk diam dengan pembunuh Razin dan Shira. Dia akan membalas balik apa yang terjadi. Dia menekan pedal minyak dengan kuat dan memecut kereta hingga sampai ke rumah.
Mukanya yang merah di tahan supaya tidak di kesan memarahinya. Dia tahu siapa pembunuhnya cuma dia merahsiakanny untuk sementara.
"Abang dah balik. Jom makan" Adelia menyalami tangan kekar Shamir.
"Papa,jom makan. Mama dengan Mira yang masak" Shamira menarik tangan Shamir masuk ke dalam rumah.
"ABANG!"jerit Shamira.
"Hey,apa panggil abang macam tu tak elok lah"tegur Adelia. Dia memukul pelahan bahu Shamira.
Shamira tersengih
Shikir duduk di sebelah adiknya. Dia memberikan senyuman manis. Dia tak kesah kalau adiknya mahu kacau dia, dia tidak pernah meninggikan suara pada adiknya naik tangan apatah lagi. Jika adiknya di buli memang lumat orang tu dikejekan.
Shamira memeluk lengan Shikir. Dia juga membalas senyuman Shikir. Shamira meletakkan nasi di dalam pinggan Shikir. Kuah kuah juga diletakkan.
Shikir membaca doa makan dan di aminkan oleh Shamir,. Adelia dan Shamira.
Mereka makan dengan penuh selera.
"Ermm,sedapnya adik masak. Pandai adik abang ni" puji Shikir
Shamira senyum bahagia. Dia gembira ada abang seperti Shikir.
"Tengok lah adik siapakan"Shamira menjungkitkan keningnya.
Adelia dan Shamir tergelak melihat gelagat dua beradik itu. Sama sahaja perangai seperti ibu dan ayah mereka.
yeyyy Suamiku Mr bodyguard come back. jangan lupa comments dan support dihah tau. sorry kalau ada typo sebab dihah tak sempat chek. Happy Reading. love u
Share this novel