BAB 2

Horror & Thriller Completed 3610

Rangka kayunya kelihatan seperti sudah dicat semula dengan warna hitam. Bagi rakannya Zadi, kerusi itu kelihatan terlalu hodoh. Tidak selesa, tidak melambangkan status malah tidak membawa apa-apa makna. Tetapi tidak bagi Adib. Dia merasakan satu perasaan yang sulit dimengertikan.

“Kau apa tahu pasal seni, Dee.” Itulah kata-kata Adib bila rakannya Zadi cuba mempertikaikan keputusannya untuk membeli kerusi tersebut.

“Kau gila ke Dib, sudahlah hodoh, buruk, mahal pulak tu.” Kata Zadi, memprotes.

“Mana kau tahu mahal, dia belum cakap nak jual. Entah-entah dia nak bagi aku free.” jawab Adib cuba berjenaka.

“Kalau dia cakap tak mahu jual, maknanya sebab mahal la tu.”

“Kita cuba la mintak beli. Aku sanggup beli walau berapa sekalipun harga yang dia letak.”

“Sah memang kau dah gila, Dib. Banyak lagi kerusi yang best-best kita boleh cari. Kalau dekat Ikea berlambak. Macam-macam kita boleh pilih. Kerusi ni yang kau nak sangat kenapa?” Zadi masih tak berpuas hati.

“Ini barang antik, Dee. Bukan jenis yang pasang sendiri kat Ikea nun. Kau tak dengar ke apa Ah Pek tuan kedai ni cakap? Dia cakap kerusi ni milik Faridah Harum. Penulis terkenal tahun 50-an dulu yang mati kena sembelih tu. Haa.. Ah Pek tu cakap, dengan kerusi inilah Faridah Harum tu duduk untuk menulis. Dia takkan menulis jika tidak berada di kerusi ni.”

“Cerita Faridah Harum tu memang aku ada pernah dengar, tak tahu pulak aku cerita tu betul ke tidak. Macam cerita kedai kopi je bunyinya,” ujar Zadi sambil membelek-belek barang lain yang terdapat di kedai Ah Pek itu. Acuh tak acuh.

Adib hanya tersenyum tawar bila mengingatkan kembali perbualannya dengan Zadi suatu ketika dulu. Dia tahu cerita Faridah Harum itu memang susah dipercayai oleh sesiapapun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience