BAB 5

Horror & Thriller Completed 3610

“Sebelas ringgit,” kata pelayan gerai tomyam itu kepada Adib dan terus mematikan lamunannya. Dia pun tidak sedar bilakah Zadi memanggil pelayan tersebut.

Mentang-mentang aku yang bayar. Dengusnya dalam hati sambil menghulur sekeping not sepuluh dan sekeping not seringgit pada pelayan tersebut.

“Cepatlah. Kata nak buat projek tu malam ni. Kata tok bomoh, kena buat tepat pukul 12 malam.” Kata Zadi tergesa-gesa. Perutnya diusap-usap sambil melangkah keluar menuju ke kereta. Adib hanya mengikut dari belakang.

Dalam kereta, kedua-duanya lebih banyak mendiamkan diri. Hanya Zadi yang kedengaran sekali-sekala menyanyi kecil mengikut rentak lagu terkini di radio sambil tangannya memegang stereng kereta. Kereta dipandunya agak laju membelah kesunyian malam.

“Kalau tak kerana bomoh tu yang suruh tanam. Mahu je aku bakar kerusi ni,” kata Adib memecah kesunyian. Mungkin kerana bosan dengan suara nyanyian Zadi. Kepalanya di toleh ke belakang. Melihat kerusi yang pernah menjadi kesayangannya di tempat duduk belakang,

“Tak boleh lah macam tu. Dah memang syaratnya kena tanam. Kau dah lupa ke apa tok bomoh tu cakap, kalau dibakar, semangat yang ada kat kerusi tu akan marah dan membuat kacau,” ujar Zadi separuh memberi amaran walaupun dia tahu Adib sudah sedia maklum tentang hal itu.

Adib hanya mengangguk lemah. Dia memang mengetahui hal tersebut. Dia hanya cuba untuk berbual. Namun sekarang dia sudah tiada minat untuk meneruskan perbualan.

Fikirannya lebih tertumpu pada masa lalu. Masa selepas dia membeli kerusi itu dengan harga yang agak mahal. Selepas sesi tawar menawar yang agak tegang, seribu lapan ratus ringgit melayang bagi mendapatkan kerusi tersebut. Namun hatinya puas.

Dia tersenyum lebar bila mengangkut kerusi itu keluar dari kedai Ah Pek dan dimasukkkan kedalam kereta Zadi. Dan kereta itu jugalah yang menjadi mangsa untuk membawa kerusi ini ke rumahnya. Dia tersenyum bila memikirkan betapa susahnya dia dan Zadi mengangkat kerusi itu untuk dibawa naik ke flet tingkat empat yang disewanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience