BAB 4

Romance Completed 10475

Armand menghulurkan sepapan coklat kepada Liza. Liza teragak-agak untuk menerimanya, namun tetap tidak menghampakan pemberian Armand. Dia mengambil coklat berjenama Cadbury tersebut, lalu perlahan-lahan membuka kertas aluminium yang membaluti coklat itu.

“Thanks! My favourite!” Ucap Liza.

“You’re welcome! Have you heard a quote, saying like this, ‘Life was like a box of chocolates. You never know what you’re gonna get.’ Pernah dengar tak?”

“Well, yes. Quote tu dalam cerita Forrest Gump, kan? Kalau saya tak salah. But, I don’t get the meaning. Care to share?” Liza mematahkan sedikit coklat lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

“Boleh. Tak ada masalah. Tapi, ada upahnya. There’s no such thing that is ‘free’ in this world.” Sekali lagi Armand mengenyitkan matanya.

“Okay, how much?”

“Erm.. A piece of chocolate will do.” Armand tersenyum.

“Ni? Nak coklat ni ke?” Armand mengangguk.

“Tak boleh! Lalalaa~”

“Ala, kedekut. Sikit je pun. Ambik balik, kang.”

“Ek eh, buruk siku! Lalaa, takleh, takleh. Wekk!” Liza menjelirkan lidahnya pada Armand.

“Yela, yela. Tak apa lah. Siapa lah Am ni. Hanyalah hamba Allah yang hina.” Armand menarik muncung empat belas. Liza ketawa terkekeh-kekeh melihatkan muka Armand yang merajuk, seperti anak kecil tak dapat aiskrim.

“Nah lah, saje je tadi. Don’t make that face anymore. Kalau buat lagi, next time I’ll hang a frame there. Tau kan, frame gambar orang gantung kt dinding tu. Ntah apa kaitan dengan dengan ayat last tadi tu. Saya hamba Allah yang hina la. Pasrah betul bunyinya.”

“Wow! So, extreme! Okay, okay, lain kali Am wat lagi. Haha! Ntah lah. Am pun tak tahu apa kaitannya. I was just being retarded! Hadoihh.” Seloroh Armand. Dia mengambil coklat tersebut dan mematahkan sedikit, lalu memakannya.

“So retarded! Hahahh!! So, upah dah dapat. Now, continue with the quote.” Liza masih mencuba untuk menenangkan hatinya yang sedang berdebar kencang waktu itu.

“Okey. Dengar ni professor nak bagi lecture. Life is like a box of chocolates. You never know what you’re going to get. Bayangkan, kalau ada seseorang bagi hadiah kat Nur, satu kotak penuh dengan segala jenis coklat. Dia tak tau perisa apa yang Nur suka, jadi dia hadiahkan je pelbagai jenis perisa.

Jadi, dalam satu kotak tu, tentulah ada beberapa perisa yang Nur mungkin suka, dan selebihnya, yang Nur tak berapa nak suka. Betul? Apa Nur nak buat dengan coklat-coklat yang Nur tak suka? Tak kan lah Nur nak buang? Mestila sayang, kan. Orang bagi hadiah tu.

Lagipun, pembaziran tu kan, amalan syaitan laknatullah. Nak tak nak, Nur kena habiskan jugak. Walau terasa payau, terasa pahit di tekak, namun, harus ditelan jua.

Macam tu lah jugak dengan kehidupan kita. Hidup penuh dengan kejutan. Ada yang menggembirakan, ada yang mengecewakan, ada yang buat kita broken-hearted. Kadang-kadang, kita tentu akan dapat apa yang kita tak mahu.

Kita tak gembira, tak suka, kecewa, menyesal, semua yang negatif lah. But we cannot hide or run from it. Hidup mesti diteruskan. Yang tak sedap itu harus ditelan. Yang sedap, tak payah cakap lah. Hari-hari yang dilalui dengan indah, pasti buat kita tersenyum sentiasa.”

Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Armand. Dalam diam-diam, Liza memerhatikan Armand melalui ekor matanya. Armand kelihatan memndang jauh ke hadapan. Agak-agak, pokok-pokok yang berada nun sepuluh kaki kat depan tu pun boleh tembus agaknya.

Pada pandangan Liza, Armand seorang yang mempunyai fikiran yang matang. Armand kini sedang mengambil sijil Master dalam jurusan Psikologi di universiti yang sama dengan nya. Usia Armand tua dua tahun daripada nya.

Melalui gaya Armand berbicara sebentar tadi, Liza yakin Armand pasti akan dapat mencapai cita-cita untuk menjadi seorang psikiatri atau kaunselor yang berjaya.

“Bayangkan, kalau hidup kita sentiasa gembira, ceria je manjang. Tak bagus jugak untuk kesihatan, terutamanya dari segi spiritual. Kat dunia ni, kebanyakan orang hanya ingat pada Tuhan, yakni Allah, waktu sedang ditimpa musibah je.

Hanya beberapa orang je yang betul-betul bersyukur pada Allah waktu dia sedang bergembira, asyik menikmati kemewahan hidup. Cuba kalau Allah jadikan hidup ni sentiasa ceria, tak ada masalah, tak ada benda yang nak dirisaukan, pergantungan seseorang pada Tuhan yang telah menciptakan mereka tu akan menjadi semakin tipis.

Kalau sepanjang kita hidup, kita sentiasa dapat apa yang kita nak je, sampai bila-bila pun kita akan jadi lalai, malah lagi leka dengan kemewahan kat dunia ni. Sebab tu, Allah berikan kita ujian, untuk menguji tahap keimanan kita. Dia nak lihat sama ada masihkah kita mampu atau tidak untuk bersabar dan tidak cepat mengeluh?

Adakah kita masih menjadikan Dia sebagai tempat untuk kita mengadu, mengharapkan pertolongan dan bantuan? Dan yang paling penting, adakah Dia masih wujud di hati kita?

Surah Al-Baqarah, ayat 216, yang bermaksud, diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Berperanglah dengan diri kita sendiri. Lawanlah nafsu kita dan syaitan yang menghasut kita untuk jadi lebih down, kecewa, serta bersedih hati. Cakap memanglah senang, tapi diri yang menanggung je yang tahu peritnya macam mana.

Tapi, kalau kita tak kuat untuk hadapi semua ujian, ingatlah yang Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang betul-betul perlukan dia.”

Armand menyambung tazkirah nya dengan panjang lebar. Liza yang terdiam membisu di tepi, cuba menghayati ayat-ayat yang diucapkan oleh Armand. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Armand, Liza sematkan di hati dan fikirannya.

Dia tidak mahu apa yang di perkatakan oleh Armand menjadi seperti angin yang lalu, tidak meninggalkan sebarang kesan. Ibarat ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.

Liza tidak menyangka akan diberi ‘brainwash’ sebegitu rupa, lagi-lagi oleh seseorang yang bernama Armand. Sangka Liza, Armand seorang yang sangat serius dan pendiam. Dia tidak pernah walau sekali pun berbual dengan Armand selama ini. Liza bertekad, mulai saat itu, dia harus berubah!

Mengubah persepsinya terhadap orang lain, mengubah cara pemikiran untuk menjadi lebih positif, serta berubah untuk mengharapkan Allah sebagai satu-satunya tempat untuk bergantung harapan.

Armand memandang ke wajah Liza kejap-kejap. Wajah kuning langsat itu semakin jelas terserlah keayuan dan kelembutannya apabila terbias oleh cahaya matahari yang kian terbenam di ufuk barat.

Saat itu, Armand memasang satu niat baru. Dia bertekad ingin menjadikan gadis di sebelah nya itu sebagai teman hidupnya. Dia ingin melindungi gadis itu selagi dia mampu, ingin menjadi teman berkongsi cerita buat si gadis itu.

“Ya, aku dah bertekad! Nur pasti akan ku jadikan isteriku!” Azam hati kecil Armand.

Petang itu, pemandangan senja nan merah dan matahari yang kian terbenam di hadapan mereka menjadi saksi buat pertama kalinya. Saksi akan azam-azam baru yang tertanam dalam hati masing-masing. Saksi akan satu peristiwa baru yang bakal berlaku dalam hidup Armand dan Liza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience