BAB 8

Horror & Thriller Completed 3610

Kawannya Zadi juga terkejut dengan perubahan pada dirinya. Dia makin tidak terurus. Apabila ditanya, sibuk selalu menjadi alasannya. Rambutnya yang tebal kelihatan begitu kusut masai. Bajunya tidak bergosok. Kulitnya pun kelihatan melekit dan berdaki.

Mungkin akibat mandi yang tidak sempurna. Dan yang paling menghairankan Zadi ialah dia sekarang seolah-olah menjadi pakar rancangan televisyen. Tanyalah apa-apapun, dia pasti akan memberikan jawapan.

Dia seolah-olah menjadi sebuah intisari rancangan yang hidup. Dia juga tidak segan silu untuk memberikan komen tentang rancangan-rancangan televisyen yang ditontonnya.

Hero tidak cukup kacak lah. Jalan cerita tidak cukup bagus lah. Iklan terlalu panjang lah. Dan bermacam-macam komen lagi yang mana Zadi rasakan terlalu pelik.

Tapi perkara tersebut tidak lama. Adib mula merasakan kerugian yang amat sangat jika masa siangnya dihabiskan dengan bekerja. Alangkah bagus sekiranya masa yang terluang selama 9 jam untuk bekerja itu dimanfaatkan untuk menonton televisyen sambil duduk di kerusi kesayangannya.

Dan itulah yang dia lakukan. Walaupun mendapat nasihat yang tak putus dari Zadi dan nasihat dari bosnya supaya berjumpa pakar jiwa atau sekurangnya penasihat kaunseling, dia nekad untuk meletak jawatan.

Maka bermulalah kehidupannya sebagai penonton televisyen sepenuh masa. Hanya kerusi itulah peneman setia dikala dia sibuk menancapkan matanya ke kaca tv.

Dia merasakan dirinya di puncak dunia. Dia sanggup hidup begini selama-lamanya. Hanya bertemankan sebuah kerusi antik dan satu set televisyen. Namun dia merasakan dunianya begitu luas. Begitu bermakna. Dia cukup bahagia sekali.

Tetapi pada hari itu dia lupa. Pada hari Rabu bulan keenam dia memiliki kerusi itu. Dia bukan sawan, bukan gila, bukan mabuk. Tapi dia lupa. Dia hanya dapat tahu apabila Zadi memberitahunya. Itupun Zadi dapat tahu dari cerita jiran-jirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience