BAB 14

Romance Completed 5915

Pak Long mundar-mandir. Puan Mahani sudah bengkak matanya. Dayang tunduk, berzikir bagi mengusir galau di hati.

Sebentar tadi, apabila doktor mengatakan harapan untuk Fikri hidup amat tipis, Iskandar muncul menyatakan hasratnya; mahu menderma sebahagian hatinya untuk Fikri. Puan Mahani dan Dayang terkejut. Pak Long apatah lagi. Namun setelah mereka menerima khidmat nasihat doktor, Puan Mahani dengan berat hati membenarkan.

”Kenapa Is buat semua ni?” tanya Dayang ketika Iskandar sudah mahu diusung ke dewan bedah.

”Sebab Is cintakan Dayang,”

Dayang terkedu.

”Is cintakan Dayang. Sebab tu Is nak tengok Dayang bahagia. Is tahu Dayang sayangkan Fikri, sebab tu Is berusaha selamatkan dia. Is nak tengok Fikri dengan Dayang bahagia,”

Dayang tunduk. Air matanya menitis. Dia tidak menyangka semurni itu hati Iskandar. Lelaki yang suatu ketika dahulu pernah singgah di hatinya, lelaki yang suatu ketika dahulu pernah cuba membawanya ke lembah hina, kini sanggup berkorban demi kebahagiaannya.

Tiba-tiba Dayang terasa bahunya ditepuk. Dia mendongak dan melihat Zura dan Along di sisinya. Zura duduk, memaut mesra bahu gadis itu.

”Kak Yaya telefon tadi. Dia kata Fikri masuk hospital. Dia dan Syukri dalam perjalanan ke sini dari Singapura. Dayang okey?” tanya Zura, perlahan.

”Kakak….,!” Dayang terus memeluknya. Air matanya tumpah. Zura membalas pelukan Dayang. Belakang badannya diusap perlahan.

”Dayang takut kehilangan diorang…!!!”

Zura dan Along berpandangan sesama sendiri. Along yang mengerti pandangan mata Zura, terus mendapatkan Pak Long yang dari tadi resah gelisah.

”Dayang, kita kena ingat satu benda je. Kita sayang seseorang macam mana sekalipun, ingat yang ALLAH lebih sayangkan diorang, akan ambil diorang dari kita,” ulas Zura panjang lebar. Sengaja dia menekankan perkataan ’lebih’dalam kata-katanya.

Dayang terdiam. Entah macam mana, dia seakan-akan terdengar lagu Rapuh, nyanyian Opick. Tanpa sedar, bibirnya meluncur laju menyanyikan lagu tersebut.

”Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadaMu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah padaMu…,”

”Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaiMu

Dalam dada kuharap hanya

DiriMu yang bertakhta…,”

Zura memaut erat bahu Dayang.

”Kita doakan sama-sama,” bisik Zura perlahan. Dayang mengangguk. Mereka terus tenggelam dalam zikir dan doa sehinggalah….

”Doktor!” panggil Pak Long apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba putih keluar dari dewan bedah. Dia terus meluru ke arah lelaki itu diikuti Along, Puan Mahani, Dayang dan Zura.

Lelaki tadi memandang mereka tidak berkelip.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience