BAB 10

Romance Completed 5915

Iskandar masih bermalas-malasan di atas katil. Sudah beberapa hari Fikri tidak menghubunginya. Dia rasa bebas seketika.

“Is,” panggil Puan Mahani. “Mari makan,”

Lambat-lambat Iskandar keluar dari bilik dan mendapatkan Puan Mahani di meja makan. Iskandar perasan sesuatu di atas meja.

“Beg kertas siapa ni, mama?”

“Apa punya soalan la Is ni. Kat dalam rumah ni cuma kita berdua je. Kalau barang tu bukan Is punya, dah tentu mama punya,”

“Oh….,” dengan penerangan panjang lebar oleh Puan Mahani, maka terjawablah pertanyaan Iskandar yang cuma lima perkataan itu. Iskandar tersenyum kecil.

“Ala, air basuh tangan lupa pulak nak bawa keluar. Is tunggu kejap ye, biar mama sediakan air basuh tangan dulu,” ujar Puan Mahani. Iskandar hanya memerhatikan mamamnya yang sudah hilang di balik pintu. Dia kemudian menyelongkar beg kertas itu. Sekeping CD dijumpai.

“CD apa ni? Tak tulis apa-apa pun,”

Laju sahaja langkah kaki Iskandar menuju ke radio yang berada di ruang tamu. Gatal sahaja tangannya memainkan CD tersebut. Sejurus menekan butang PLAY, dia terus menonong ke meja makan.

“Akan datang hari

Mulut terkunci

Kata tak ada lagi…,”

Langkah Iskandar terhenti

“Akan tiba masa

Tak ada suara

Dari mulut kita…,”

Iskandar masih kaku.

“Berkata tangan kita

Tentang apa yang dilakukannya

Berkata kaki kita

Ke mana saja ia melangkahnya…,”

Iskandar seolah-olah tidak merasakan kaki dan tangannya.

“Tidak tahu kita

Bila harinya

Tanggungjawab tiba….,”

Iskandar hilang imbangan.

“Is!!!”

Sayup-sayup Iskandar mendengar suara Puan Mahani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience