Chapter 13 -- FLASH BACK

Action Series 18573

Semua sudah mula berkumpul untuk mendengarkan cerita bagaimana Shira, Razin dan Shirin masih hidup. Pelik kan?.

"Okey aku harap korang dah ready untuk dengar kata Shira. Mereka semua mengangguk dan memberikam tumpuan pada cerita Shira.

[Imbas Kembali -- Kematian Shira & Razin]

Tidak lama lagi malam akan berlabuh tirai, Shira melihat jam yang tergantung elok di dinding bilik. Pukul 3: 45 pagi. Shira meletakkan anaknya perlahan di atas katil dan masuk ke dalam bilik air. Dia mencuci wajahnya yang sedikit kusut.

Keluar dari bilik dia terdengar bunyi bising, terkejut dia apabila melihat ada beberapa orang sedang menuang minyak ke sekeliling rumah. Shira mula beristigfar. Dia membuka mata apabila mendengar deringan telefonnya bebunyi.

Dia menjawab panggilan Shamir. Selesai sahaja berbual dia mula mengejutkan anaknya. Dokumen dokumen penting semua dia dah masukkan ke dalam beg anak anaknya. Setelah itu dia mengejut Razin. Razin yang sedikit mamai agak terkejut.

Shira menangkap bunyi kereta, mesti kereta Shamir agaknya. Dia mengendong anak anaknya dan menyerahkan pada Shamir. Lalu dia masuk ke dalam rumah berpura pura ingin mengambil dokumen penting.

"Abang, sayang nak kita buat buat dah mati okey, nanti sayang akan cerita kenapa okey. Sekarang kita buat buat jatuh bawah kayu tu okey"

Razin hanya mengikut arahan isterinya. Mereka mula berpelukkan. Tidak lama kemudian dia melihat kelibat Shamir datang menghampiri mereka dengan air mata yang sudah mengalir keluar.

"Ya Allah" Shamir terus memanggil beberapa anggota polis untuk memvantunya mengeluarkan mayat Razin dan Shira.

Adelia di luar seperti mahu pengsan melihat tubuh kaku Shira. Tidak dia sangka kejadian ini akan berlaku.

Shira sudah menahan gelak mendengar Adelia menangis. Tunggu je aku datang balik kata Shira dalam hati.

************

Sampai sahaja di hospital mereka ditempatkan di bilik mayat. Selepas doktor keluar mereka terus sedarkan diri. Shira mencari sesuatu dalam bajunya. Topeng muka mereka. Shira sudah lama bersiap sedia. Dia meletakkan topeng muka itu di salah satu mayat perempuan dan satu lagi di mayat lelaki.

Tiba tiba ada seorang datang, Shira tersenyum dia memandang Rayyan yang sedang membawa beg. Shira mengambil beg itu, dia memakaikan baju yang sama dengannya pada mayat perempuan yang diletakkan topeng manakala yang lelaki baju seperti Razin.

Shira tersenyum puas. Perfect misi, jangan lupa Shira adalah agent rahsia dan tidak pernah gagal dalam misi.

Rayyan membawa Razin dan Shira ke sebuah rumah yang jauh dari orang ramai. Tempat terbiar dan sangat terpencil. Boleh dikatakan tiada orang yang pernah jejakkan kaki.

Terhenti langkah Shira apabila melihat seorang kanak kanak berumur enam tahun.

"Shirin!!" Shira berlari ke arah kanak kanak itu. Dia mengalirkan air mata. Rindu pada cahaya mata pertamanya. Dia memeluk tubuh badan kecil itu dengan kemas

**************

"Kenapa kau tak bagi tahu aku selama ni Rayyan?" tanya Shira yang menahan marah.

"Aku minta maaf, aku tak bagi tahu kau sebab aku takut Shirin yang akan jadi mangsa untuk kali ke dua" balas Rayyan

"Tak apa lah sayang, yang penting dia okey je" pujuk Razin.

"Kau dah cari ke maklumat yang aku suruh tu?'

"Dah, orang yang bakar rumah kau adalah orang Datin Sharlina. Yang aku tahu dia bukan mama kandung kau dan dia benci kau. Dia nak semua harta papa kau" jelas Rayyan

"Aku dah agak, patutlah selama ni papa je yang kisah pasal aku. Baik dengan aku sematamata nak dapatkan harta"

"Erm, sekarang tanpa duit dah tak boleh hidup"

"Salah tu, aku tak macam tu. Aku tanpa Shira aku tak boleh hidup" Razin memeluk Shira dengan ketat. Rayyan membuat muka meluat.

"Hish, lepas lah. Saya boleh je hidup tanpa awak. Saya tak boleh hidul tanpa anak saya" bantah Shira.

"Eh, anak awal tu datang sebab saya tau. Kalau saya tak buat tak adanya anak dalam perut awak" kata Razin tidak mahu kalah.

"Siapa yang bawa dia hulur hilir? Siapa yang beranakkan dia? Siapa yang bagi susu dekat dia? "

"Yelah, perempuan ni tak nak mengalah langsung ada aja dia nak mencari biar dia betul" rungut Razin.

"Biarlah"

Malam ni Dihah akan Up novel baru atas permintaan seseorang, Dihah harap korang boleh komen lah dekat situ..huhuhuhu... takde orh nk support i :( hihihi takpe lah k.. Happy Reading... Flash Back bermula >< esok Dihah akan buat draft je ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience