BAB 10

Romance Completed 10475

“Ya Allah Ya Tuhan kami. Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat Mu kerana dengan restu Mu, akhirnya kami dapat disatukan. Aku bersyukur, aku kini menjadi suaminya yang sah dan halal, dan dia juga halal buat diriku. Lindungilah dan peliharalah kami dan keturunan kami dibawah naungan rahmat Mu sentiasa, Ya Hafiz. Lindungilah kami dari hasutan syaitan yang bisa menggoyahkan hati-hati kami agar tidak meruntuhkan masjid yang telah kami bina.

Ya Razzaq, murahkan lah rezeki buat kami, berilah kami kesenangan hidup di dunia dan di Akhirat, kelapangan hidup di dunia dan di Akhirat, kebahagiaan serta kejayaan hidup di dunia dan di Akhirat. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah yang akan mendoakan ketenangan roh kami.

Sesungguhnya kami hidup hanyalah untuk mendapat keredhaan dari Mu, ya Allah. Kami hanyalah hamba-hamba Mu yang hina dan lemah yang hanya mampu bergantung harapan pada Mu. Amin ya Rabbal Al-Amin.”

Sekali lagi, air mata tumpah ke pipi Liza, saat dia mengaminkan bacaan doa dari lelaki yang sudah sah bergelar suaminya itu. Dia mengucup tangan suaminya sebelum melipat telekung dan sejadah lalu meletakkanya di tepi almari. Liza dapat merasakan sepasang tangan melingkar di sekeliling pinggangnya. Armand mencium bau harum rambut isterinya.

“Mm, wanginya isteri abang ni.” Armand mengeratkan lagi pelukannya.

“Am, we need to talk, okay?” Suara Liza seakan-akan bergetar.

“Do we have to, sayang?” Armand memusingkan badan Liza agar menghadap ke arahnya.

“Of course! Ada benda yang Nur nak tanya.” Liza memberanikan diri memandang tepat ke dalam anak mata Armand.

“Okay, okay. As you wish, my dear.” Armand menarik hidung Liza sebelum melepaskan pelukannya dan berlalu menuju ke katil. Liza membuntuti nya dan mereka sama-sama duduk bersebelahan di atas katil.

Liza sebenarnya ingin mengurangkan debaran jantungnya yang dirasakan terlampau kencang. Hari itu, semuanya merupakan hari yang pertama buat dirinya. Pertama kali menyentuh lelaki yang bukan muhrim, apatah lagi menciumnya.

Pertama kali mendengar panggilan ‘sayang’ dan ‘my dear’. Entah panggilan apa lagi yang bakal dia dengar lepas ni. Semuanya pertama kali dalam hidupnya.

And again, this is the first time for her. He is the first.

“Ehem.. Okey, Tengku Armand Hafeez. Erm.. Aa.. Err..” Liza terketar-ketar ingin menyusun ayat untuk berkata-kata, namun lidahnya kelu tanpa bicara tiba-tiba.

“Sayang, are you ok? Kenapa ni? Cair ke tengok muka abang yang hensem ni?” Sakat Armand.

“Isyh, ada pulak Am ni.” Tapi, tak di nafikan, Armand memang seorang lelaki yang kacak. Tinggi lampai, dada bidang dan sasa, serta kemas dalam setiap penampilannya.

“Dah tu, tadi kata ada benda nak cakap. La ni, kelu pulak. Idea dah hilang ke?”

“Tak hilang. Dia stuck tengah jalan. Traffic light merah. Huhuu.”

“Aisyh, isteri abang ni. Loyar pulak eh.”

“Am, kenapa Am tak pernah bagitau kat Nur apa-apa pun pasal Am? Yang Am ni anak Tengku, Am yang hantar surat kat Nur, dan bunga tu, Am yang lamar Nur melalui surat tu jugak. Kenapa masa Nur reject Am kat restoran tu, Am tak jelaskan yang AH tu Am?”

“Amboi, banyak nya soalan. Mana satu abang nak jawab ni. Hurm. Kalau abang bagitau nama abang ada Tengku kat depan, abang tau, sayang mesti awal-awal lagi reject abang dari masuk list calon-calon bakal suami sayang.” Erm, possible!

“Pasal surat, bunga dan AH tu, sebenarnya abang tak tau cara macam mana patut abang buat untuk lamar sayang. So, abang hantar melalui benda-benda tu. Abang tak sangka yang sayang tak akan reject style melamar macam tu. Walaupun abang tak tahu, ada ke tak orang lain yang buat macam tu.

So, abang pun beranikan la diri untuk propose sayang sekali lagi kat taman yang indah tu. Taman penuh nostalgia dalam hidup abang. Dan abang tak nak la kantoikan diri abang sebagai AH tu, sebab abang nak tahu kenapa sayang boleh berani pilih seseorang yang sayang tak kenal, berbanding abang yang sayang agak kenal la jugak.

Tapi, semua tu tak penting pun sekarang. Sebab dua-dua tu adalah diri abang. Dan yang penting sekarang, abang dah dapat sayang. Dapat nak peluk cium sayang sepuas-puas hati abang. Hehee.” Armand mencapai tangan Liza lalu menciumnya.

“Emm.” Liza terkelu mendengarkan jawapan-jawapan yang keluar dari mulut Armand dan perlakuannya itu.

“Okay, dah habis dah kan? Boleh abang nak request something kat sayang abang yang cun melecun ni?” Armand menarik manja pipi Liza.

“Adoi! Am ni kan. Sakit lah, tau tak? Huhu. Ambik ni!” Liza mencubit lengan kiri Armand, tetapi bukanlah secara kuat-kuat.

“Ouch! Sayang abang ni kan, garang sungguh la. Abang nak request, nak dengar empat patah perkataan dari mulut Nur, boleh?” Armand tersengih ala-ala kerang busuk.

“Empat perkataan? Apa tu?”

“I love you, sayang! Tapi, perkataan sayang tu, tukar jadi ‘abang’ la, baru sedap sikit. Hehee. Boleh?” Armand dapat lihat kedua-dua belah pipi Liza merona kemerahan.

Liza mengalihkan muka nya dari menghadap Armand. Perlahan-lahan, dia bangun dari duduknya. Tiba-tiba, ZAPP!! Tubuh Liza ditarik dan dia terjatuh ke atas riba Armand. Armand terus memeluk pinggang Liza, memastikan agar Liza tidak lari dari nya.

“Nak pergi mana? Tak sayang abang eh?” Sebelah tangan Armand menongkat dagu Liza dan dia memandang tepat ke dalam anak mata nya. Jantung Liza berdebar kencang semula, dan dia dapat merasakan bahang di kedua-dua belah pipinya.

Hampir seminit mereka berada dalam sesi renung-merenung, cuba menyelami hati masing-masing. Liza akhirnya melarikan pandangannya sekali lagi, dan dia menutup mukanya di bahu kiri Armand. Kedua-dua tangannya di lingkarkan ke leher Armand.

“Sayang..” Seru Armand.

“I love you..” Armand terdengar satu suara seakan-akan berbisik, namun masih agak perlahan. Dia berpura-pura tidak mendengarnya walaupun setiap patah perkataan yang disebut kedengaran jelas di telinganya.

“I LOVE YOU, ABANG!”

Yes, this is the first love she ever had! He is her first!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience