BAB 3

Romance Completed 5915

Orang ramai mula berduyun-duyun tiba di ruangan dewan tempat program motivasi dijalankan. Iskandar turun dari kereta dengan penuh rasa malas. Kalau bukan kerana ugutan Pak Long yang beria-ia mahu menjual motornya, Iskandar takkan menjejakkan kaki ke sini. Pagi-pagi begini, biasanya dia masih terlena di atas katil.

”Kau pilih. Sama ada kau ikut program tu atau motor kau aku jual,” terngiang-ngiang sahaja kata-kata itu di cuping telinganya.

”Iskandar,”

Iskandar menoleh. Dia melihat Pak Long. Lupa sebentar dia, Pak Long yang menghantarnya tadi.

Sebagai alumni yang pernah menyertai program ini, Pak Long boleh datang secara percuma untuk terus mengikuti program itu. Lebih dari itu, dia ingin memastikan yang Iskandar tidak melarikan diri dari program itu. Pak Long faham sangat dengan perangai Iskandar yang sukar diduga itu.

”Kau pergi daftar dulu. Pak Long nak cari parkir kereta kejap,” ujar Pak Long. Iskandar hanya mengangguk tanpa kata. Dia terus ke kaunter untuk mendaftar.

”Selamat pagi. Boleh saya bantu?”

Iskandar tergamam. Suara gadis yang menyapanya seakan dikenalinya. Perlahan dia menoleh dan….

”Eh, Iskandar!!”

”Dayang?”

Iskandar segera mengenali gadis itu.

”Apa Dayang buat di sini?”

”Apa Is buat di sini? Is jadi peserta ya untuk program kali ni?” tanya Dayang ramah. Langsung tidak dipedulikan soalan Iskandar sebelum ini.

Iskandar hanya mengangguk malu. Baginya, satu dosa besar menyertai program motivasi seperti ini yang bukan jiwanya. Dunianya hanya di atas tar, sosial dan perempuan. Malah Dayang ini pun….

”Alhamdulilah, gembira Dayang dengar. Enjoy this program. It’s very interesting. Dayang masuk dalam dewan dulu,” ujar Dayang.

“Er, Dayang..,”

Langkah Dayang terhenti.

“Er… you’re getting prettier,”

Dayang tersenyum. “Alhamdulilah. Thanks,”

Iskandar merasakan dia sudah jatuh cinta… buat kali kedua? Entah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience