Shamira berlari turun dari tangga dengan muka cemberut. Dia mencekak pinggang di hadapan abangnya. Satu dua tiga.
"ABANG!!!!"jerit Shamira dengan kuat sekali.
"Kenapa ni Mira. Kalau dengar Mira menjerit macam ni hari hari boleh sakit jantung mama tau"tegur Adelia.
"Abang ni mama. Dia pergi simbah air dekat Mira. Lepastu dalam bilik air dia letak lipas mainan. Dah lah Mira jatuh sebab terkejut sangat"adu Shamira dengan cebikkan.
"Hahahaha padan muka jatuh dalam bilik air. Lain kali bangun awal,mentang mentang hari cuti nak tidur sampai ke malam"Shikir menyambung menyuap beehun ke dalam mulutnya.
Shamira yang tidak berpuas hati terus mengambil sudu di tangan Shikir. Terkeluar semua behun yang berada di dalam mulut Shikir.
Shikir bukannya marah namun dia mahu tergelak melihat muka adiknya yang tidak berpuas hati. Dia mendekati adiknya.
"Ok sorry ye bucuk"Shikir mendekatkan mukanya dengan muka adiknya
Shamira senyum sinis. Tanpa membuang masa dia terus menyepak bahagian celah kangkang abangnya menggunakan lutut. Dia berjalan masuk ke dalam bilik dengan selamba seperti tiada apa yang berlaku.
Adelia yang melihat adegan itu terbuntang luas matanya. Ya Allah, boleh dia buat abang dia macam tu. Ni semua belajar dari Shamir lah ni. Selama ni Shamira hanya pandai menggunakan senjata sekarang dah pandai berlawan.
"Shikir okey tak ni? Sakit sangat ke?" Adelia sudah panik. Dia tidak tahu perlu buat apa.
"Tak ade lah mama. Shikir okey je" Shikir memberikan senyuman sebelum menaiki tangga.
------------------------------------
Shamira sudah terbaring di atas sofa. Dia baru sahaja siap bersenam dan menembak. Dia membuka talefon dan melihat message dari kawannya. Bosan. Dia menutup talefon itu kembali. Shamira bangun dan membaling talefon iphone 12 miliknya.
Dia dah blur sekarang ni. Kejap dia baling apa? Shamira pusing kebelakang dan melihat talefon bimbitnya sudah berkecai. Nak nangis.
Dia mengambil talefonnya dan keluar dari bilik itu. Dia membuang fon itu di dalam tong sampah.
"Adik buang apa tu?"tanya Shikir yang sedang minum air.
"Tuala"Shamira mengambil segelas cawan dan diisi air di dalam gelas itu
"Hah" Shikir melihat kembali ke dalam tong sampah. Talefon?
"Dik asal kau buang fon ka dah lah berkecai?"
"Hah" giliran Shamira pula melihat dalam tong sampah.
"Arghhhhhhh. Asal otak aku loading ni. Nak baling tuala kecil pergi baling fon,nak buang tuala pergi buang fon"Shamira mengusutkan rambutnya.
"HAHAHAHA. Serius la kau ni adik aku. Ya Allah teruknya kau ni" Shikir mengambil fon di dalam tong sampah. Dia letak di atas meja.
"Gelak lah gelak"Shamira berjalan dengan menghempas kakinya semasa berjalan.
--------------------------------
Shamira memandang mama dan papanya silih berganti lalu menundukkan kepala. Dia tahu mesti mereka mahu bincangkan tentang fonnya. Dia tahu sebab fon dia itu ada dekat atas meja yang berada di hadapan mereka.
"Mira kenapa ni? Mira ada masaalah ke? Tak nak share" Shamir memandang wajah ayu manis itu.
Shamira menggeleng kepala. Dia pun tidak tahu apa masaalahnya. Semua bende yang dia buat semua tak kene. Tadi dia nak pakai tudung tapi terpakai selimut dekat kepala.
"Mira tak tahu lah pa,semua bende tak kene"Shamira mengeluh perlahan.
"Adik demam ke?"
"Kejap, kenapa semua orang tanya Mira demam ke tak ni...arghhhh"
"Haih Mira,abang kamu baru je tanya kamu dah kata semua orang"
"Arghhh, kenapa ni"Shamira berlari ke arah tangga. Shamira sudah selamat mencium lantai itu.
"Hahahahaha. Adik kau okey tak ni"Shikir tergelak melihat adiknya jatuh terguling dekat tangga.
"Abang!!"
"Okey"Shikir membangunkan adiknya. Di letakkan di tepi tangga. Dia mula mengurut kaki adiknya yang terseliuh itu.
Shamira sudah mengalihkan air matanya.
"Kenapa dik sakit ke?"
"Mira teringat ibu"
Terus mati senyuman semua orang yang berada di rumah.
"Hihihihihihihi,muka abang buruk lah buat macam tu"Shamira ketawa melihat muka Shikir yang seperti hendak menangis
"Eee,adik ni"
Shamira tonyoh kepala abangnya dan berlari ke dapur. Shikir tahan sabar dengan perangai adiknya. Tak pernah buat perangai macam ni.
Shamira datang semula ke arah abangnya dengan segelas air. Shikir ingatkan adiknya mahu memberi air minuman untuknya. Shamira tersenyum sini. Dia datang ke arah abangnya dan simbah air panas itu pada abangnya.
Dia membaling gelas itu dan keluar dari rumah. Shikir yang kepanasan itu terus berlari masuk ke dalam bilik. Dia merendamkan diri di dalam tab mandi.
Shamira tersenyum puas. Itulah, siapa suruh simbah guna air untuk kejut orang kan dah kene balik.
maaf lambat updated..sorry kalau ada typo,faham faham lah sendiri. Dihah tak double chek. Jangan lupa coment.
Share this novel