BAB 8

Romance Completed 10475

Kring.. Kring!!

“Rina, tolong angkat talipon tu kejap!” Jerit Umi. Rina melangkah malas menuju ke telefon yang sedang berdering.

“Ini adalah peti perkhidmatan suara bagi nombor kosong-tiga-enam-satu-enam-jahanam-anda-dail-anda-jahanam. Sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi bip. Beeepp…”

“Assalamualaikum. Oi, sengal! Kau ni Angah, memang nak kena ketuk eh? Umi ada tak?” Marah Liza.

Liza cukup kenal tahap kesengalan adiknya itu, Masrina. Rina adalah adik Liza yang pertama, merupakan anak kedua dalam keluarga mereka. Dia juga adalah anak yang paling degil, nakal tetapi sengal berbanding adik-beradik mereka yang lain.

Rina berumur tujuh belas tahun, manakala adik bongsu mereka, Maslan, berumur sepuluh tahun. Maslan pula merupakan anak terakhir dan satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga tersebut.

“Waalaikumussalam. Oh, Along ke? Kejap, umi ada tadi kat dapur.” Rina berlari ke dapur untuk mendapatkan Umi nya. Beberapa saat kemudian, Liza terdengar seseorang mengangkat gagang telefon itu.

“Assalamualaikum, Umi. Umi apa khabar? Adik-adik semua sihat?”

“Waalaikumussalam Along. Umi sihat, adik-adik pun sihat. Alhamdulillah. Ayah kamu pun sihat. Along sihat tak? Study macam mana? Okay?”

“Oh, okay. Umi, Along ada benda nak tanya kat Umi. Ada siapa-siapa datang bertandang ke rumah kita ke, Umi?” Tanya Liza pada Umi nya. Dia dapat mendengar keluhan di hujung talian uminya.

“Minggu lepas, ada satu rombongan datang ke rumah kita. Mereka nak merisik Along, nak dibuat menantu katanya. Untuk anak tunggal mereka, namanya Tengku A. Hafeez. Dan mereka kata, Along dah tahu pasal hajat ni, cuma nak tunggu keputusan dari mulut Along sahaja. Along dah buat keputusan ke, sayang?” Terang Umi.

Liz terdiam sebentar. Tidak pernah dia tahu, bahawa seseorang yang tidak dia kenali itu merupakan anak kerabat. Tengku A. Hafeez! A tu apa maksudnya, ye?

‘Ya Allah, betul ke keputusan yang aku buat ni? Anak tengku pulak ni. Kuat kan hati aku, ya Allah. Semoga aku tidak menyesal di kemudian hari.’ Doa Liz dalam hati.

“Along sayang, okay tak tu?” Umi bersuara kembali setelah beberapa ketika Liz mendiamkan diri.

Bismillah. “Umi, Along ok je ni. Umi jangan risau. Along dah buat keputusan, Along terima pinangan diorang. Andai diorang akan kembali lagi, Umi sampaikanlah berita ni pada diorang. Tapi, Along ada syarat Along sendiri, Umi. Kalau boleh, Along tak nak majlis yang mewah-mewah, gempak-gempak, besar-besaran tu.

Cukuplah hanya sekadar sederhana, dan tak terlalu menonjol. Oh ya. Along tak nak bertunang lama-lama. Kalau boleh, bertunang dan akad nikah dalam satu hari yang sama. Dan semua majlis ni akan berlangsung lepas Along balik dari grad degree nanti.” Ujar Liza panjang lebar. Dia sudah lama ingin menetapkan syarat yang sebegitu bagi sesiapa sahaja yang mahu menikahinya.

“Along, betul ni keputusan yang Along buat? Along yakin? Along kenal ke siapa Tengku Hafeez tu? Memang lah diorang nampak baik, tapi Umi risau, Along. Umi takut nanti lepas kahwin, diorang layan Along macam orang gaji pulak kat rumah tu ke.” Tanya umi penuh dengan nada kerisauan.

“Umi, dah tu. Tak elok kita berfikir buruk tentang orang lain. Jauhi prasangka buruk, Umi. Be optimis, bukan pessimis. Along dah buat istikharah, Umi. InsyaAllah, Allah bantu Along untuk hadapi semua ni.

Along yakin dengan kata hati Along. Umi jangan risau sangat, ok. Along cuma berharap, diorang betul-betul terima Along seadanya.

Along tak kisah tentang harta dia, atau paras rupa dia. Dan Along tahu, dia pun tak pandang pada harta dan pangkat. Kalau tak, tentu dia tak akan lamar Along, kan Umi? Along tak ada gelaran ‘Tengku’ kat depan. Kalau gelaran ‘tengkujuh’ tu, ada la. Hehee.

Kita bukan nya anak orang berada pon, betul tak Umi? Kalau nak kata Along lawa, lebih baik diorang kawin dengan artis-artis yang dok terpampang kat tv tu, lagi lawa, kan Umi? Along betul-betul harap diorang terima Along, sebab diri Along sendiri.” Sambung Liza.

“Okeylah, kalau itu kata Along. Umi hanya nak yang terbaik untuk anak Umi je. Lagipun, Umi sebenarnya teringin nak menimang cucu ni. Hmm. Bila la agak-agak nya ek? Hehee.” Seloroh Umi.

“Umi! Ada pulak dia fikirkan pasal cucu! Along kahwin pon belum lagi la, Umi. Umi ni. Okey lah Umi. Along tak boleh lama ni. Umi sampaikan salam Along pada diorang eh, Umi. Tunggu lah kepulangan Along nanti. Lain hari, Along call Umi lagi, insyaAllah. Emm. Umi kirim salam pada ayah jugak eh, tu pun kalau dia balik. Along rindu kat Umi dan adik-adik!”

“Kami semua pun rindukan Along jugak. Jaga diri baik-baik, jaga makan-minum kat sana, belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat dan mengaji ye. Ingat pesan Umi ni!”

“Baik, Umi. Along tak pernah lupa pesan Umi. Umi pun, jangan lupa makan ubat ikut waktu! Assalamualaikum, Umi!”

Klik! Liza menamatkan perbualan dengan Umi nya. Dia mencapai frame gambar yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Diperhati gambar keluarganya, seorang demi seorang.

“Ya Allah, apa lah kesudahan nasib ku ini nanti. Bantu lah aku, Ya Allah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience