BAB 3

Romance Completed 10481

Armand terkejut mendengarkan teriakan secara tiba-tiba itu. Paling tidak disangkanya, teriakan tersebut datangnya dari gadis yang diperhatikan sejak dari tadi. Sangkanya, gadis itu berdiri untuk berlalu dari situ. Jadi, dengan pantas dia memalingkan tubuhnya agar dirinya tidak dapat dikenal pasti.

Dia tidak mahu rahsia nya mengekori gadis itu terbongkar. Tidak sama sekali! Namun, sangkaannya ternyata meleset.

Armand dapat mendengar dengan jelas apa yang dijeritkan oleh gadis tersebut. Dia mungkin dapat menangkap serba sedikit akan masalah yang mungkin sedang dihadapi oleh gadis tersebut. Armand bertekad, dia harus mendekati gadis itu.

Dia harus menegur gadis itu. Harus! Ligat otak Armand berfikir cara-cara untuk memudahkan dia meng’approach’ gadis itu tanpa rahsianya terbongkar. Armand menyelongkar beg galasnya, mencari-cari akan sesuatu.

“Ahah! Dah jumpa! Yes!” Armand kelihatan sangat berpuas hati dengan apa yang dijumpainya.

Armand mula mengatur langkah menuju ke arah gadis itu. Dia mengetuk meja dimana tempat gadis itu berada.

“Omak ai! Opocot mak kau meletup, kapal terbang jatuh gaung! Astaghfirullah al-azim..” Latah Liza secara tak sengaja.

“Wowowo. I’m sorry. I don’t know that, you are what they called, pelatah? Don’t know the right word. LOL!” Armand meminta maaf pada Liza yang menjegilkan mata padanya.

Liza kembali duduk di bangku dan tidak mengendahkan Armand yang mengambil tempat di sisinya, namun masih ada jarak antara mereka.

“Assalamualaikum. Maaf kalau saya mengganggu saudari Nur Masliza. Kebetulan saya lalu di sekitar kawasan ni, dan ternampak kelibat seseorang yang berbangsa sama dengan saya. Harap saudari tak marah pada saya.” Armand memulakan perbualan dengan penuh budi bahasa.

Dalam diam, Liza sedang berperang dengan diri dalamannya sendiri. Perang yang berlaku antara hati dan minda nya. Kata minda Liza,

“Patut ke aku halau dia? Patut ke aku suruh dia blah? Tak pun, biar aku je blah. Aku harus pergi dari sini cepat. Nanti kalau ada orang nampak, naya aku! Tapi..”

“Tak ada alasan pun untuk aku nak halau dia. Ni tempat awam, siapa-siapa je pun boleh datang. Lagi pun, tak salah dia nak tegur aku, orang Melayu dan Islam, sama macam dia jugak.” Kata hati Liza.

Akhirnya, perang tersebut dimenangi oleh hati nya. Ternyata Liza tiada sebab untuk berganjak dari situ, dan seluruh badannya seolah-olah sudah digam di bangku tersebut.

“Waalaikumussalam. Saudara Armand tak mengganggu saya pun. Dan tak ada sebab untuk saya marah pada saudara.” Liza cuba memaksa dirinya untuk mengukir sekuntum senyuman.

“Alhamdulillah. Tak usah lah ber-saudara dengan saya. Panggil je saya Am. Lagipun, we are not totally strangers, are we? Kita dua sama-sama belajar di universiti yang sama.” Armand membalas senyuman Liza seikhlas hati.

“Kalau macam tu, panggil je saya Liz. Senang, dan ringkas. So, what brought you here?”

“Wait, boleh tak kalau saya nak request something?” Armand memberanikan diri memandang wajah Liza.

“Well, okey. No harm, then fine. What’s up?” Liza memandang wajah Armand dengan seribu pertanyaan dalam hatinya. Namun, selepas tiga saat, dia kembali memandang ke arah lain.

“Boleh saya panggil awak Nur? That sounds better to me, and at least, that name has a meaning. Nur, means ‘cahaya’. Light. Like what I can see on your face.” Ucap Armand, memandang ke arah Liza kejap-kejap.

Liza terkedu. Sungguh. Tak pernah sekalipun ada orang yang berkata begitu padanya. Tak pernah ada orang yang memanggilnya dengan panggilan Nur, apatah lagi yang me-‘request’ untuk memanggilnya Nur. None! Zero! Yilek!

And this is the first time for her. He is the first one.

“Well, I take silence as a ‘yes’!” Armand mengenyitkan matanya pada Liza yang masih jelas terpampang riak terkejut di wajahnya.

‘Wahai hati, bersabarlah dikau.’ Pujuk hati Liza. Dia dapat merasakan bahawa jantungnya berdebar kencang saat itu. Mukanya terasa bahang panas. Dari ekor mata Liza, dia melihat Armand sedang mengambil sesuatu dari beg nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience