BAB 2

Romance Completed 5915

”Abang…,”

”Aku dengar,” potong Pak Long. ”Dia melawan lagi kan? Biarkan dia. Satu hari nanti, dia akan sedar, apa yang kita buat ni adalah untuk kebaikan dia juga,”

”Tapi kalau dia tak nak dengar cakap kita kali ni?”

”Aku kenal anak saudara aku tu. Dia sayang motor dia lebih dari segala-galanya. Dia mesti pergi. Kan aku dah ugut nak jual motor dia,”

Puan Mahani diam.

”Sudahlah, jangan risau lagi. Aku balik pejabat dulu,” Pak Long terus meloloskan diri ke dalam kereta.

Iskandar yang mengintai dari dalam biliknya mendengus kasar. Dirasakan tindakan Pak Longnya kali ini sangat tidak adil. Apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki tua itu memang tak pernah adil di matanya. Topi keledar terus keledar terus keledar terus keledar terus keledar terus keledar terus dilemparkan di atas katil. Terguling-guling topi keledar itu di atas katil. Iskandar tidak peduli. Telefon bimbit di dalam poket seluar diseluk lalu dikeluarkan. Laju dia menekan punat di telefon bimbit itu.

’Wei, aku tak boleh datang malam minggu ni. Pak Long aku suruh aku ikut dia. Kalau tak, motor aku dia jual,’

Mesej dihantar kepada Rocky. Selang seminit mesejnya berbalas.

’Rugi kau kali ni, bro. Game kali ni bukan sebarangan. Hadiahnya bukan hanya RM5000.00, penyedapnya pula Maria yang cun tu,’

Iskandar menjerit marah. Telefon bimbit dihempas ke dinding. Kenapa Pak Long dan mama buat aku macam ni???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience