BAB 6

Horror & Thriller Completed 3610

Dia tinggal berseorangan, jadi hanya rakan sekerjanya, Zadi yang banyak menolongnya dia jika ada masalah yang timbul.

Dia masih ingat lagi bagaimana malam-malam minggu pertama dia dan kerusi itu dirasakan sungguh bermakna. Perasaan bagaimana kerusi itu pernah diduduki oleh orang kenamaan cukup mengujakan.

Seorang yang terkenal. Seorang yang dipuja masyarakat melayu yang memang meminati cerita-cerita hantu. Seorang yang mati dibunuh. Mati dibunuh? Di kerusi ini?

Ah, dia tidak peduli. Dia bukannya budak kecil yang takutkan hantu. Hantu hanyalah momokan orang-orang tua supaya anak-anak tidak keluar malam.

Dan sangkaannya memang betul. Tidak ada hantu yang keluar dari kerusi itu. Tidak ada makhluk menakutkan yang merangkak keluar. Tidak ada suara yang kedengaran. Kerusi itu juga tidak bergerak sendiri seperti yang dtakut-takutkan oleh Zadi.

Malah dia berasa satu perasaan sayang yang luar biasa terhadap kerusi tersebut. Setiap hari apabila balik dari kerja, dia akan terus duduk di kerusi tersebut menonton televisyen. Memang itulah tujuannya membeli sebuah kerusi. Untuk bermalas-malas di depan televisyen.

Dan dia memang berpuas hati dengan pilihannya. Kerusi itu dirasakan cukup selesa untuk menonton televisyen. Pinggangnya tidak pernah sakit walaupun dia telah duduk berjam-jam di depan televisyen.

Bermula dari waktu petang setelah sampai ke rumah dari tempat kerja hinggalah ke tengah malam. Punggungnya sentiasa melekat di kerusi itu. Tidak bergerak-gerak menikmati keasyikan tayangan demi tayangan dalam kotak televisyennya itu.

Dia hanya beredar apabila perut sudah lapar benar ataupun untuk membuang air. Seusai membuang air ataupun selepas perut sudah diisi dengan ala kadar, dia kembali ke kerusi, menikmati keempukan kerusi yang dirasakan begitu lembut di punggungnya sambil menyambung menonton tayangan di televisyen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience