BAB 6

Romance Completed 10475

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Buka kan lah pintu hatinya untuk menerima kehadiran aku.”

Armand meraup mukanya buat kali ketiga. Buat kesekian kalinya, dia memandang ke arah bangku yang menjadi sejarah buat dia dan gadis itu dari jauh. Tidak lama kemudian, dilihatnya seseorang mula duduk di bangku itu.

“Nur? What is she doing here? At this time?” Jam tangan Armand menunjukkan tepat jam 7 malam. Armand dapat merasakan, jantungnya tika itu berdegup kencang seperti baru lepas berlari satu kilometer. Dup dap! Dup dap! Armand mengambil masa untuk ‘cool down’ hatinya itu. Peluh di dahi juga diseka. Huhh! Betul-betul seperti orang baru lepas berlari jarak jauh.

Setelah beberapa ketika, Armand mula memberanikan dirinya mengatur langkah ke arah Liza. Tangannya diseluk ke dalam kocek, memastikan sesuatu ‘benda’ itu sentiasa berada dengannya. Dia menegur Liza dan ternyata kehadirannya di situ diterima.

Mereka berbual-bual kosong sambil mengamati keindahan langit malam. Ditatapnya wajah Liza dari tepi, dan ternyata gadis itu seperti sedang mengelamun. Armand mengumpul kekuatan yang dia ada, dan mula bersuara.

“Nur, Am ada sesuatu nak bagitahu kat Nur. Am terus terang aje lah, Am tak reti nak berkias-kias. Am dah lama minat kat Nur. Am suka kat Nur. Makin lama, Am makin jatuh sayang pada Nur. Am tak nak terus hanyut dibuai oleh nafsu. So, Am dah amek keputusan. Am nak jadikan Nur isteri Am. Am nak kahwin dengan Nur. Sudi tak Nur jadi isteri Am?”

Am mengeluarkan sebentuk cincin dari kocek seluarnya. Dia memandang ke wajah Liza yang hanya membatu dari tadi. Di lihatnya Liza seakan-akan terpinga-pinga dan terkejut. Armand meletakkan cincin itu berdekatan dengan Liza.

“Tak pe lah. Am pun tak nak Nur jawab terburu-buru. Am nak Nur fikir masak-masak dulu. Am akan tunggu jawapan dari Nur minggu depan, insyaAllah. Assalamualaikum.” Armand bangun dan berlalu dari situ.

Liza terkebil-kebil memerhatikan tubuh Armand yang semakin jauh dari nya. Dia memandang cincin pemberian Armand lalu mengamatinya dengan rasa tidak percaya. Sebentuk cincin yang bertahtakan berlian itu sangat memukau pandangannya. Liza menghela nafas panjang, tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Speechless. Fikiran nya saat ini, kosong!

Dia tidak mampu untuk berfikir apa-apa sekalipun. Perlahan-lahan, Liza bangun untuk pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, dia terus merebahkan badannya ke katil. Malam itu, dia terus lena tanpa membuka tudung dan sweater nya.

Dia ingin melupakan seketika tentang dunia. Tentang dua lamaran dalam satu masa. Tentang pilihan. Tentang makan. Tentang segala-galanya.

***

Tempoh seminggu kian berakhir. Setiap hari yang berlalu, Liza menjalaninya seperti kebiasaannya. Menonton wayang, mengaji, shopping, jalan-jalan, qiyamullail. Namun, aktiviti nya bertambah pada waktu tengah malam. Selama dia hidup, tidak pernah sekali pun dia melakukan solat istikharah.

Namun, kini dia telah belajar dan mengamalkan solat istikharah, solat meminta petunjuk dari Allah. Setiap malam, dia akan meminta petunjuk dari Allah dalam membuat keputusan untuk pilihan-pilihan yang dia ada. Setiap malam juga, dia akan berdoa moga Allah membantu dia dan menghulurkan kekuatan kepadanya.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Hanya kepada Mu tempat aku menyembah. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Rabb. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, dan Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yang berlaku di dunia ini. Baik yang terang lagi nyata, mahupun yang tersorok dan ghaib. Semuanya berada di dalam genggaman Mu, ya Allah.

Ya Allah, Kau mengetahui sesuatu yang baik, dan yang buruk buat diriku.

Andai Armand merupakan pilihan yang terbaik buat aku, anak-anak dan keturunanku, serta kehidupanku pada masa akan datang, Kau dekatkan lah hati aku pada nya. Andai seseorang stranger yang bernama AH adalah pilihan terbaik buat ku, anak-anak dan keturunanku, serta kehidupanku pada masa akan datang, maka dekatkanlah hati aku padanya.

Andai kedua-duanya bakal membawa keburukan pada diriku dan keturunanku pada masa hadapan, kau jauhkan lah hati-hati kami, dan jadikanlah aku redha dengan takdirmu. Bantulah aku dalam membuat keputusan, dan berikanlah aku selautan kekuatan dari kekuatan yang Engkau miliki.

Sesungguhnya, hanya kepada Mu tempat aku meminta pertolongan. Kau Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Amin ya Rabbal Al-Amin!”

Liza meraup muka nya setelah bacaan doa dihabiskan. Dia masih duduk berteleku di atas sejadah sambil fikirannya jauh melayang memikirkan masa yang tinggal untuk dia membuat keputusan.

Setelah tiga-empat hari berlalu, Liza merasakan bahawa dia telah nampak beberapa petunjuk yang telah diberikan oleh Allah, namun dia masih belum cukup pasti lagi. Liza tidak mahu hatinya ‘bias’, pilih kasih.

Dia tidak mahu membuat keputusan yang salah. Dia tidak mahu rasa menyesal pada kemudian hari. Liza mencapai kalam Allah yang terletak di atas meja belajar nya. Dia mula mengaji untuk menutup perasaan risau di hatinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience