BAB 7

Romance Completed 10475

Liza menyarungkan sehelai blouse labuh paras lutut ke badannya. Blouse yang bercorak abstrak dan bertemakan warna kegemarannya, iaitu warna hitam itu dipadankan dengan tudung bawal berwarna hitam serta ‘flare-cut’ jeans berwarna biru gelap. Kemudian dia padankan juga dengan sebuah beg tangan berjenama Coach dan but bertumit setinggi dua inci berwarna hitam.

Liza sudah membuat keputusan. Dia sudah membuat pilihan. Hari ini, dia akan bertemu dengan Armand di sebuah restoran buffet india. Dia sudah bertekad untuk memberikan jawapan kepada Armand. Langkah mula diatur keluar dari rumah menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.

Setibanya di restoran buffet india, Liza mendapatkan Armand yang sedang duduk merenung ke luar tingkap.

“Assalamualaikum.” Armand berpaling.

“Ingat mak kat kampung ke? Hehee.” Tegur Liza.

“Waalaikumussalam, eh, Nur. Maaf, tak perasan awak sampai. Jemput la duduk.” Armand bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah kerusi di hadapannya. Dia menarik sedikit kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Liza supaya dapat duduk dengan selesa.

“By the way, mana awak tahu saya teringat mak kat kampung? Ada kuasa psikik ke?” Armand melemparkan senyuman manis sambil mengeyitkan mata kirinya pada Liza.

Armand memerhatikan Liza di hadapannya. Pakaiannya, wow! Penampilannya, vogue gitu! Walaupun Liza bergaya, namun dia masih mengekalkan ciri-ciri sebagai seorang wanita beragama Islam. Liza tidak suka memakai bedak dan mekap tebal-tebal.

Baginya, cukuplah dengan ‘natural beauty’ dirinya sahaja. Dia tidak perlu memakai gincu setebal-tebal dan semerah-merahnya. Hanya dengan sebatang ‘lip-balm’ untuk mengelakkan bibirnya kering.

“Am, boleh tak kalau kita makan dulu? Orang lapar la. Tadi pagi makan roti je. Sekeping.” Liza membuat muka kasihan dan kelaparan.

“Lah, kenapa makan roti je? Sekeping pulak tu. On diet ke?” Armand menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hisyh, tak ada maknanya nak diet-diet ni. Badan macam ni pun nak kena diet ke? Tak mau lah. Ala, orang tak makan, sebab Am nak belanja orang makan. Am belanja kan? Kan? Kan?”

“Eh, eh. Bila masa pulak Am kata nak belanja Nur makan. Lagi pun, Nur kan makan banyak. Pokai lah Am nanti. Haha!” Sakat Armand.

“Eii, tak mau belanja, cakap je la. Tak yah lah keluarkan kenyataan ‘palsu’ tu. Memandai je kata orang makan banyak. Cepuk karang! Eii!!” Liza menjegilkan matanya.

“Mak oi! Garangnya! Janganlah garang-garang, cik kak. Nanti Am tak jadi nak kahwin ngan Nur. Hahahaa!” Armand sudah ketawa terbahak-bahak melihatkan muka Nur yang sudah kemerahan.

“Eleh, orang tak heran lah. Am tak nak, tak apa. Ramai lagi yang nak kat orang. Sekali ku petik jari, sepuluh yang datang tau! Lagi pun, orang tak ada pun kata yang orang nak kawin dengan Am. Hahaha!”

“Sekali petik, sepuluh yang datang tau! Sekali yang datang tu pakcik-pakcik, mau?” Armand mengajuk kata-kata Liza dan meneruskan tawanya.

“Hisyh! Benci lah cakap dengan Am ni. Makan lagi baik! Tak nak belanja sudah! Huhh!” Liza bangun dari kerusinya dan berlalu dari situ sambil menghentak-hentak kaki nya persis anak kecil sedang memprotes.

Armand dan Liza memerhati segala hidangan yang tersedia hidang di atas plate-plate buffet. Pelbagai jenis makanan yang disajikan. Baik ‘appetizer’, ‘main dish’, dan juga ‘dessert’. Antaranya, ayam tandoori dan roti nan, nasi putih dan nasi briyani, daging masak kurma, gulai kambing, sayur ‘coleslaw’, buah-buahan, aiskrim pelbagai perisa, dan lain-lain lagi.

Mereka sama-sama menikmati sajian makan malam tersebut sambil membicarakan tentang hal-hal yang remeh-temeh. Usai makan, Liza dan Armand sama-sama menikmati aiskrim yang terdapat di situ. Armand memilih aiskrim kegemarannya, perisa coklat dan mint, manakala Liza pula memilih aiskrim berperisa vanilla dan mango.

“Am, Nur dah buat keputusan. Seminggu ni, Nur dah buat solat istikharah mintak petunjuk dari Allah. Dan Nur yakin, Nur dah jumpa jawapan yang betul-betul pasti. Nur dah bertekad, dan Nur tak akan ubah keputusan Nur. Nur harap Am dah bersedia dengan segala jawapan yang Nur akan berikan.” Nada suara Liza mulai serius membincangkan tujuan sebenar perjumpaan mereka malam itu.

“Nur, Am nak Nur tahu, Am dah bersedia lama dah dengan segala keputusan Nur. Sejak Am betul-betul pasti yang Am memang dah jatuh hati pada Nur. Am tahu segala risiko akan keputusan yang Am ambil. Am hanya menunggu jawapan dari Nur sahaja. Bagitahu lah Nur, Am dah bersedia nak mendengarnya.” Am menjawab seolah-olah dia sudah pasrah.

“Ok. Am, Nur mintak maaf. Nur tak dapat nak terima lamaran dari Am. Bukan Nur tak suka kat Am, atau Nur benci kat Am. Nur main-main je cakap benci kat Am tadi. Nur akui, Nur sukakan Am. Am kawan baik Nur. Satu-satunya kawan yang betul-betul memahami Nur kat sini. Nur anggap Am macam abang Nur je. Lagipun, Nur tak ada abang.”

Liza memberhentikan kata-kata nya sebentar. Dia ingin melihat respon dari Armand, namun Armand hanya terdiam membisu mendengarkan bait-bait yang keluar dari bibir mongel Liza.

“…..”

“Kalau Am nak tahu, hari yang Am lamar Nur hari tu, Nur masa tu tengah keliru. Nur baru je terima satu lamaran dari seseorang. Seseorang yang Nur tak kenal. A total stranger! Dia hanya meninggalkan initial dia je. Tapi, kelihatannya macam dia kenal Nur ni siapa.”

“Kalau tak keberatan, boleh Am tahu siapa orang tu?” Armand kembali bersuara.

“Entah. Nur tak tahu. Dia hanya tulis AH, initial nama dia kot kat sepucuk surat ni. Seminggu ni, Nur dah buat solat istikharah, Nur dah diberi petunjuk, dan Nur yakin dengan petunjuk yang Allah berikan. Nur akan telefon keluarga Nur, untuk beritahu keputusan Nur. AH tu pesan kat Nur, kalau Nur dah ada keputusan, khabarkan lah pada keluarga Nur.” Sambung Liza.

“Nur, Nur yakin dengan dia tu? Nur yakin dia mampu bahagiakan Nur? Nur yakin yang dia mampu gembirakan Nur? Nur tak kenal dia. Nur sanggup ambil risiko macam ni? Soal kahwin ni bukan benda main-main, Nur!” Ujar Armand.

“Am, kan Nur dah cakap. Nur yakin dengan petunjuk yang Allah beri kat Nur. Nur pasrah, Nur redha. Nur yakin, ada hikmah akan setiap sesuatu yang terjadi. Dan Nur yakin, ada hikmah Nya kenapa Allah beri petunjuk untuk Nur pilih AH. Andai kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah, nescaya Allah akan membimbing kita ke jalan yang benar, Am. Maafkan Nur, Am.”

“Baiklah, kalau dah itu keputusan Nur. Nur memang dah betul-betul bertekad nampaknya. Tak ada apa yang mampu Am lakukan untuk ubah keputusan Nur. Am redha andai ini ketentuan takdir-Nya. Macam kata Nur, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi, kan? Tak apa lah Nur. Am harap, kita masih lagi menjadi sahabat antara satu sama lain. Am akan doakan kebahagiaan Nur sentiasa.”

Hanya Allah je yang tahu apa yang sedang bermain di hati Armand saat ini. Segala macam perasaan yang Armand sedang rasakan, semuanya terletak dalam genggaman Allah.

“Maafkan Nur, Am. Nur doakan, moga Am akan berjumpa seseorang yang lebih baik, lebih lawa dan lebih berakhlak mulia daripada Nur. Amin. InsyaAllah. Nur balik dulu. Assalamualaikum.”

Liza mengeluarkan sebentuk cincin pemberian Armand dari kocek seluarnya dan dihulurkan kepada Armand. Armand melihat ke dalam anak mata Liza yang seakan-akan berkaca itu.

Liza tidak betah untuk lebih lama berada di situ. Dia terus keluar dari restoran tersebut dan menuju ke rumahnya. Sesampainya di rumah, Liza terus menyembamkan mukanya ke atas katil dan dia menangis semahu-mahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience