"Hai Adelia" sapa Shira
"Sh..i..ra...aku rindu kau" Adelia memeluk erat tubuh Shira. Rindunya pada sahabat sematinya.
"Shhh, im sorry. Aku lambat munculkan diri aku. Aku mintak maaf. Aku janji dengan kau aku akan jaga kau" kata Shira yang menahan tangis.
"Aku rindu kau? mana kau pergi selama ni? kau tahu tak aku sedih?
"Nanti aku cerita okey. Sekarang kau dah sihat kan? mana Shamir? tanya Shira.
"Dia pergi beli makanan" balas Adelia dengan senyuman. Tidak sangka yang Shira kini berada di hadapan matanya. Agak agak bagaimana riaksi Shamira dan Shikir.
"Sayang" panggil Shamir. Shamir kaku dihadapan wad.
"Kau bukan hantu ke?" tanya Shamir.
"Astagfirullah, bukanlah. Kau dah kenapa"
Tiba tiba muncul Razin di belakang dengan senyuman penuh makna.
"Abang usik dia yang abang hantu masa jumpa dia dekat kedai" kata Razin.
"Tak nak cerita macam mana korang berdua masih hidup?"
"Bukan sekarang" balas Shira dan Razin serentak. Biarlah keadaan normal seperti biasa dahulu.
"Okay, ermmm korang dah jumpa ke dengan Mira dan Shikir?" Adelia bangun perlahan lahan untuk duduk
"Belum, tapi aku dah hantar seseorang" jawab Shira. Dia memandang ke arah Razin.
**********
Shirin mengetuk pintu rumah berkali kali tapi masih belum ada sahutan dari tuan rumah. Menghilang ke dah mati ni?
Tidak lama kemudian seorang gadis yang sangat jelita membuka pintu. Adik aku ke ni?
"Encik ni siapa ya?" tanya Shamira pelik. Tak pernah jumpa pun lelaki ni.
"Awak ni Shamira betul kan?" Shirin tidak menjawab soalan itu malah menanyakan soalan.
"Ya saya" Shirin terus memeluk Shamira. Terkejut Shamira dibuatnya. Sudah lah tidak kenal siapa lelaki ini tiba tiba memeluknya. Tidak sempat dia menanyakan soalan Shikir datang dan menumbuk muka Shirin.
Shirin memenggang bibirnya yang berdarah. Confirm ni Shikir. Huish, ganasnya adik aku ni.
"Siapa kau?" tengking Shikir.
"Rileks, kalau kau bagi aku masuk baru aku cerita" kata Shirin.
"Okay" dingin.
Mereka bertiga duduk di sofa. Shirin berdehem sebentar.
"Aku abang sulung korang, Shirin" ujar Shirin
"What?!" Shamira dan Shikir berdiri serentak.
"Abang" Shamira terus berlari ke arah Shirin lalu menangis.
"Hey, kenapa ni?" tanya Shirin sambil mengusap belakang badan Shamira.
"Ibu dan ayah dah tak ada"
Shirin hanya tersenyum. Surprise. Adik tunggu je.
"Abang ada. Abang akan jaga adik adik abang. Abang minta maaf sebab abang sembunyikan diri abang selama ni"
Shamira mengangguk. Dia mengemaskan lagi pelukannya seperti tidak mahu berpisah dengan abangnya.
Eheks! Pendek je sebab Dihah nak bagi tahu tentang kewujudan mereka bertiga. SURPRISE!!>< Jeng, jeng, jeng agak agak macam mana diorang boleh hidup.... Cepat teka hik ii...tak teka Dihah tak akan bagi tahu untuk next chapter nanti..uhuk Teka ya jangan tak teka.. enjoyyyy
Share this novel