BAB 5

Romance Completed 5915

Program motivasi yang dihadiri Iskandar tamat dengan jayanya. Sebaik selesai, semua peserta bangun dan bersalam sesama sendiri. Bukan hanya bersalam, tetapi berpeluk sekali bagi mengeratkan silaturahim. Yang lelaki dengan lelaki, begitu juga sebaliknya. Iskandar sendiri sebak setiap kali berpeluk dengan peserta lain sambil lafaz selawat dialunkan ke telinganya. Dia rasa… dia rasa… dia rasa lain sangat.

Ekor matanya mencari Dayang dan menemui gadis itu sedang berbual dengan dua orang wanita berhampiran pintu masuk dewan. Automatik dia tersenyum. Untuk apa senyuman itu, dia sendiri tidak tahu. Bagaikan ada daya tolakan, kakinya terus melangkah menghampiri mereka.

”Dayang,”

Dayang pantas menoleh apabila mendengar namanya disebut. Lalu dia tersenyum apabila melihat Iskandar berada di hadapannya.

”Iskandar, kenalkan, ini Kak Yaya, dan ini Kak Sara. Diorang ni alumni dan kakak angkat Dayang di sini,”

Yaya dan Mysara menganggukkan kepalanya kepada Iskandar apabila diperkenalkan oleh Dayang.

”Ini Iskandar, kawan Dayang,”

”Peserta?” tanya Mysara.

Iskandar mengangguk perlahan.

”Alhamdulilah. Jangan serik datang sini lagi. Ada yang dah lima enam tahun jadi alumni pun masih lagi datang sini. Cuba tengok diorang tu…,” Yaya menunjukkan sekumpulan belia yang sedang rancak berbincang sesuatu tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

”Zura tu, dari sebelum kahwin dia aktif. Walaupun dia dah ke Korea untuk bekerja dan kahwin dengan Zarul di sana, dia masih lagi turun ke KL bila Along panggil. Sekarang ni bila ada anak, dia ambil keputusan untuk kembali menetap di sini,” ujar Yaya.

”Betul. Along pulak, kisah silamnya digunakan sepenuhnya untuk menyedarkan mereka yang kat luar sana tu, yang hidup ini bukan hanya untuk duit, nama, kuasa atau yang sewaktu dengannya,” sambung Mysara pula.

”Yang mana satu suami Zura?” tanya Iskandar, berminat dengan cerita mereka. Dia melihat hanya Zura ’bunga’ dalam perbincangan itu.

”Yang sebelah Zura tu Zarul, suaminya. Sebelah Zarul, Along. Sebelah Along tu Fikri. Sebelah Fikri tu, Abang Syukri,”

“Merangkap suami tersayang Yaya!” usik Mysara kemudian dia tergelak kecil. Pipi Yaya sudah kemerah-merahan.

”Kesayangan kau siapa pulak?” Yaya tidak mahu kalah.

”Ops, belum ada lagi. Coming soon,” Mysara tersengih.

”Siapa kesayangan Dayang pulak?” tanya Iskandar. Berharap jawapan Dayang sama seperti Mysara. Atau nama dia yang disebut.

”Fikri!” sahut Mysara spontan. Dayang pula yang malu-malu kucing Parsi. Namun mereka tidak menyedari, wajah Iskandar berubah saat nama Fikri disebut sebagai kesayangan Dayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience