BAB 10

Horror & Thriller Completed 3610

“Kerana kau seorang sahaja yang percayakan cerita aku. Kau kawan aku yang pertama datang apabila aku dijumpai separuh gila. Kau yang menghalang mereka membawa aku ke hospital sakit jiwa, malah kau yang bawa aku berjumpa bomoh tu,” ujar Adib.

Pandangannya dialihkan ke luar. Deru angin dari jalan yang sunyi itu menerpa ke dalam kereta mereka.

“Tak payahlah kau fikir sangat. Bukan salah kau. Memang kerusi itu ada satu tarikan yang mistik. Sesiapa yang duduk di atasnya akan mendapat idea, fokus dan obsesi yang luar biasa, bergantung kepada minatnya. Kau sudah lupa apa yang tok bomoh tu cakap?” Zadi cuba menenangkan Adib.

“Aku tahu, nasib baik aku suka menonton tv, kalau aku suka mengait macamana la agaknya ye? Mesti penuh rumah aku tu dengan baju-baju sejuk dan alas meja. Hahaha!”

Zadi turut ketawa kecil. Tapi tak lama. Kemudian lehernya dipanjangkan. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan, matanya melilau seolah-oleh mencari sesuatu.

“Aku rasa kita dah sampai ke tempatnya,” kata Zadi sambil menekan brek dan memberhentikan kereta.

“Aku ambil peralatan dalam bonet kereta. Kau keluarkan kerusi celaka tu dari tempat duduk belakang.”

Adib hanya menurut. Dia membuka pintu belakang kereta sambil matanya memerhatikan kawasan jirat cina yang terbiar itu. Tanahnya lapang dan berbukit.

Suasana malam tidaklah begitu gelap kerana cahaya bulan penuh masih menyinari kawasan tersebut. Tapi bulu romanya tetap meremang memikirkan hanya dia dan Zadi sahaja yang berada di kawasan terpencil itu ditemani bunyi cengkerik dan burung hantu.

Dia menarik kerusi itu perlahan-lahan dan mengeluarkannya dari pintu belakang kereta. Kerusi itu dirasakan begitu berat sekali. Dia hanya mampu mengheret kerusi itu menuju ke arah Zadi yang sedang menggali lubang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience