BAB 1

Romance Completed 5915

Andai kubisa mengirimkan isyarat hati

Untukmu, untukmu yang jauh disana

Kupastikan ragaku ini tuk selalu kembali

Padamu, padamu yang teduhkan hatiku

Menanti datangnya waktu

Bawakan ragaku kepadamu

Untuk kepersembahkan padamu

***

“Apa ma??” Iskandar membeliakkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

”Betul ke apa yang Is dengar ni?”

”Betul, sayang. Is kena pergi kursus tu. Pak Long dah pun daftarkan nama Is,” kata Puan Mahani lembut. Dalam hatinya berkocak kerisauan. Risau kalau-kalau anak tunggalnya itu enggan mendengar katanya, seperti selalu.

”Ala, kursus yang Pak Long pergi bulan lepas tu ke? Yang mama ikut sekali tu?”

Puan Mahani mengangguk perlahan.

”Is tak nak pergi la, mama. Mesti ramai orang tua je yang pergi. Is kan muda lagi. Is nak enjoy lagi. Is tak mahu pergi la, ma,” Iskandar memberikan alasan. Mana tidaknya, kursus tersebut diadakan di hujung minggu dan pada hujung minggu tersebut, dia sudah punya rencana besar dengan Rocky. Dia mahu berlumba sekali lagi dengan Daniel, musuh ketatnya.

”Jangan la macam tu Is…. Pak Long dah daftarkan nama Is…,” pujuk Puan Mahani lagi.

”Tak mahu la mama….. Is ada plan lain masa tu,”

”Plan apanya kalau nak berlumba haram je??” Pak Long yang dari tadi diam membisu, akhirnya bersuara. Iskandar terkejut. Dia terlupa, bahawa Pak Long turut berada di ruang tamu. Hesh aku ni, orang tua sebesar-besar alam aku boleh tak perasan, sempat lagi Iskandar mengutuk dalam hati.

”Kamu betul tak nak pergi?” tanya Pak Long lagi. Dia bangun dari duduknya. Berjalan perlahan menghampiri Iskandar yang berdiri membatu di sisi Puan Mahani yang semakin resah. Resah kerana kedua-duanya kepala batu.

Iskandar diam. Dia tahu, kalau Pak Long mula bersuara, bermakna segala patah kata yang keluar dari celah bibirnya adala mandatori. Tak ada sesi rayuan lagi dah.

”Kalau kamu tak nak pergi, senang je. Tu, motor kamu yang tersadai kat depan tu. Aku jual,”

”Pak Long tak boleh buat macam tu!!”

“Boleh. Aku boleh. Kau dah lupa, motor tu dibeli atas nama siapa? Nama aku kan?? Tu, malam tadi, masa kau kena tahan sebab berlumba haram, siapa yang jamin?? Kawan-kawan kau?? Bukan, kan?? Aku jugak kan??”

Iskandar mendengurs. Dia tidak suka bila Pak Long mula mengungkit-ungkit begitu. Namun apakan daya, segala apa yang dikatakan itu benar belaka.

”Kau cuma ada dua pilihan, Iskandar. Sama ada kau ikut aku hujung minggu ni, atau motor kau tu aku jual,” kata Pak Long lagi. Dia kemudian melangkah keluar. Iskandar mendengus kasar.

”Is…,” panggil Puan Mahani takut-takut.

”Is tak nak cakap apa-apa, Is tak nak cakap dengan siapa-siapa,” Iskandar mencapai topi keledarnya dan terus melangkah masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Puan Mahani bingkas bangun, mendapatkan Pak Long yang sedang menghidupkan enjin kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience