BAB 5

Romance Completed 10475

Hari demi hari dan bulan demi bulan telah berlalu. Masa terasa seperti menginjak dengan sangat pantas. Semester musim luruh, atau dikenali sebagai ‘fall-sem’, telah pun berakhir seminggu yang lalu. Dalam masa seminggu lagi, akan bermulalah semester akademik yang baru, iaitu semester musim sejuk atau nama panggilannya, ‘winter-sem’.

Apabila berakhirnya winter-sem, maka bakal berakhirlah tempoh pengajian Liza selama empat tahun di University of Toledo itu. Dia bakal bergelar graduan dalam masa setengah tahun lagi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Bachelor of Business) dalam bidang Kewangan (Finance).

Kemudian, Liza akan menyambung pengajian dalam bidang yang sama untuk Ijazah Sarjana (Master) pula selama tiga tahun.

“Hmm. Cepat lah masa berlalu. Aku dah tak sabar nak balik Malaysia ni. Rindu nak jumpa adik-adik aku. Macam mana lah agak nya rupa diorang sekarang, kan?” Liza bermonolog sendirian.

“Tok tok tok!” Bunyi pintu bilik diketuk menyentakkan Liza dari lamunannya. Dia mengurut dadanya dan beristighfar.

“Assalamualaikum, Liz. Kau ada dalam bilik tak tu?” Suara Mira, rakan serumah Liza bergema dari luar bilik.

“Waalaikumussalam, ada je ni Mira. Ada apa? Dah sampai waktu makan malam ke?” Liza mengerling jam yang tergantung di dinding. Baru jam 6.15 petang. Masih awal lagi untuk makan malam, walaupun keadaan di luar tingkap sudah gelap seperti jam 8.30 malam di Malaysia.

Dengan perasaan malas, Liza bangun dari katil dan membuka daun pintu biliknya. Dia terkejut sebentar melihatkan sejambak bunga yang tersembol disebalik pintu. Sangkanya, muka comel Mira yang akan dilihat, tetapi sangkaannya salah.

“Cakk!!” Mira menunjukkan barisan giginya yang putih itu dari sebalik jambangan bunga ros merah itu.

“Isyh, kau ni Mira. Nak aku jadi melatah balik? Ku sekeh jugak karang!” Sakat Liza.

“Chill, beb! Hehee. Ni ha, ada surprise untuk kau. Jap ek.” Mira mula mengubah posisi nya dari berdiri kepada melutut sebelah kaki. Dia menghulurkan jambangan bunga itu kepada Liza, seraya berkata,

“Oh my Juliet, will you marry me? Hahahahaa!!”

“Sengal kau! Meh sini! Ha, amik ni!” Liza mencubit kedua-dua belah pipi Mira sehingga dia mengadu kesakitan sebelum mengambil jambangan bunga ros merah tersebut.

“Ouch! Ouch!! Aww, sakitnya, Liz. Sampai hati kau. Habis merah pipi comel aku ni.” Mira menggosok-gosok pipinya yang ternyata merah itu dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Tu lah, padan muka kau. Sengal lagi. Eh, kau betul ke ni? Bunga ni untuk aku ke?” Tanya Liza.

“Yela, mestilah untuk kau. Dah aku pass kan kat kau. Kalau untuk nenek rumah sebelah tu, tak ada nya aku nk bagi kat kau. Hisyh, tu lah. Kata lagi aku sengal. Kau tu yang sengal tau tak. Huhu. Aww, sakitnya!” Seloroh Mira lagi.

“Haisyh. Kau salah orang kot. Tak ada satu kad pun. Nama aku pun tak ada kat mana-mana. Tak mungkin lah untuk aku! Lagipun, siapalah pulak nak bagi bunga kat aku ni. Nah, amek balik.” Setelah puas membelek-belek bunga tersebut dan mencium baunya, Liza menyerahkan kembali jambangan tersebut kepada Mira.

“Hisyh, kau ni! Sabar lah. Yang tu bukan surprise nya. Ni ha, baru kejutan betul untuk kau.”

Mira menyerahkan pula sebuah kotak yang dibalut dengan kemas dan dililit seutas reben berwarna merah. Liza mengambil hadiah tersebut dan menarik sekeping surat yang terselit di celah reben itu. Dibukanya sampul surat itu, lalu dia membaca perkataan demi perkataan yang tertulis dengan pena berdakwat hitam.

Kepada Nur Masliza Haji Aman,

Assalamualaikum. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Maaf andai warkah ini datang tanpa diduga. Oh ya, dan bunga itu juga. Saya harap awak sukakan nya. Anggaplah diri saya hadir bersama-sama dengan kejutan ini, untuk menyampaikan satu niat yang murni.

Niat saya adalah untuk mendirikan sebuah masjid, tetapi bukanlah keseorangan. Dengan itu, saya ingin melamar awak, Nur Masliza Haji Aman, sudikah awak menjadi isteri saya? Menjadi ibu untuk anak-anak kita nanti? Menjadi menantu untuk ibu dan bapa saya? Menjadi ipar untuk adik-beradik saya yang lain? Serta, menjadi nenek dan opah untuk cucu-cucu serta cicit-cicit yang bakal kita ada nanti?

Sudikah awak menjadi teman hidup saya sehingga nafas saya yang terakhir? Menjadi teman di kala saya perlukan seseorang, tempat untuk saya berkongsi segala cerita dan rahsia, suka dan duka? Menjadi pemangkin semangat saya serta menjadi sayap kanan saya dalam menjalani liku-liku hidup yang akan datang, insyaAllah?

Dalam tempoh seminggu ini, ambillah masa awak untuk berfikir dan buat keputusan. Saya tahu, berat bagi awak untuk membuat keputusan ini. Keputusan yang mungkin mengubah masa hadapan awak. Saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan untuk mendengarkan keputusan awak.

Mungkin ia nya satu berita buruk, atau berita yang menggembirakan hati saya. Segalanya terpulang pada hati awak. Andai awak dah bersedia dengan jawapan yang betul-betul pasti, sila lah hubungi keluarga awak di Malaysia. Dengan ini, salam ukhuwah dari saya.

P/s: Maaf sekiranya kehadiran warkah dan bunga ini mengganggu ketenangan awak.

Yang benar dan ikhlas,

AH

Sepucuk surat itu ditatap buat kesekian kalinya. Setelah dia berpuas hati bahawa surat itu bukan dikirim kepada orang yang salah, Liza kembali melipatnya dan memasukkan ke dalam sampul. Dia memerhatikan sekelilingnya, dan mendapati hanya dia seorang yang berada di situ. Mira sudah lama kembali ke bilik kerana ingin memberi privasi kepadanya.

Liza cukup tabik pada Mira kerana rakannya itu, seorang yang cukup menghormati orang lain. Dia tidak bersikap ‘jaga tepi kain orang’, namun seorang pendengar yang cukup setia. Kalau orang lain, tentu dah sibuk-sibuk dengan seribu macam soalan;

“Siapa yang bagi bunga dan surat tu? Oh, secret admirer ek? Wahh, diam-diam Liza ada secret admirer! Bla, bla, etcetra, etc.”

Liza melangkah ke dalam bilik lalu meletakkan jambangan bunga ros merah dan surat tadi ke atas meja. Dia menyarung tudung dan sehelai sweater. Beg tangan diisi dengan dompet, handphone dan kunci rumah. Langkah mula diatur keluar menuju ke satu destinasi, iaitu taman! Dia ingin menenangkan fikirannya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience