BAB 9

Romance Completed 10475

“Aku terima nikah, Nur Masliza Binti Haji Aman, dengan mas kahwin, seratus Ringgit Malaysia, tunai.”

“Sah?” Soal Tok Kadi kepada beberapa orang saksi di sisi.

“Sah!” Jawab kesemua saksi serentak.

‘Alhamdulillah. Hanya dengan sekali lafaz, Liza sudah sah menjadi isteriku. Syukur, ya Allah.’ Ucap pemuda tersebut dalam hati nya.

Selesai sesi lafaz akad, penyerahan mas kahwin, dan pembacaan taklik, tibalah sesi pembatalan air sembahyang. Dalam sesi ini, si suami akan menyarungkan cincin dan/atau gelang pada tangan isterinya. Selepas cincin disarung contohnya, si isteri perlu mengucup tangan si suami, dan si suami pula akan mengucup dahi si isterinya.

Begitulah yang dilakukan oleh sepasang pengantin baru ini. Armand berasa sangat-sangat gembira dan bahagia saat kali pertama isterinya itu mengucup tangannya. Dia hampir-hampir sahaja menitiskan air matanya, namun masih dapat ditahan.

Armand dapat mengagak bahawa isterinya itu pasti menangis gembira juga kerana tangannya terasa basah. Lantas dia menongkat dagu isterinya dan menyeka air mata yang tumpah lalu dia mencium dahi isterinya yang tercinta itu.

“Nur, Am sangat-sangat gembira hari ni. Terima kasih, Nur.” Bisik Armand ke telinga Nur.

“Siap lah Am nanti! Tunggu la!” Gertak Nur dengan nada suara berbisik.

Armand menunaikan solat sunat dua rakaat, tanda kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Sungguh, dia sangat-sangat bersyukur kerana akhirnya hajat dia untuk berumahtangga bersama Liza tercapai jua.

Mereka sama-sama bergambar dan bersalaman dengan ahli-ahli keluarga masing-masing dan melayan para tetamu yang hadir. Armand menyalami tangan ayah ayah mertuanya yang menjadi wali kepada Liza untuk pernikahan mereka tadi.

“Armand, jaga anak ayah ni baik-baik. Jangan jadi macam ayah. Jangan buat apa yang ayah dah buat.” Ayah Liza berbisik di telinga Armand. Armand hanya mengangguk tanda memahami. Liza mengerutkan dahi nya ketika memerhatikan mereka dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience