BAB 2

Romance Completed 10475

“Wait, wait! Not so fast, Mak Su. No stories, ey? Sorry, but I won’t fall for that. Mak Su tak akan call Liz saje-saje tanpa ada reason behind it. What they call it? Ada udang di sebalik mi? Whatever lah. So, what’s up?” Liza cuba mendesak Mak Su nya untuk berterus-terang. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang Mak Su nya sedang sorokkan dari pengetahuan Liza.

“Liz dah makan? Dah pukul berapa dah ni? Tak tidur lagi ke?” Mak Su masih cuba untuk melarikan diri dengan menukar topik. Liza memandang jam yang tergantung di dinding. 5.17 petang.

“Mak Su…” Usaha mendesak Mak Su masih lagi diteruskan.

“Okay, okay. I give up. Liz, ada call rumah? Ada call mak? Ayah? Adik-adik?” Mak Su akhirnya mengalah dengan desakan Lina.

“Yup, ada jugak la dalam dua-tiga hari lepas. Dapat la cakap dengan mak kejap. Ayah tak ada kat rumah. Mak kata ayah pergi outstation. Kenapa Mak Su?”

“Diorang ada bagitau Liz apa-apa? Mak cakap apa je?”

“Bagitau apa? Kitorang borak macam biasa je. Nothing special I guess. Why? Ada apa-apa yang perlu diberitahu ke?”

“Ada. Ayah Liz ka..”

Tuut.. Tuut.. Tuut.. Tanpa disedari, perbualan mereka terputus. Liza memeriksa telefonnya, dan mendapati bahawa dia terlupa untuk mengecas bateri fon tersebut.

‘Sengal! Time-time ni pulak dia nak abes bateri!’ Marah Liza dalam hatinya sendiri.

Cepat-cepat Liza menyambungkan wayar USB ke telefon dan laptopnya, lalu dia mendail kembali nombor telefon Mak Su nya.

“Helo..”

“Helo, hah, Mak Su! Sorry2, Liz terlupa nak cas fon tadi. Mak Su nak cakap apa tadi? Kenapa dengan ayah?”

“Takde.. Mak Su nak kabo je, ayah kome tu kahwin lain!” Dalam senafas Mak Su cuba menyampaikan maklumat kepada Liza.

Liza terdiam sebentar. Tidak dinafikan, dia memang terkejut mendengarkan berita yang baru sahaja disampaikan oleh maksu. Namun, dia cuba berlagak tenang, seolah-olah berita tersebut langsung tidak memberi apa-apa kesan terhadapnya.

“Ohh. Bila? Dengan siapa? Semua orang dah tahu lah eh? Mak dengan ayah bercerai tak?”

“Tak. Ayah kome kate, tak mahu lepaskan mak kome. Minggu lepas akad nya. Rasa nya semua orang tau. Ayah Liz kahwin dengan someone by the name of Razila. Liz kenal dia sape?”

“Razila? Sape dia? Liz tak kenal. Thanks for the info, Mak Su. Okay lah, Liz nak solat. Liz tak Asar lagi ni. Take care and assalamualaikum, Mak Su.”

Klik! Tanpa menunggu sepatah dari Mak Su, Liza terus mematikan talian. Dia memang sengaja memberikan alasan untuk solat Asar untuk tidak meneruskan perbualannya dengan Mak Su. Liza tahu, Mak Su nya itu memang pandai menganalisa orang. Walau hanya melalui panggilan telefon, Mak Su nya itu boleh tahu keadaan hati Liza sekarang ini.

***

“Huhh..” Buat kesekian kalinya, Liza melepaskan keluhan lagi. Dia mengusap-usap mukanya yang sudah separa kering dari kebasahan air matanya.

“Razilah! Huh! Aunty Razilah. Tak mungkin aku tak kenal dia. Tak mungkin aku tak ingat dia. Gara-gara dia lah, mak jadi cacat. Gara-gara dia lah, adik aku terpaksa lupakan tennis dan bola keranjang. Gara-gara dia jugalah, keluarga aku jadi macam ni! Argh!!”

Liza merengus kasar dan menjerit sekuat hatinya. Dia tidak pedulikan pandangan mata-mata di sekelilingnya yang jelas terkejut dan pelik serta penuh tanda tanya.

Nasib dirinya baik kerana dia bertutur dalam bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Melayu. Manakala tempat dia tinggal sekarang, merupakan kawasan yang menuturkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, iaitu di Toledo, Amerika Syarikat.

Liza meraba-raba parut yang berada di mukanya. Parut yang terletak di hujung kelopak mata kanannya. Parut yang menjadi saksi puncanya pergaduhan keluarganya disebabkan seorang janda-anak-tiga bernama Razilah!

“Selagi parut ni ada, selagi itu lah aku tak akan lupa apa yang dia dah buat terhadap keluarga aku!” Tekad hati Liza.

Razilah merupakan punca pergaduhan yang pernah berlaku antara Umi dan Abah Liza semasa sedang dalam perjalanan menuju ke Melaka. Disebabkan Razilah tu juga lah, Abah menunjukkan sikap berangnya, dan membawa kereta dengan agak laju, mungkin sebagai tanda tidak puas hati.

Akhirnya, mereka sekeluarga mengalami kemalangan jalan raya yang agak teruk juga. Liza tergeliat di leher dan cedera di muka, manakala adik perempuannya patah tangan. Adik lelaki dan Umi Liza mengalami cedera yang sangat parah waktu itu.

Umi disarankan untuk dipotong ibu jari kaki nya akibat tersepit. Adik lelakinya pula, tercampak ke luar kereta dan koma. Bahunya patah dan perlu dibuat pembedahan, serta mukanya cedera teruk. Cuma Abah Liza agak bernasib baik, kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience