BAB 9

Romance Completed 5915

Dari Central Market, mereka berjalan kaki ke Petaling Street. Kemudian ke Masjid India. Hanya berjalan kaki. Naik lenguh Iskandar berjalan. Fikri terus berjalan tanpa menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Hesh, tak penat ke dia ni??

“Penat?” tanya Fikri. Iskandar hanya menguntum senyum. Mana mungkin dia hendak mengaku kalah dengan lelaki ini. Jatuhlah sahamnya nanti. Macam mana nak pikat hati Dayang balik? Haish….

“Kalau penat, jom kita minun kat medan selera sana,” pelawa Fikri. Pelawaan yang tak mungkin Iskandar tolak. Lantas dia mengangguk. Kebetylan ketika mereka memasuki kawasan medan selera itu, hujan mulai turun dan kemudian melebat.

“Nak minum apa?”

“Apa-apa je la,”

“Kalau macam tu, teh tarik dua,” Fikri membuat pesanan. Iskandar hanya diam. Dia memerhati keadaan sekeliling. Dia melihat seorang wanita terkial-kial membuka payungnya.

“Bang, tolong saya bang…,”

Terkejut Iskandar dengan kehadiran seorang budak lelaki yang tidak disangka-sangka. Wajahnya mendung, rambutnya kusut masai. Pakaiannya compang-camping.

“Nah, dik. Pergi beli makanan ye,” ujar FIkri sambil menghulurkan not RM50 kepadanya. Buntang mata Iskandar apabila melihat tindakan Fikri.

“Bbbb… Banyak sangat ni…,” terketar-ketar budak lelaki itu. Tidak pernah dia mendapat wang sebanyak ini.

“Tak apa dik. Kalau lebih, belanjan kawan-kawan adik yang lain,”

“Terima kasih, bang. Terima kasih sangat-sangat,” budak lelaki tadi terlalu gembiri dengan pemberian Fikri. Cepat-cepat dia berlalu.

“Banyaknya…,” Iskandar terlopong. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Tak banyak pun,” Fikri merendah diri.

“Tak terasa kea pa yang kau buat ni membazir?” terpacul soalan itu dari bibir Iskandar. Spontan je. Fikri tersenyum.

“Is, memang, secara logiknya, bila kita cuma ada RM100 dalam tangan, kemudian kita sedekahkan atau dermakan RM50, baki yang kita ada cuma RM50. Tapi, satu kebaikan yang dilakukan, diumpamakan seperti sebutir padi, lalu padi itu ditanam. Satu pohon padi bercabang tujuh, masing-masing cabangnya manghasilkan seratus biji. Jadi walaupun baki dalam dompet berkurang, saham kita di akhirat nanti berlipat kali ganda, “ jelas Fikri panjang lebar.

Iskandar diam. Memberi peluang untuk Fikri terus menyambung “Lagipun, setiap harta yang kita miliki bukan milik kita sebenarnya,”

“Eh, kenapa pulak?” Iskandar tidak faham.

“Cuba Is tengok kakak yang cuba buka payung tu…,” Fikri menunjukkan wanita yang dilihat Iskandar sebentar tadi.

“Payung tu rosak kot,” Iskandar membuat andaian. Tanpa ditanya. Fikri tersenyum.

“Kalau payung tu betul-betul rosak, macam mana?”

“Kalau rosak, buang la. Beli yang baru,” apa punya soalan si Fikri ni…

“Kalau rosak, buang kan? Tapi, sebelum tu, dia beli dengan duit dari dompet dia kan?”.

Iskandar mengangguk.

“Nampak tak? Walaupun kita beli sesuatu barang dengan duit kita, kalau bukan rezeki kita, ia tetap takkan jadi milik kita walaupun kita telah menggenggamnya. Ia mungkin hilang, rosak, dicuri atau sebab-sebab lain,”

“Er….,” Iskandar buat muka ‘blur’. Nampak sangat dia tidak faham dengan penerangan Fikri.

“Sesuap nasi yang kita makan, takkan jadi milik kita selagi ia tak masuk ke dalam mulut kita. Agak-agak faham tak perumpamaan ni?” tanya Fikri lagi.

“Er… sikit,” jawab Iskandar tulus.

“Macam tu juga dengan jodoh. Pernah kan kita dengar banyak kali, mangsa kemalangan yang meninggal dunia sebenarnya baru beberapa hari menjadi suami isteri. Yang baru bernikah beberapa jam pun ada. Yang mati sebaik akad nikah pun ada,”

Seketika, wajah Dayang menari di ruang mata Iskandar.

“Iskandar,”

Wajah Dayang berkecai. Diganti dengan wajah Fikri di hadapannya.

“Itu la yang Fik nak tunjukkan kat Is hari ni. Kita belajar dari kehidupan. Dengan itu, kita akan lebih hidup,” ujar Fikri. Iskandar diam.

“Iskandar,”

Iskandar memandang wajah Fikri tidak berkelip.

“Fik tahu semuanya,”

Iskandar terkejut. Apa yang dia tahu?

“Apa yang Fik cakap ni?”

“Fik tahu, Is tak solat Subuh pun tadi. Fik tahu, Is tipu Fik tadi,”

Iskandar tambah terkejut. “Aaaaa…. Aaaaa….,”

“Fik tak kisah Is tipu Fik sekarang ni. Tapi sekarang ni, Is bukan sahaja tipu Fik. Is tipu diri sendiri. Lebih teruk daripada itu, Is juga tipu Allah,”

Wajah Iskandar terus pucat tidak berdarah.

*****

‘Aku tipu diri sendiri?’

‘Bohong la. Mana ada,’

‘Macam mana dia boleh tau yang aku tipu dia?’

‘Kenapa pulak dia nak cakap macam tu pasal aku?’

‘Siapa dia untuk nilai aku siapa?’

‘Aku tak percaya cakap dia!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience