BAB 15

Romance Completed 5915

Sedu sedan Dayang masih belum berhenti. Suaminya yang baru keluar dari dapur menggeleng perlahan.

”Sayangku, yang sedih-sedih ni kenapa? Tengok Cerekarama je pun,” usik suaminya. Dia ketawa besar apabila dibaling bantal oleh Dayang.

”Abang ni, tak sensitif la. Jalan cerita ni sama macam kisah kita dulu. Wataknya pun namanya sama,” balas Dayang. Dia memuncungkan mulutnya.

”Kan lebih baik, kalau air mata itu dibazirkan kerana mengingati masa lalu dan kebesaran ALLAH,” tegur si suami. Terus Dayang menarik muncungnya.

”Dayang minta maaf abang,” Dayang bersuara tulus. Si suami hanya tersenyum.

”Ni abang nak tanya ni. Mana pergi kad jemputan kahwin Kak Sara ni? Abang cari tak jumpa pun,”

”Abang ni, kan abang yang selitkan kat Ipad abang tu,”

”Oh ye. Abang lupa,” si suami terus mendapatkan Ipadnya yang diletakkan di meja makan.

”Abang ni, kata orang cengeng. Tapi dia sendiri nyanyuk,” perli Dayang. Si suami hanya tersenyum.

”Memang tak sangka kan akhirnya Kak Sara kahwin juga…..,” dan si suami terus bercerita dan bercerita. Ok, itu bukan membebel ye. Itu bercerita.

Dayang terdiam. Kata-kata suami mulai dihadam dalam jiwanya. Seketika, fikirannya melayang.

*****

”Doktor!” panggil Pak Long apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba putih keluar dari dewan bedah. Dia terus meluru ke arah lelaki itu diikuti Along, Puan Mahani, Dayang dan Zura.

Lelaki tadi memandang mereka tidak berkelip.

”Doktor, macam mana keadaan anak saudara saya?” tanya Pak Long laju.

”Er….,”

”Macam mana tunang saya, doktor?” tanya Dayang pula.

”Maaf, saya….!” dan spontan Puan Mahani meraung. Dayang pula rebah sebelum disambut oleh Zura. Pak Long berwajah sugul.

”Maaf, saya bukan doktor,”

Secara tiba-tiba raungan Puan Mahani terhenti. Dayang yang sudah lemah di pelukan Zura mula mengangkat muka.

”Saya cuma atendan. Maaf, saya ada hal lain yang perlu diuruskan,” kata lelaki itu sebelum meminta diri.

”Hesh, bikin suspen je la. Doktornya mana?” Pak Long mula menunjukkan wajah tidak puas hati. Kehadiran seorang lelaki yang muncul tidak lama selepas itu tidak diendahkan oleh mereka. Doktor itu yang hairan dengan situasi itu kemudian berdehem sebelum.. ”Siapa di sini waris pesakit?”

”Awak ni doktor betul ke?” tanya Along selamba. Yang lain masih tidak ambil peduli.

”Awak ingat saya ni doktor main-main ke?” tanya doktor itu kembali. Apabila mendengar kata-kata doktor itu, barulah mereka percaya dan meluru ke arahnya.

”Macam mana?”

Doktor itu tersenyum.

*****

”Dayang,” terasa tangan si suami melingkari bahunya. Dia tersenyum melihat wajah si suami begitu dekat dengan wajahnya.

”Isteri abang ni ingatkan siapa?”

”Iskandar,”

Senyuman di wajah Fikri terus mati. Dayang tergelak melihatnya.

”Dayang teringatkan Iskandar dan Fikri masa pembedahan haritu. Abang cemburu ye?” usik Dayang. Merah pipi Fikri diusik begitu.

”Sampai sekarang, Fik rasa terhutang budi dengan Is. Bukan hutang budi, tapi hutang nyawa,” ujar Fikri lembut. Pelukannya dieratkan.

”Abang,”

”Iye?”

”Kita ni tak nak pergi kenduri Iskandar dan Kak Sara ke?”

”Eh? Ala, abang lupa la!”

Nyanyuk lagi!

”Memang tak sangka langsung, akhirnya Kak Sara yang jadi pilihan hati Iskandar….,” dan Fikri terus bercerita. Dan bercerita. Dan bercerita. Dan Dayang hanya tersenyum melihat ulah suaminya. Fikri.

Tiada siapa menduga namun itulah isyarat hati, bila ia berkehendakkan seseorang hati kuat membawanya kepada si dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience