Hari bersilih hari, bulan bersilih bulan, tahun bersilih tahun. Kini, sudah lima tahun Shamira dan Shikir bertugas menjadi seorang agent rahsia yang bertugas di bawah syarikat milik arwah ayah mereka.
Shamira seorang agent yang sentiasa berpegang pada prinsip, seorang yang cekap mengenali musuh dan juga seorang yang sentiasa menembak tepat pada sasaran.
Manakala Shikir pula seorang yang sentiasa fokus apabila misi di jalankan, pandai membuat strategi dan pandai menembak dari jauh.
Ramai juga yang tidak kenal tentang peribadi mereka. Pembantu mereka juga tidak tahu mereka berdua adalah anak kepasa Shira dan Razin, yang mereka tahu adalah mereka anak kepada Adelia dan Shikir.
"Abang cepatlah, nanti kita nak kena jumpa mama dengan papa dulu sebelum jalankan misi. Abang tak payah lah terhegeh hegeh sangat"marah Shamira. Dia bangun dari kerusi dan memakai pakaian lengkap bersama dengan senjata, kemudian di sarungkan dengan jaket berwarna hitam. Tidak lupa juga dia memakai topi serta mask hitam supaya tidak ada yang dapat mengecam mereka.
Shikir juga turut memakai alat kelengkapan berserta dengan senjata api. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan terus ke rumah Shamir dan Adelia.
Sampai sahaja di hadapan pintu pagar, Shikir memakirkan kereta dan terus masuk ke dalam. Sudah banyak perubahan.
"Assalamualaikum" Shikir memberi salam sebelum memasuki rumah banglo itu.
"Waalaikumussalam, eh anak anak mama dah datang rupanya. Meh masuk, mama dah siapkan makanan" pelawa Adelia mesra. Rindu lah katakan.
"Kami datang sini sekejap je mama nanti nak pergi jalankan misi pula"kata Shamira.
"Misi yang kamu jalankan tentang apa sekarang? nampak macam tergesa gesa je"tanya Shamir yang baru sahaja turun dari tangga.
"Katanya mereka suruh cari tentang seseorang yang misteri. Dan diorang ada bagi maklumat tentang orang tu. Nah, cuba papa tengok" Shikir menghulurkan satu sampul ke arah Shamir.
Shamir menyambut huluran itu, dia membuka sampul dan menarik sehelai kertas yang mengandungi data data seseorang. Terus berubah wajah Shamir.
"Kamu tak perlu jalankan misi untuk kali ini, papa akan suruh orang lain yang buat. Misi ni perlukan orang yang dah berpengalaman" tutur Shamir dengan serius.
"Tapi...abang dengan Mira kan dah banyak jalankan misi. Kenapa papa tak bagi kami jalankan misi kali ini?"tanya Shamira tidak puas hati.
"Kamu jangan nak melawan ya. Kalau papa kata tak boleh, maksudnya tak bolehlah yang kamu degil sangat ni kenapa?" tegas Shamir. Perangai Shamira sudah banyak yang berubah. Dulu seorang yang manja tapi sekarang menjadi seorang yang keras kepala.
"Kalau macam ni lah. Mira menyesal datang sini dan bagi tahu kami akan jalankan misi" kata Shamira dengan geram.
"Kamu jangan nak kurang ajar sangat dengan papa. Kamu fikir sikit yang papa dan mama jaga kamu dari kecil. Papa yang latih kamu. Jadi suka hati papa lah nak bagi kamu jalankan misi atau tidak" balas Shamir pula.
"Oh, sekarang papa nak mengungkitlah? it's ok. Mira akan ikut cakap papa kali ni. Tapi papa jangan ingat Mira akan duduk diam. We wait and see" ujar Mira. Dia menarik tangan Shikir untuk keluar dari rumah itu.
"Shamira Adeliana!!"jerit Shamir. Dia mengurutkan dadanya yang terasa sakit.
"Bie, dah lah tu biarkan dia. Bie ni kena jaga kesihatan, awak ni makin tua bukan makin muda tau. Sudah sudah lah tu marah dia, nanti awak sakit susah pulak. Diorang dah besar pandai pandai lah uruskan" tegur Adelia.
"Ha, saya tau. Saya akan buat buat sakit biar Mira rasa bersalah baru lah dia akan dengar cakap saya" cadang Shamir.
"Hish, awak ni kesitu pula. Kalau dah kantoi nanti baru padan muka" Adeli mengeleng perlahan dengan sikap dua beranak ini. Boleh buat pening kepala nak melayan.
************
Shamira berlari dengan laju. Dia sudah tidak menghiraukan jeritan abangnya. Dia mahu menenangkan dirinya.
Dia duduk di sebuah bangku di hadapan tasik. Dia menutup mata untuk merasakan ketenangan. Angin yang menampar wajahnya terada aman.
Shikir duduk di sebelah adiknya. Shamira membuka mata dan memandang ke arah abangnya.
"Adik, adik tak boleh buat papa macam tu. Adik tahu kan yang papa tu dah tua. Kita sepatutnya bersyukur tau yang papa dan mama sanggup habiskan duit untuk jaga kita" tegur Shikir.
"Adik tahu lah, sekarang ni kenapa papa tak bagi kita jalankan misi tu? selama ni okey je papa bagi kita jalankan misi yang berbahaya. Tapi kenapa sekarang tak boleh?" tanya Shamira lagi.
"Mesti papa ada sebabnya yang tersendiri. Kita bagi papa masa dulu, bila papa dah bersedia nanti mesti papa akan bagi tahu. Adik jangan merumitkan lagi masaalah" balas Shikir. Dia menarik adiknya ke dalam pelukan.
Tiba tiba ada suara yang menegur mereka "Dik, dekat sini bukan tempat untuk buat maksiat. Adik ni tak tahu halal haram ke?"
"Hey, mak cik nak kata saya ni tak belajar halal haram mak cik tu tak belajar ke dosa menfitnah orang" sindir Shamira pula. Baru sahaja nak cari ketenangan dah ada orang nak cari gaduh.
"Betul lah apa mak cik cakap. Kamu tu yang bukan mahram berdua duan lepastu peluk peluk", kata mak cik itu lagi.
Shamira mengepal penumbuk. Tengah tunggu masa sahaja penumbuk ni melayang.
"Dia adik saya" ujar Shikir tenang
"Ye lah tu, padahal nak cover" sindir mak cik itu lagi.
"Adik, bagi ic adik" minta Shikir. Shamira menghulurkan ic miliknya pada Shikir.
"Mak cik tengok lah sendiri" Shamir memberikan ic miliknya dan adiknya.
Mak cik itu tersenyum, dia hampir menitiskan air mata. Dia menggenggam ic itu lalu di berikan pada Shikir semula. Dia berlalu pergi begitu sahaja.
Shamira dah berang.
"Eeee, dah lah tuduh kita lepastu blah macam tak ada apa apa" marah Shamira.
"Sabar dik" Shikir menenangkan adiknya itu.
Dalam masa yang sama. Mak cik yang menuduh mereka itu sedang menangis teresak esak di belakang pokok. Sudah lama dia memerhatikan dua beradik itu. Dia sengaja tegur yang mereka bukan mahram sedangkan dia tahu mereka adalah adik beradik.
"Sayang, ibu rindu sayang"
Maaf lama tak updated. Dihah dah buat sedaya upaya untuk menaikkan citerasa para pembaca. Dihah minta maaf jika Karya Dihah tidak terlalu bagus. Tapi dengan doa dan semangat semua in sha Allah Dihah akan terus bangkit untuk jadikan karya Dihah karya yang terbaik. Terima kasih kepada yang sudi baca karya ini.
Share this novel